Follow Me @snm.yana

Tuesday, April 29, 2014

Review : EPYHRA #2

Tuesday, April 29, 2014 12 Comments

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Petang.

Korang masih ingat ke Yana pernah publish entri Review : EPYHRA #1 . Masa tu baru je nak mula cuba produk Ephyra ni. Hurmmm....kali ni kira sambungan daripada entri tu. Nak buat review selepas lebih 2 minggu duk guna/minum produk Ephyra ni. Tapi x tipu, Ephyra ni sedap gilerrr....kalau sehari bg minum berbotol2, Yana sanggup jer. Hahaha....tapi ongkos lebih la plak kan.

SEBELUM                         SELEPAS
Alhamdulillah...ni lah hasilnya. Sejak meningkat usia dari remaja ke alam dewasa ni, kulit muka memang bermasalah. Tak pernah sepi daripada si acne ni... Huhhh....last umo 22 tahun je ada kulit yg halus mulus gebussss tu, lepas tu x de merasa lagi dah. Dua2 gambar ni masa ada pakai make up, pakai compact powder. No editing yer...fresh dari S3 Mini yang comel lote tu... Entri ni bukan nak promote, sbb Yana bukan share partner pun. So, xdapat untung pape pun. Cuma nak share ngan bloggerista jer... 

Tapi lepas amik produk Ephyra ni, alhamdulillah....ada perbezaan yang agak ketara. Jerawat sebijik2 yang besau2 tu susah nak naik. Tapi time 'bulan datang melawat' tu sebulan sekali standard lah ada sebijik juga. Hehehe... Tapi Yana akan terus amik produk Ephyra ni sehingga semua parut2 jerawat yang lama tu 'nyah' dari kulit ni.. 

Sekian & PEACE (^^,)




GA cuci lemari by mamamursyid.blogsport.com

Tuesday, April 29, 2014 8 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Firstly nak minta maaf kat Mama Mursyid sebab baru hari ni Yana sempat join GA ni. Padahal Mama Mursyid dah lama datang jemput. Masa tu busy...lepas tu terus lupa. Hihihi... Meh join ramai2 k...

Tapi kena jawab 2 soklan daripada 3 soklan. Apa soklan dia? Meh cni nak jawab...

1) Siapa nama anak saya?
Ahmad Mursyid Bin Ahmad Khushairy 
  
2) Apa pekerjaan saya?
Seorang guru

3) Berapa ukur lilit jari kelingking saya??
3.0 sentimeter

Hahaha....btol ke idok jawapan soklan no.3, walaupun optional...tp tetap nak teka jugak!

TARIKH TUTUP : 16 MEI 2014


Monday, April 28, 2014

GiveAway Bro Nasa : Hadiah Misteri Bernilai RM800

Monday, April 28, 2014 8 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Tengok tajuk entri pun dah over eksaited. Mau nya xteruja kalau dah nampak hadiah GA sampai RM800? Hehehe....senang plak tu GA ni. Just selitkan gambar selfie korang & cerita pasal gambar selfie tu. 

Yana x banyak gambar selfie, sebab mmg jarang amik gambar. 
So, ni aje lah gambar yang Yana nak share...

Gambar selfie bersama Incik Suami tercinta...imam saya, suami saya, cinta hati saya, bff saya...hingga ke Jannah. Insyaallah.
Gambar kiri, masa baru kawen...gambar kanan plak, dalam flight otw p holiday kat Sabah (^^,) 



Persiapan Menyambut Ramadhan & Syawal

Monday, April 28, 2014 8 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Ewahhh...awalnya buat entri pasal Ramadhan & Syawal. Lagi 2 hari dah nak habis bulan April 2014. Lepas ni masuk Mei pulak, lepas tu dah tak lama nak sambut Ramadhan. Uhukkk....cepat je masa berlalu ye dok? Pejam celik pejam celik...sekejap je rasanya. 

Ada ke orang dah buat persiapan? Uhuuuu....kita kaum Hawa ni make sure dah habis ganti puasa yg wajib tu taw! So, sapa yang belum habis ganti puasa tu, boleh la puasa bulan Mei nanti, sekali kan puasa ganti + puasa sunat, 1 - 29 Mei 2014 bersamaan 1 - 29 Rejab 1435H. So, 29 hari tu memang disunatkan berpuasa, puasa sunat bulan Rejab. Kebetulan pulak 1 Mei = 1 Rejab. Sapa yang dah habis ganti pun still leh puasa sunat yer... 

~Klik untuk Full Size~

Bulan puasa belum menjengah lagi, tapi baju raya dah siap! Sebab sekarang memang tukang jahit dah tutup order 2/3 bulan sebelum raya kan.

Bulan lepas...shopping baju raya di Gulatis Jalan TAR, KL
 Million thanks to Incik Suami sebab belanja baju raya. Eheee... tapi ralat nya, niat di hati tahun ni nak design ala-ala peplum gitu, tapi x kesampaian plak. Sebab design kain x berapa kena pulak dengan baju peplum. Uhuk.....*sob...sob...sob*



Design daripada Jovian Mandagie kat page Zalora. Wuahhhhhhh...semua cantik-cantik taw. Seb bek la baju raya dah siap, kalau tak mau rembat juga sepasang dua ni... 




Blossom April Giveaway

Monday, April 28, 2014 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

[klik pada BANNER untuk join]

Senarai hadiah:

1st and 2nd Top Referral:
Set Facialcare Clarins bernilai RM100 ++ atau
Teddy Bear atau
Vintage Necklace atau
Jam Mustache

Cabutan bertuah:

4x Pin Shawl
2x Button Badge
5x Keychain
3x Bookmark

Hairclip
Brooch
Bracelet
Hairband
Tasbih Digital
Kipas Tangan

Obuse Liptint
Fridge Magnet
Beg Strawberry
Handphone Strap
Boboiboy Pencil Case
Lomocard Various Kpop Artist

Doa Seorang Isteri Untuk Suami Tercinta

Monday, April 28, 2014 4 Comments


Ya Allah..
Kau ampunilah dosa ku yang telah kuperbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaran Mu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah…
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan Mu di Arash
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di Dunia Mu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi ya Allah…Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah…Kau yang Maha Mengetahui apa yangterbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurank
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu

Ya Allah…Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbingan MuAku cacat tanpa hidayah Mu
Aku hina tanpa Rahmat Mu

Ya Allah…Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama Mu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya pada Mu,

Ya Allah…
Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaan Mu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaran Mu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujian Mu
Ya Allah Tuhanku…….
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin, Ya Rabbi Allamin…….

Wallahua'lam bishshowwab

Semoga bermanfa'at

Barakallaahu Fiykum Wa Jazzakumullah Khoir

*Copy paste from FB Muslimah Sholehah II



Sunday, April 27, 2014

Resipi : Patin Masak Tempoyak

Sunday, April 27, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni nak share resipi Patin Masak Tempoyak. Ni menu minggu lepas lagi, tapi baru nak update hari ni. Haha... Sebenarnya, ni 1st time masak menu ni. Ni salah satu makanan febreto Yana. Suka sangat2 makan, tapi x pernah masak sendiri. Rupanya sangat mudah dan bahan2 pun simple jer. Resipi ni pun google jer...tengok 2,3 resipi then combined ikut suka sebab resipi lain2. Muehehehe...

Bahan-Bahan :-
  • Ikan patin (1 ekor je untuk 2 orang makan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah (ikut suka)
  • Segenggam cili padi (ikut suka)
  • 2 senduk tempoyak
  • Air
  • Segenggam daun kesum
  • 1 bunga kantan (dibelah 2)

Cara Memasak :-
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup (separuh hancur).
  2. Masukkan tempoyak, tumbuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana hingga mereneh @ menggelegak
  4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak beberapa minit.
  5. Siap!!!
Tips :-
  • Tambah asam keping kalau tempoyak kurang masam.
  • Basuh ikan patin menggunakan tepung gandum @ asam limau untuk hilangkan hanyir.
  • Jika mahukan kuah yang pekat, masak kuah sehingga masak & pekat, baru masukkan ikan.





Wednesday, April 23, 2014

Senarai Hadiah ~ Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday

Wednesday, April 23, 2014 16 Comments

Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday
Maaf sebab lambat update Senarai Hadiah. Kepada sesiapa yang belum join, cepat² join yer. Masih ada masa untuk join. Seperti yang Yana pernah update sebelum ni, GA akan dibatalkan secara automatik sekiranya penyertaan kurang daripada 50 orang. Tapi untuk yang dah join, still dapat 'hadiah lain' walaupun GA dibatalkan okay (^^,) Terima kasih.


SENARAI HADIAH :

*Yana mencari 6pemenang (by Incik Random.org) & 2pemenang untuk Hadiah Misteri*

TOP REFERRAL : HADIAH MISTERI x 1PEMENANG
KOMEN ENTRI GA TERBANYAK (Exclude Blog Owner) : HADIAH MISTERI x 1PEMENANG
2 BUAH NOVEL x 2PEMENANG |~Novel ni SAMPLE sahaja (^^,)~
1 CAT DESIGN NECKLACE x 1PEMENANG
1 KITTY EARINGS x 1PEMENANG
DOODLE (Sponsored by DayangDeno) x 2PEMENANG



Tuesday, April 22, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com

Tuesday, April 22, 2014 20 Comments

Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Monday, April 21, 2014

Percaya Tak??? B U S Y

Monday, April 21, 2014 10 Comments

Assalamualaikum w.b.t. & Hepy Monday (^^,)

Sabtu & Ahad...xde mood & xde masa nak update. Huhuhu... Syukran Jazilan to all the bloggeris² sekalian yang sudi singgah walaupun xada entry yang terupdate buat beberapa hari. Hari Sabtu, biasalah...buat tugas2 wifey, housekeeping. Hahaha.... Plus kakak sekeluarga datang pulak, melayan karenah anak2 menakan. Rindu kat dorang pun x hilang....sekejap sangat jumpa. Ahad (semalam), berkampung kat Puncak Alam, pagi sampai petang. Ada 3 kelas, dan ada 3 quiz/test. Terbaik lah kan...


Huhu...sape suh belajo ye dok? Pastu duk mengeluh...bla...bla... Hehehe, bukan mengeluh, just meluah perasaan. Sabo...sabo...tahun depan dah nak abeh kan (^^,) Memang penat bila bergelar gomen servant, wifey, student. Ni belum pgg lagi satu title, 'mommy'. Memang salute dekat member yang pegang semua title tu...dorang boleh manage life dorang. Klu anak sorang okay lagi, kalau anak 2/3 orang???...*kagum*! Hehe...tapi anak tu rezeki & anugerah daripada Allah. Yana punya turn x sampai lagi *sob..sob*


Sempat ber'selfie' di pagi hari. Sebab niat di hati nak kemas bilik stor yang super duper messy tu. Huhu...tapi gaya macam bos nak masuk ofis jer. Dah terbantut plan mengemas tu. 

Semoga semua ceria² di pagi Isnin ni yer (^^,)
Have a nice day ahead ♥

*Nota: Giveaway [2] : Max & Bella 1st Birthday masih berlangsung, jangan lupa taw! GA akan dibatalkan jika penyertaan kurang daripada 50 orang. Tapi untuk yang dah join, still dapat 'hadiah' walaupun GA dibatalkan okay (^^,) 




Thursday, April 17, 2014

Mini Giveaway : Mengimbau Fairytales

Thursday, April 17, 2014 1 Comments


Nak join juga walaupun last minute taw. Hehehe....kat blog Moon Izan ni banyak citer fairytales. Memang boleh tergelak2 bila baca. X pernah terfikir plak untuk gabung Hang Tuah + Snow White....percaya tak??? Hehehehe...

Jom join, tarikh tutup ESOK yer. cepat2~

Giveaway Kemetot Chomel : Free FULL PACKAGE edit blog

Thursday, April 17, 2014 3 Comments


GA by Una (Kemetot Comel). Tengok banner comel tu? Huwaaa...hadiah GA ni adalah Una tolong edit blog, FOC okay...Free Of Charge. Best2....kalau korang nak mencuba nasib, boleh la join. Sesuai sangat untuk new blogger yang nak blog korang comel cun cantik macam blog Una k... 

Meh join ramai2...GA ni berlangsung 2 minggu jer. Cepat2~

TARIKH TUTUP : 24.04.2014


Karpal Singh Maut Kemalangan

Thursday, April 17, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Agak terkejut juga dengar berita ni. Terus pergi cari berita pasal Karpal Singh Maut Kemalangan. Ternyata berita tu memang betul. Maut dalam kemalangan ngeri pulak tu. Huhuhu... Allahuakbar... Akhirnya orang yang lantang menentang Islam dan hukum hudud telah mati diambil semula dalam kemalangan ngeri. 


Dulu Karpal Singh ni pernah kemalangan jugak pada tahun 2005, tapi masa tu Allah hanya tarik salah satu nikmat yang Allah kurniakan. Lepas tu dia masih hidup tapi terpaksa berkerusi roda. Kali ni...adakah mungkin balasan??? Wallahualam. Setiap perkara yang berlaku, ada hikmahnya. Apa pun, takziah kepada ahli keluarga mendiang Karpal Singh. 


Baca berita penuh di : mysumber | UtusanOnline