Resipi : Patin Masak Tempoyak

Sunday, April 27, 2014


Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni nak share resipi Patin Masak Tempoyak. Ni menu minggu lepas lagi, tapi baru nak update hari ni. Haha... Sebenarnya, ni 1st time masak menu ni. Ni salah satu makanan febreto Yana. Suka sangat2 makan, tapi x pernah masak sendiri. Rupanya sangat mudah dan bahan2 pun simple jer. Resipi ni pun google jer...tengok 2,3 resipi then combined ikut suka sebab resipi lain2. Muehehehe...

Bahan-Bahan :-
  • Ikan patin (1 ekor je untuk 2 orang makan)
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 biji cili merah (ikut suka)
  • Segenggam cili padi (ikut suka)
  • 2 senduk tempoyak
  • Air
  • Segenggam daun kesum
  • 1 bunga kantan (dibelah 2)

Cara Memasak :-
  1. Tumbuk cili merah, cili padi dan kunyit hidup (separuh hancur).
  2. Masukkan tempoyak, tumbuk dan gaul rata.
  3. Masukkan ikan dan semua bahan ke dalam periuk. Masak dengan api yang sederhana hingga mereneh @ menggelegak
  4. Masukkan daun kesum dan bunga kantan. Masak beberapa minit.
  5. Siap!!!
Tips :-
  • Tambah asam keping kalau tempoyak kurang masam.
  • Basuh ikan patin menggunakan tepung gandum @ asam limau untuk hilangkan hanyir.
  • Jika mahukan kuah yang pekat, masak kuah sehingga masak & pekat, baru masukkan ikan.





You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. ecah tak makan pulak tempoak ni smua.. tapi gambar tu nmpak yummy sgt ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun mmg tak makan tempoyak. Tapi boleh plak makan patin masak tempoyak ni. Kalau masak sendiri, boleh la kurangkan tempoyak, kurang cket rasa tempoyak dia. Hehehe...........

      Delete

Google+ Followers

Subscribe