Singapore....Kau Tunggu Aku Datang
SNM
Friday, May 30, 2014
11 Comments
Assalamualaikum w.b.t. & Selamat Petang Jumaat.
Rasanya semalam baru hari Isnin, rupanya hari ni dah Jumaat. Cepatnya masa berlalu. Budak2 sekolah pun dah start cuti sekolah kan. Seronok lah cikgu cikgi semua dapat cuti. Parking rumah & ofis pun kebanyakan kosong. Mungkin ramai yang pergi bercuti kan.
Insyallah, esok Yana & suami akan ke Singapore. SINGAPORE....KAU TUNGGU AKU DATANG!!! Hehehe...over tak tajuk? Pergi dengan kereta, pergi balik hari je pun. Xde nak menginap kat mana2 otel. Sekarang kan Singapore dah start Midyear Sale. Konon la tu nak pergi shopping. Hehehe... Mertua ke Turki malam ni, esok kami ke Singapore, 2 haluan yang berbeza. Semoga perjalanan kami semua dipermudahkan, selamat pergi dan kembali.
![]() |
Duit dah tukar siap2 separuh. Separuh lagi nak tukar kat sana (^^,) |
![]() |
Pekerja kat money changer tu silap bagi sekeping $100 Brunei, patut $100 Singapore. Ermm...Incik Suami pun dah balik rumah baru perasan. |
Oh yer, hari Ahad ni Yana akan publish GA baru. Korang jangan lupa join taw!
Selamat berhujung minggu semua yer (^^,)