Berakhirnya #MH17 Di Tanah Ukraine

Friday, July 18, 2014


Assalamualaikum w.b.t.

Innalillahiwainnailaihirajiun... Allah Maha Besar, Allah Maha Mengetahui.

Semalam, sekali lagi Malaysia merekod sejarah pasal Boeing MAS. Sungguh besar dugaan seluruh rakyat Malaysia pada tahun 2014 ni. Allah s.w.t. lebih mengetahui, DIA yang membuat percaturan ni, hanya DIA yang tahu apa hikmah di sebalik ujian-ujian yang diturunkan kepada kita semua. Tiada kata-kata yang dapat digambarkan untuk meluahkan perasaan ni. Bertabahlah wahai ahli-ahli keluarga mangsa #MH17.

Semalam tidur awal...dan pagi tadi bila bangun tidur untuk sahur, perkara rutin...amik ipad baca berita, then terkejut baca berita2 pasal #MH17. Masa mula-mula baca tu memang susah nak percaya rasanya...terus keluar on Astro Awani. Terasa sebak yang amat, hanya Allah s.w.t. yang tahu. Tiba2 cerita pasal #MH370 kembali segar dalam ingatan. #MH370 belum kembali, #MH17 yang pergi meninggalkan kita dulu. Walaupun tak ada ahli keluarga sendiri yang menjadi mangsa nahas, tapi bila melibatkan rakyat sendiri, tambah2 ada saudara seagama jadi mangsa, memang rasa macam ahli keluarga sendiri yang terlibat.



Semoga Allah s.w.t. permudahkan usaha-usaha pasukan penyiasat untuk menyiasat punca sebenar kejadian, dan orang bertanggungjawab di bawa ke muka pengadilan. Di bulan Ramadhan Kareem, semoga saudara2 seagama (Islam) yang menjadi mangsa nahas tu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Masyaallah, 'pergi' meninggalkan kita semua pada bulan Ramadhan, 10 Ramadhan terakhir pula tu. Amin...Al-Fatihah.






You Might Also Like

5 person(s) poked me!

  1. Assalamualaikum.. Allahurabbi.. sedih baca berita tentang ni. semoga ahli keluarga mangsa tabah menerima pemergian org tersayang. Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. sedih sgt dengar dan tak dapat tido smlm fikir...

    ReplyDelete
  3. takziah kpd ahli keluarga mangsa..maga kita terus tabah hadapi ujian yg datang..

    ReplyDelete
  4. Sedih bila dengar berita ni...lagi2 ada bby...takziah buat ahli keluarga..mmg terasa walaupun xde ahli keluarga disitu...

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe