[PLEASE HELP] Kehilangan Atiqah Ibrahim

Saturday, July 05, 2014


Assalamualaikum w.b.t. & Salam Ramadhan.

Hari ni genap 7 hari semua umat Islam menjalani ibadah puasa. Macam2 juga perkara yang dah berlaku dalam tempoh ni. Beberapa berita kematian. Bertuah nya arwah yang meninggal dalam bulan suci Ramadhan Kareem ni... Semoga semua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.

Di entri ni, Yana pun nak sharing pasal satu kes kehilangan remaja perempuan sejak 28 Jun tempohari, dan hingga hari ni masih belum ditemui.



Mangsa Atiqah Ibrahim (FB: Atiqa Ibrahim) adalah anak jiran Yana di kampung. Keluarga dia dan keluarga Yana memang rapat. Atiqah ni pun sebaya dengan adik Yana yang bongsu, dan dorang memang berkawan baik sejak sekolah. Astaghfirullah Al-Azim...masa mula2 dapat tahu ni memang x percaya rasanya berlaku pada orang yang kita kenal. Tapi itulah ketentuan Allah...hanya Dia Yang Maha Mengetahui segalanya.

Macam-macam berita, komen pasal kehilangan Atiqah. Terima kasih kepada yang menghulurkan doa baik2 pasal Atiqah ni, tapi ada juga yang buruk sangka. Biasala, zaman yang tak lekang daripada masalah sosial ni kan. Tapi pendapat peribadi Yana, Atiqah ni seorang budak yang sangat baik...keluarga dia pun semua baik2. Tidak pernah berenggang dengan ibubapa... Dan tak mungkin dia akan buat perkara2 yang menyusahkan keluarga dia.

Sehingga hari ni masih belum dijumpai. Sama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk Atiqah. Semoga Atiqah dapat kembali ke pangkuan keluarga. Sebelum ni tiap2 tahun memang wajib dia datang beraya kat rumah. Harap2 tahun ni pun macam tu juga :'( Semoga di bulan Ramadhan yang mulia ni, pencarian Atiqah ni dipermudahkan...Insya Allah.

Kuatkan & tabahkan hati seluruh ahli keluarga Atiqah. Amin.
[Kakak-Kakak kepada Atiqah]


You Might Also Like

7 person(s) poked me!

  1. Saya doakan dia selamat...... sedih doh, tambah2 nak raya ni....

    ReplyDelete
  2. semoga dipermudahkan laa. InshaaALLAH dipertemu cpt.. Ameen :)

    ReplyDelete
  3. Allahu. sebak bila baca, saya pun turut bersedih atas kehilangan saudari atiqah. Apapun yang terjadi, terus berdoa dan jangan sesekali putus harapan. Paling penting, bersangka baik dengan Allah. Semoga Allah beri keselamatan dan kesihatan kepada atiqah. Inshaallah

    ReplyDelete
  4. Semuga Allah permudahkan jalan dan adik Atiqah dapat dijumpai...Selamat berpuasa dan salam santai

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segalanya......

    ReplyDelete
  6. SEMOGA SEGALANYA DIPERMUDAHKAN :)

    ReplyDelete
  7. Allahuhkbar.. anak jiran mak mentua kat kampung pun, hilang.. dah masuk 3 minggu.. still xjumpa.. semoga ALLAH SWT mlindungi mereka wlu d mana pun mereka berada.. ='( amin

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe