Follow Me @snm.yana

Tuesday, August 12, 2014

Meh Kongsi: Supplement

Tuesday, August 12, 2014 6 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ni susulan daripada entri D'Aura Spa Putrajaya yang sebelum ni. Ecece...sape yang tatau cerita boleh refer kat entri tu yer. Ermm...wanita dan cantik memang tak boleh nak dipisahkan. Ermm...bukan tak bersyukur dengan apa yang Allah bagi, cuma nak pastikan kurniaan Allah tu dipelihara dan dijaga dengan sebaik mungkin.

Nak cantik, bukan sebab nak pertontonkan untuk orang luar...tapi cantik tu penting untuk membuatkan diri lebih confident untuk berada di sekeliling komuniti luar, x kisah di tempat kerja, di kampus, di shopping mall. Hihihi...yang paling utama dan penting adalah untuk tatapan dan pemandangan encik suami lah kan. 

So, mehla kita berkongsi pasal suplemen yang korang pernah amik. Suplemen ni penting sangat-sangat. "Dah kena supukul baru nak sibuk kan!" Hehe...sape yang selalu amalkan suplemen ni, mehla kita kongsi kebaikan suplemen. Mana taw Yana boleh try. (^^,)

Ni antara suplemen yang pernah Yana amalkan 'dulu'!!!




EPHYRA ~ Ini antara produk yang Yana paling suka...paling cepat nampak kesannya. Seriusss....

Rupanya banyak jenis juga yang Yana amalkan dulu. Walaupun on off, tapi atleast amik juga daripada langsung tak. Ni dah lama tinggal, boleh nampak ketara impact dia. *Rasa nak nangis jap* 

EL MARINO BLANC, product by Elken. Yang ni produk yang Yana tengah amalkan sekarang, recommended by friend. Baru lagi...tengah tunggu nampak kesan dia. Sedap juga air ni, flavour Mix Berries. Nak taw info lanjut, boleh baca kat sini : EL MARINO BLANC by Elken.

 


Monday, August 11, 2014

D'Aura Spa Putrajaya

Monday, August 11, 2014 7 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Isnin kembali lagi.  Hari ni ofis sunyi sepi sejak pagi, dari level bawah sampai level atas. Semua dah pergi Open House ofis. Yana juga yang malas nak pergi. Hakikatnya lupa hari ni ada open house, kebetulan hari ni datang ofis pakai baju kemeja. Segan lah nak pergi open house, nampak sangat x ikut tema kannn... Tapi xpela, heaven jer duk ofis kalau bos xada kan... Opss...mukadimah yang terlalu panjang.

Sabtu lepas sempat pergi buat treatment kat spa. Dah lama benar x pergi...tapi akak spa tu masih ingat rupanya. Ingat nak buat appointment Jumaat malam, tapi full pulak. Terpaksa pergi Sabtu 8.00 malam. Okay jer...sbb xada program pape. 


Ni ha spa yang Yana selalu pergi kalau di area Putrajaya ni. D'AURA SPA. Putrajaya ni salah satu cawangan dia. HQ dia x silap di Seri Kembangan. Cawangan lain ada di Bandar Baru Bangi. Next appointment 2 minggu lagi. Siap dapat 1 free treatment sebab 1 coupon (8x kali = 1x redeem) dah penuh! Oyeahhh... Kat cni macam2 treatment ada, rambang mata nak pilih. Untuk couple package pun ada. So, xpayah nak pergi treatment sorang2...boleh ajak pasangan (suami) jugak! Kaum² Adam yang suka pergi spa tu...memang sesuai la spa ni. Sebab dia ada pekerja lelaki khas untuk customer lelaki yer... 

Ada cerita sedih juga. Akak spa tu boleh cakap, "Yana, kenapa kulit nampak teruk ni? Kenapa tak jaga? Ni mesti dah lama x ambil supplement kan?" Hambik sebijikkkk....debukkk atas muka!!! Guess what? Memang Yana dah lama btol tinggal supplement...huwaaaa...lepas ni kena amik supplement balik! Xde orang tego pun sebelum ni... Ni dah ada yang tego, xleh biarkan. Setakat jaga kulit muka jer...x cukup, seluruh badan nak kena jaga! Uhukk....mohla kita memanjakan diri  di D'AURA SPA. Servis memang tip top! Recommended!

D'Aura Spa (Seri Kembangan)
C-8-G, BLOCK C, PUTRA WALK, 
JALAN PP25, TAMAN PINGGIRAN PUTRA, 
SEKSYEN 2, 43300, SERI KEMBANGAN, SELANGOR. 
Tel : 03-8938 2088

D'Aura Spa (Putrajaya) 
No 84A, 1st floor, 
Jalan Diplomatik, Presint 15, 
62520 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
(Beside Domino's Pizza)
Tel : 03-8861 6838

D'Aura Spa (Bangi)
1-21, Jalan8/35
Seksyen 8, Seri Bangi
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Tel : 03-8922 3828


Friday, August 8, 2014

1000th Followers

Friday, August 08, 2014 12 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Hari Jumaat yang barakah... Alhamdulillah, hari ni buka blog, followers dah mencecah 1000. Terima kasih kepada semua bloggers yang sudi menjadi followers di blog yang x glemer lagi amatur ni. Hehe... Tapi tahniah kepada Siti Wardah sebab jadi followers ke-1000. Siti Wardah, tlg contact Yana di Page FB YanaPinkBlossom okay (^^,) Meh ramai² terjah blog SITI WARDAH

Terima Kasih - Syukran - Thank you - Gracias - Kap Khun Krap - Nandri - Xiexie - Syukriya - Arigato - Kamsa hamnida





Wednesday, August 6, 2014

#44 CPUV Nuffnang : Air Asia Go - Korea Sale

Wednesday, August 06, 2014 12 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Alhamdulillah...agak lama juga CPUV Nuffnang sepi kat blog ni. CPUV baru lah maksudnya. Last dapat CPUV 14 & 15 Jul haritu. Tapi dalam tempoh xdpt CPUV baru tu, still ada 2,3 CPUV yang masih on going. Tapi xpela...sebab dalam tempoh tu Yana pun xsempat nak update blog ni.

Apa pun...alhamdulillah dapat CPUV Air Asia Go - Korea Sale. Siapa yang pasang niat nak melancong pergi Korea tu, boleh lah survey2 yer...memang tgh offer murah2, flight + hotel + tax. Boleh klik iklan tu untuk tahu info lanjut yer.

Tenkiu Mr.Nuffnang & Tenkiu kat bloggers yang kachak cantik yg sudi menabung kat cini yer (^^,)



  

Monday, August 4, 2014

Segmen BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

Monday, August 04, 2014 51 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Dah lama rasanya x join GA @ segmen kat blog ni. Meh join segmen Blogwalking by Karya Mahirah ni. 

Klik BANNER untuk join yer (^^,)
Nak pergi blogwalking ke blog peserta lain plak.
Bye (^^,)


Pray For Gaza

Monday, August 04, 2014 1 Comments

#prayforgaza #prayforpalestine #supportgaza #supportpalestine #savegaza #savepalestine 
#zionistlaknatullah


#prayformh17 #prayformh370


Raya Blues + Monday Blues

Monday, August 04, 2014 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua bloggers. Cuti raya...cuti blogging juga sebab x berkesempatan nak update cerita2 raya. 

Hurmm...tahun ni tahun ke-2 raya sebagai isteri. Seminggu bercuti tu x cukup puas untuk beraya di kampung sendiri. Almaklumla...nak kena bahagikan cuti. Tapi alhamdulillah...dah selamat balik dan kembali dari kampung.

Hari ni dah start kerja balik selepas seminggu cuti. Tapi xpayah cakap la, harusla masing2 tengah on mood raya lagi kan. Huhhh...xde mood nak kerja lagi. Tambah2 plak hari ni Isnin plak tu...memang mood kerja ke laut lah kan.

1 Syawal : Beraya di Kuala Terengganu, completed family sebelah Incik Suami
Sempat snap gambar bersama Incik Suami. Time ni dah petang, muka pun ikhlas x ikhlas je nak senyum

Selfie 1 Syawal...otw balik dari beraya masa ni
2 Syawal : Pic ni je sempat snap...sebelum keluar beraya - Ummi - SIL - me - Angah -
3 Syawal : Otw nak pergi beraya. Masa ni tengah jammed teruk. Tapi tetap senyum walaupun stress!
Selfie 3 Syawal. Tengok yang belakang tu, siap tido lagi tgh2 jammed. Hehehe...

Kelmarin punya cerita. Masa ni dah selamat sampai di Putrajaya...terus ke kedai mamak. Masing2 kebuloq x makan sejak tengahari. Hampir 7 jam perjalanan...trafik x teruk sangat, certain2 tempat je yang jammed. Tapi kami siap dapat surat cinta daripada PDRM atas alasan "Nombor Plate Kereta Terlalu Fancy". Kihkih...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1435H/2014M. 
Maaf Zahir & Batin jika ada salah silap atau terkasar bahasa sepanjang tempoh Yana blogging. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus terjalin dan ukhwah yang dibina akan terus berkekalan.