Follow Me @snm.yana

Tuesday, September 30, 2014

Tahniah Hazzirah Izzati ~ Dapat PhD Di Usia 24 Tahun

Tuesday, September 30, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Hazzirah Izzati Mat Hassim
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt. Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya melangkau ke Tahun 5 pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan 5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun. Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia 20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.  Beliau menerima tawaran dan memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor Muhainiah Mohd Ali, objektif utamatesis Ph.D beliau yang bertajuk “The Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis” melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups” serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013; Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari 2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013, Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis, beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.

SENARAI PENERBITAN HAZZIRAH IZZATI MAT HASSIM
Bab dalam Buku
  1. Nor Haniza Sarmin, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Siti Afiqah Mohammad, Bab dalam Buku bertajuk “A Bieberbach Group with Cyclic Point Group of Order Two and Its Homological Functors”, Recent Advances In Homological Functors and Capability of Groups. (penilaian)
  2. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Rosita Zainal, Bab dalam Buku bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 33-42. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.
  3. Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Rosita Zainal & Ghazali Semil @ Ismail, Bab dalam Buku bertajuk “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of Nilpotency Class Two”, Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis, 2012, 43-58. Penerbit UTM Press.  ISBN: 978-983-52-0896-6.
Jurnal
(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Homological Functor of A Bieberbach Group with A Cyclic Point Group of Order Two. AIP Conf. Proc.    1605: 672-677. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  2. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Generalization of of the Exterior Square of A Bieberbach Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 849-854. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
  3. Tan Yee Ting, , Nor’ashiqin Mohd Idrus, Rohaidah Masri, Nor Haniza Sarmin,Hazzirah Izzati Mat Hassim. Homological Functor of A Torsion Free Crystallographic Group of Dimension Five with A Nonabelian Point Group.  AIP Conf. Proc.    1602: 691-695. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Exterior Squares of Some Crystallographic Groups. Jurnal Teknologi.    62(3): 7-13. (eISSN: 2180-3722, ISSN: 0127-9696) –diindeks oleh Scopus.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus. The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups. AIP Conf. Proc.    1522: 1069-1074. – diindeks oleh ISI dan Scopus.
(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali. The Nonabelian Tensor Square & Homological Functors of Some 2-Engel Groups. Jurnal Sains dan Matematik.    4(1): 53-59. (ISSN: 1985-7918).
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad. On The Computations of Some Homological Functors of 2-Engel Groups of Order At Most 16.  Journal of Quality Measurement and Analysis (JQMA).    7(1): 153-159.
  2. Nor Haniza Sarmin, Yuhani Yusof, Hazzirah Izzati Mat Hassim & Fadila Normahia Abd Manaf, The Commutativity Degree of 2-Engel Groups of Order at Most 20.Menemui Matematik. 2011.  33(1): 1-10.

PROSIDING PERSIDANGAN

Peringkat Antarabangsa

(2014)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Siti Afiqah Mohammad “The Abelianisation of Bieberbach Groups with Cyclic Point Group of Order Three”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2014(ISPC 2014), pp 907-919.  ISBN: 978-967-0194-39-4.
 (2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Proceedings of International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), pp 95-112.  ISBN: 978-967-0194-21-9.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Extended Abstracts of 22nd Iranian Algebra Seminar, pp 160-163.
 (2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, Proceedings of The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), pp 42-43. ISBN: 978-967-0194-01-1.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 361-366. ISBN: 978-967-5878-03-9.
  2. Azrul Azim Mohd Yunus, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Mohd Sham Mohamad & Hazzirah Izzati Mat Hassim, “The Homological Functors of Some Quaternion Groups,” Proceedings of 2nd International Conference on Mathematical Sciences (ICMS2 2010), pp 384-388. ISBN: 978-967-5878-03-9.

Peringkat Kebangsaan

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Prosiding Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), pp 177-187. ISBN: 978-983-2063-36-0.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Prosiding Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), pp 480-486. ISBN: 978-983-42204-8-8.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, Proceedings of National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), pp292-298.  ISBN: 978-967-0194-10-3.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Prosiding Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains & Matematik 2010 sempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik ke-18 (SKASM 2010 & SKSM 18), Jilid 2, pp 87-92.

Kertas Kerja yang Dibentangkan dalam Persidangan/Seminar

Peringkat Antarabangsa
(2013)
  1. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Generalization of the Exterior Square of a Bieberbach Group”, The Third International Conference on Mathematical Sciences, Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, 17 – 19 Disember 2013.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Institut Teknologi Bandung, Indonesia, 30 November 2013.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Some Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  4. Rohaidah Masri, Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares of Two Families of Torsion Free Crystallographic Groups”, The Asian Mathematical Conference, BEXCO, Busan, Korea, 30 Jun – 4 Julai 2013.
  5. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Exterior Squares and Schur Multipliers of Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, Algebra Seminar, Jabatan Matematik, Universidade de Brasilia, 17 Mei 2013.
  6. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares and Schur Multiplier of Bieberbach Groups with Elementary Abelian 2-Group as the Point Group”, The Second Biennial International Group Theory Conference 2013 (BIGTC 2013), Dogus University, Istanbul, Turki, 4 – 8 Februari 2013.
 (2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-20 (SKSM 20), Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18-20 Disember 2012.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Exterior Squares of Some Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”,  International Science Postgraduate Conference 2012 (ISPC 2012), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru, Johor, Malaysia, 27 – 30 November 2012.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On A Homological Functor of Some Bieberbach Groups With Cyclic Point Group of Order Two”, 22nd Iranian Algebra Seminar, Sabzevar Tarbiat Moallem University, Sabzevar, Iran, 31 Januari – 2 Februari 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Ghazali Semil@ Ismail, “The Homological Functors of Some 2-Generator 2-Groups of Nilpotency Class Two”, The First Biennial International Group Theory Conference 2011 (BIGTC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, Universiti Teknologi Malaysia, Johor Bharu, Johor, Malaysia, 14 – 18 Februari 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups and Their Homological Functors”, 2nd International Conference on Mathematical Sciences(ICMS2 2010), Putra World Trade Center (PWTC) Kuala Lumpur, 30 November – 3 Disember 2010.

Peringkat Kebangsaan

(2013)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “On the Generalization of a Homological Functor of Bieberbach Group with Cyclic Point Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, The Gurney Resort Hotel and Residences, Penang, 6-8 November 2013.

(2012)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri & Nor’ashiqin Mohd Idrus, “The Schur Multipliers of Certain Bieberbach Groups with Abelian Point Groups”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik, Palm Garden Hotel, Putrajaya, 18 – 20 Disember 2012.
(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali, Rohaidah Masri, Nor’ashiqin Mohd Idrus, “Homological Invariants of Some Bieberbach Groups”, National Science Postgraduate Conference 2011 (NSPC 2011), Ibnu Sina Institute for Fundamental Science Studies, UTM Johor Bahru, 15-17 November 2011.
  2. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor’ashiqin Mohd Idrus, Nor Haniza Sarmin, Robert F. Morse & Rohaidah Masri, “The Structure of The Abelianization of A Bieberbach Group”, Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke-19 (SKSM 19), Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang, 9-11 November 2011.
  3. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “On The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of Some Finite Groups”, Kolokium Kebangsaan Pasca Siswazah Sains dan Matematik 2011 (KOLUPSI 2011), Dewan Konvensyen, Bangunan E-Learning, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak, 01 Oktober 2011.
(2010)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin, Nor Muhainiah Mohd Ali & Mohd Sham Mohamad, “The Nonabelian Tensor Square and Homological Functors of The Dihedral Group of Order Eight”, Seminar Kebangsaan Aplikasi Sains dan Matematik (SKASM 2010) bersempena Simposium Kebangsaan Sains Matematik Ke 18 (SKSM18), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor, 8-10 Disember 2010.

Peringkat Universiti

(2011)
  1. Hazzirah Izzati Mat Hassim, Nor Haniza Sarmin & Nor Muhainiah Mohd Ali, “The Homological Functors and Capability of Some Bieberbach Groups”, Siri Seminar Aljabar, Semester II 2010/2011 (Bahagian 3), Bilik Mesyuarat & Seminar, Jabatan Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru, 7 Mac 2011.

*Note: Ommmoooooo....Daebak!!! Bangga nya dengan anak kelahiran Kelantan ni. Semoga keistimewaan beliau ni dimanfaatkan sepenuhnya. Semoga terus success!!!


~With Love, YANA AFI MOHAMED~


TTCians

Tuesday, September 30, 2014 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

TTC ~ Siapa yang tahu pasal TTC ni? Ermm...Yana sebelum ni xpernah tahu pasal TTC ni. Ahli-ahli TTC ni digelar TTCians. Bila di google, banyak juga page @ group @ blog pasal TTC ni.

TTC ni singkatan untuk TRYING TO CONCEIVE @ Cuba Untuk Hamil. X sangka juga...rupanya ada banyak group untuk TTCians ni. Hurmm...but mostly group kat FB ni secret/closed group. So, memang kena request untuk join dulu, admin approve baru boleh baca info-info dalam tu.  

Nampaknya lepas ni, Yana pun boleh pakai title TTCians ni. Huhuhu...belum ada rezeki lagi untuk bertukar status. Dah nak masuk 1 tahun 3 bulan kahwin. Allah lebihkan rezeki yang lain buat masa ni...rezeki zuriat tu belum sampai masa lagi. Lepas kahwin, rezeki lain melimpah ruah, especially rezeki hubby. Apa pun, terus berharap...terus berdoa...terus berikhtiar...

Seronok tengok kawan² yg sebaya, masing² dah ada 2/3 anak...siap nak tambah² lagi.



Bila orang asyik tanya soalan yang sama, boleh jawab satu jer.."Belum ada rezeki". Hubby pun tatau nak jawab apa selain daripada, "Tunggu Yana habiskan study dia dulu". Huhu....pertengahan tahun depan, Insyaallah akan habis study. Kalau masa tu belum ada rezeki...dah decide untuk jumpa speacialist! Yang penting ikhtiar kan...

~With Love, YANA AFI MOHAMED~



Segmen + Giveaway Sweet Sour by N|A

Tuesday, September 30, 2014 33 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!

Giveaway anjuran Nadya Shafiqa + Alia Ali Ahmad.

Pantun Cinta:
Sang puteri merintih sedih di hati,
Sebak mencengkam hati berbirat;
Kasih suami kasih nan sejati,
Tidakkan padam selagi dikandung hayat.

Mekar cempaka di tepi perigi,
Berterbangan sang pipit sekawan;
Suami pengasih isteri mithali,
Ikatan kukuh cinta berkekalan.

TARIKH GA : 30 September ~ 14 Oktober 2014

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


INGATAN tu penting okay!!!

Tuesday, September 30, 2014 3 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Macamana eh suasana kat ofis korang? Setiap pagi bangun tido korang bersemangat tak nak pergi kerja? Kalau bersemangat, that means korang happy dengan suasana ofis korang termasuk la rakan² sekerja korang. Betul dak?

Ermm...actually Yana happy je dengan ofis sekarang. Seriously 10x better daripada bos & pegawai² yang lama. Pegawai sekarang lebih educated, well PR, reasonable, adil dan satu kepala...happening je rasa. Datang kerja pun x pernah rasa stress walaupun kerja menimbun!

Tapi hari ni tetiba je ada hurt feeling gituuuuuu... Xtaw la pesal, padahal bukan isu besar pun. Permulaannya bila big boss x masuk ofis, then tetiba big boss panggil semua keluar, maybe dia nak belanja minum @ lunch @ menyampaikan amanat sebelum beliau cuti esok. 

Kebiasaan bila dorang kena buat kerja luar @ outstation, sebelum keluar dorang akan say something (atleast bye). Tapi tadi tak...kita tengah gigih (gigih sangat...haha), khusyuk buat kerja, bila keluar nak cari orang...semua bilik dorang bergelap, sunyi sepi daaaa.... How come dorang terus hilang macam tu jer??? Tambah plak bukan keluar untuk kerja, tapi keluar untuk makan² jer tanpa bgtaw sepatah pun!!! Sob...sob...

X minta ajak pun, but atleast tanya jelah kan! INGATAN tu yang lebih penting kan! Tetiba bising² kat luar, dorang masuk ofis ramai² dengan muka gembira. Siap cakap, "Datuk ada tanya kenapa Yana xada tadi"!!! What theeeeee.......

Then Yana senyum pahit tawar jelah...tatau nak jawab apa kan! Dah korang x keluar bagitaw kita, boleh cakap macam tu! Yang lagi dasyattt, kite sorang je yang xde...yang lain semua ada termasuk abang despatch!

Layan hurt feeling sorang² kat ofis! Terus macam...terkelu tatau nak komen apa! Selera makan tengahari terus hilanggggg.... Lepas² ni kalau dorang ajak kuar lunch ke apa ke, xmau dah ikut okay. Officer planning ramai² pergi Labuan hujung ta0n ni, jangan harap nak ikut okay... Baik pergi Labuan dengan hubby jer...

Uhukkkk....


~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Super Duper Cute!!!

Tuesday, September 30, 2014 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t

Pagi ni hujan lebat di Putrajaya. Alhamdulillah...hujan rahmat. Sebab semalam panas terik dan bad haze kat sini, memang membahayakan kesihatan. Tapi tulah, pagi² dah hujan...sejuk² je rasa, mata pun mula la kuyu semacam jer. Huwarghhhhh....kalau kat rumah ni s0dap tidur agaknya ni...

Apa la yg Max & Bella tengah buat kat rumah tu? Mesti tid0 aje keje nya! Jelessss.....

Meh cuci mata, segarkan mata!

Rain + Cat

Cat on Customer Service Position

Cat + Bean Bag
Yang ni super duper cute...

Semua gambar ni curi daripada internet, banyak² website...hehehe!


~With Love, YANA AFI MOHAMED~



Hari Terakhir : Simple Giveaway & Blogwalking by Yana Pink Blossom

Tuesday, September 30, 2014 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Hari ni hari terakhir untuk join Simple Giveaway & Blogwalking by Yana Pink Blossom okay.
Penyertaan sehingga 11.59 malam ni yer.

Kepada yang dah join, meh chek no.link/url korang.
Dah boleh start blogwalking ke blog peserta lain yer...

Thanks for your support !!!
♥ ♥ ♥

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Preloved Giveaway by Annur

Tuesday, September 30, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!

Hopefully bertuah...nak keychain, nak keychain!
Hakhakhak...

~With Love, YANA AFI MOHAMED~





Monday, September 29, 2014

Segmen Bloglist Cun Oktober 2014 by Ekinnuar

Monday, September 29, 2014 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join

Thanks Ekin sebab sudi jemput.

All the best juga buat Ekin memandangkan ni segmen pertama yang dianjurkan oleh Ekin.
Hehehe...jom join ramai².

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Sunday, September 28, 2014

Liebster Award #1

Sunday, September 28, 2014 3 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Firstly, terima kasih pada Syahirah Valiant yang sudi tag Yana untuk Liebster Award ni. Tapi sebenarnya ni bukan tag pertama yang Yana dapat. Beberapa bulan yang lalu, ada 3,4 orang blogger yang tag Yana. Tapi sorry sangat2 coz x sempat nak jawab balik sebab kebizian yang melampau pada waktu tu. Rasa banyak betul hutang Liebster Award. Tapi ni entri Liebster Award #1 yang akan Yana jawab. Next time, kalau ada yang nak tag Yana lagi...insyaallah, Yana akan jawab. I'll try my best okay (^^,)


Meh langsaikan 'hutang' soalan daripada Ira :-

1. Pada usia berapakah anda merasakan sesuatu yang perlu anda lakukan adalah satu tanggungjawab untuk anda ?
Sejak rasa diri sudah dewasa. Sejak sekolah menengah hingga sekarang. I'm an independent woman! Oyeahhh!!! Hahaha... 

2. Pandangan tentang blog saya.
Cantik. I love your blog header. Simple yet nice!!!

3. Lagu favourite anda.
Banyak sangat...but mostly english song.

4. Pernahkah anda merasakan sesuatu yang anda lakukan adalah perkara yang sia-sia ?
Tak pernah. Sebab setiap kali nak buat apa-apa, memang tawakkal dan sanggup terima apa jua hasilnya. Never regret okay (^___^) Hihihi....

5. Sejak bila start berblogging ?
2009/2010. Dah lupa lah...sebab dulu blogging suka suki jer..x serius pun dan x berapa aktif.

6. Boleh anda lawat blog saya setiap hari ?
Insyaallah...nak cakap setiap hari tu xboleh janji. Tapi kalau ada masa dan sempat online blog, akak singgah okay. Tapi Ira wajib singgah blog akak juga sebab akak dan menang Segmen Pelancarian Bloglist September (Polaroid) Ira kan...muahaha! 

7. Apakah perasaan anda apabila mengetahui pasangan anda telah curang/ ada orang lain ?
X pasti sebab x pernah alami lagi. Tapi kalau nak bayangkan terkena, say 'Goodbye...Sayonara'. Maybe I'll forgive you but I'll never accept you into my life again!!!

8. Tarikh lahir anda ?
17 November 1987. Jangan lupa wish taw...nak bg hadiah pun bley. Kikikiki...

9. Describe about me.
Comel...nampak sopan santun. I'll try to know you better.

10. Apakah perasaan anda ketika ini ?
Mengantuk...dan badly laziness juga sebab memikior esok dah kerja , pagi sampai tghr tadi kelas di Puncak Alam. Uhukkk...

11. Apakah kenangan manis yang anda tidak dapat lupakan ?
Banyak juga kenangan manis. Selagi x hilang ingatan, selagi tu akan tersemat di ingatan sampai bila-bila, selagi hayat dikandung badan. Ewahhh....hahaha!

"Soalan-Soalan Maut"
  1. Umur dan zodiak anda ?
  2. Hadiah hari lahir yang paling bermakna sepanjang hidup.
  3. Bagi satu (1) je keistimewaan anda (yg paling istimewa dan u really proud of).
  4. Anggota badan anda yang anda paling suka?
  5. Pendapat anda mengenai blog Yana Pink Blossom...jujur yer, jawab simple jer!
  6. Adakah anda follower Yana Pink Blossom? Since when?
  7. Tempat percutian yang paling best anda pernah pergi?
  8. Tempat percutian yang paling anda ingin pergi?
  9. Pantai @ Sungai @ Hutan. Pilih salah satu jer. Bagi sebab pilihan anda tu.
  10. Ringtone handphone yang korang tgh guna sekarang? 
  11. Tolong hadiahkan kata-kata motivasi @ quotes (atleast 1 sentence) yang anda suka kepada saya!


Mangsa Tag:
I'll decide later...hehe, may I ???

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Friday, September 26, 2014

Part 2 : Appointment With Dermatologist (Dr. Ko Skin Specialist)

Friday, September 26, 2014 49 Comments

Assalamualaikum w.b.t.



Sebelum pergi Klinik Dr. Ko ni, Yana dah google pasal Dr. Ko ni. Dia memang femes...melambak muka dia taw. TV Media, radio interview, press...memang banyak yang amat. So, memang confident nak pergi buat treatment kat ctu. Kalau korang nak tengok, boleh pergi SINI.

Sesi semasa jumpa doktor : Doktor memang explain secara details. Mula-mula apa masalah kulit Yana, berjerawat, parut dan pigmentasi. Biasala dia akan cakap apa yang menyebabkan jadi macam tu. Of cos la yg paling utama sebab salah pakai produk! Yesssss....I know!!! Hehehe... Masa jumpa doktor tu, hubby masuk sekali. Memang banyak btol soalan kami. Doktor pun jawab setiap satu soalan kami! Hehe...

Then doktor explain jenis rawatan, pakej semua yang ada. Kalau dengar dia cakap tu rasa nak try semua treatment yang ada. Macam-macam pilihan ada, ada yang treatment melalui pengambilan ubat, facial treatment, laser treatment dan produk kosmetik Dr.Ko sendiri. Yang Yana suka...cara dia bercakap tu, dia tak paksa pun kita setuju untuk ambil salah satu treatment tu pun. Kita sendiri yang decide nak pilih...dia suruh kita fikir dlu baik-baik. Kita pun xkan stress okay. Kalau korang rasa xnak amik treatment kat c2, rasa x sesuai ke ape ke, korang just pay RM50 for consultation fee and just walk away yer. Muehehehe.... But for me, kalau korang dah determined nak solve korang punya probs, korang will stay and accept the treatment suggestions that offered.

Lepas discuss dengan hubby semua, then Yana decide untuk ambil pakej, kebetulan tu pun ada offer. But lupa plak nak tanya harga sebelum dan selepas offer, so tatau la berapa banyak yang dapat discount sebenar nya. Oh ye...pakej tu termasuk ubat, produk kosmetik dan 5x facial treatment (buy 3, get 2 free). 


Yana fikir better ambil ubat juga, sebab Yana percaya kesihatan dalaman pun penting juga! Tulah ubat yang dapat masa 1st appoinment, 1 Ant-Bacterial, 1 ubat sapu dan 2 botol ubat (1 bulan) untuk reduces oil & pimples. Sepanjang ambil ubat untuk reduces oil and pimples ni, kalau boleh elakkan daripada mengandung. Doktor memang dah warning awal² lagi. Dia memang x galakkan, dan kalau boleh elakkan daripada pregnant sebab risiko effect pada baby masa dilahirkan. Kalau nak pregnant, kena tunggu 4minggu selepas stop ambil ubat tu. Okay...faham! Take seriously okay... Tapi kalau korang tengah merancang untuk pregnant, korang x payah la amik ubat, just proceed dengan treatment lain jer.

Doc cakap pernah ada patient dia pregnant masa ambil ubat ni, tp alhamdulillah...baby dilahirkan sihat semua. Tp tulah...depend pada badan masing² lah kan. So, better avoid the pregnancy sepanjang ambil ubat tu k... Wanita dan cantik memang xboleh nak dipisahkan btol tak? Hurmm...masa tu memang serius xnak fikir panjang. Yang Yana taw masa tu rasa confident je nak buat treatment. Tu yang terus amik pakej. 

Oh ye...nak share dengan korang. Masa Yana jumpa doktor tu, Yana ada tanya jugak. "Adakah pemakanan salah satu punca masalah kulit kita?" Guess what? Doc jawab, TIDAK!!! Seriouslyyyyy??? (0______0) Doc cakap pemakanan tu sebenarnya x mempengaruhi langsung masalah kulit, makanan bergoreng, berminyak, seafood and so on tu yer kita boleh makan, tapi dengan syarat dengan penggunaan produk penjagaan kulit yang betul. "Secara saintifik nya xada strong prove/evidence yang menunjukkan makanan tu menjadi punca masalah kulit kita". 

So, lepas ni boleh makan seafood, kacang2, sambal belacan dsbg dengan gembiranya!!! "Ada orang cakap dia makan makanan macam tu mesti naik jerawat. Kenapa yer?" Simple  jer, jawapan dia adalah MIND SET! Hahahaha.... Tapi Yana rasa memang btol pun, dulu Yana pernah pantang dr makan menda² feberet tu, but still pimples keep muncul dekat muka ni taw!!! Benciiiii....

Will Be Continue...Part 3



*Ada masa lagi untuk join Simple Giveaway & Blogwalking by Yana Pink Blossom. Jangan lupa join!!!


~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Salam Jumaat

Friday, September 26, 2014 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Jumaat.



~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Thursday, September 25, 2014

Yang Mana Pilihan Korang???

Thursday, September 25, 2014 17 Comments

Assalamualaikum w.b.t.




So.....if you're given the opportunity, where would you like to go the mostttt?
I'll choose LONDON! But still forever and ever....MECCA will be the first of the list.

Maybe, it'll be 1 of our holiday destination next year!!!

Oh yeahhh....(^^,)




Birthday Giveaway by Shad

Thursday, September 25, 2014 7 Comments

Greetings and Assalamualaikum to all
Jemput Join


Klik Banner untuk Join

Birthday Giveaway by Shad dianjurkan oleh Shad dan disponsor oleh

Good Luck!

*Note: HAPPY BIRTHDAY SHAD! May Allah Bless You Always, Have a Joyful Life and Happiness is always yours!

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


GIVEAWAY – SAYA NAK SIHAT

Thursday, September 25, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!


Meh ramai-ramai join GA ni. Seriusssss....hadiah dia banyak giler & best!
GA ni sampai 3 Oktober 2014 saja yer. So, join cepat² sebelum terlambat.

Mangsa TAG : Azman Arsad | Aliatul Aiman

*SLOGAN : Saya nak sihat kerana kesihatan mental dan fizikal adalah antara asas terpenting dalam kehidupan. "Take Care Of Your Body, It's The Only Place You Have To Live In" | "YOUR HAPPINESS IS A REFLECTION OF YOUR HEALTH" | "BADAN SIHAT, HIDUP GEMBIRA"  


~With Love, YANA AFI MOHAMED~