22Sept2014 ~ Fire Drill @KPWKM

Monday, September 22, 2014


Assalamualaikum w.b.t.

Hari Isnin bertemu lagi. Hari ni datang kerja macam biasa...7.15 pagi dah sampai ofis. Dengar khabar hari ni ada "Fire Drill" kat ofis...atau dalam Bahasa Melayu nya adalah Latihan Kebakaran. Ok, Fine! Dah get ready. Ni kali kedua buat fire drill kat ofis untuk tahun ni. Yang 1st hari tu masa awal tahun. Awal tahun eh? Macam baru jer rasa... Alahai...cepat btol masa berlalu.

Tapi kali ni pun rasa nak mengelat lagi...dah minta abang ofis bagi isyarat kalau fire drill dah nak mula. Haha...siot jerk kan. Tapi senyap² jelah kan...xleh nak heboh². Kang x pasal² kena marah ngan abang² n pak cik² bomba. Hehe... Tengah bomba duk sembur asap tu, kami dah otw turun ke bawah.

Maunya x mengelat! Menggigil kaki kot nak turun tangga dari tingkat 37. Kalau masa kat ofis lama dulu, gagahkan juga turun tangga sebab tingkat 6 jerk. Dapat je signal, terus kumpul geng² semua...turun guna lif. X sampai 5 minit, siren berbunyi... Fuhh...nasib baik sempat turun dengan lif. Kalau tak, ma0 terperangkap dalam lif tu kan. 

Mohon ampun ye abang² dan pak cik² bomba sekalian. Kalau kebakaran yang real...nak tak nak memang kami kena turun tangga juga nanti sebab lif xkan boleh berfungsi. Haha... 






Sejam lebih juga la terpaksa duduk 'lepak²' kat Dataran Gemilang (tempat berkumpul) tu sementara bomba sahkan 'selamat' kan. Dalam hati tak payah cakap la, rasa macam berjam² menunggu...masa satu setengah jam tu sebenarnya terbuang macam tu jer. Dalam tempoh tu, banyak benda boleh settle kalau ada kat ofis. Hehe...tapi nak buat macamana, latihan macamni pun kena juga buat kan.

~With Love, YANA AFI MOHAMED~



You Might Also Like

1 person(s) poked me!

  1. Tudung berdebu tak dengan serbuk kering pemadam api..hehe..terasa sesak nafas keadaan sebegitu..tapi inilah dia latihan sediakan payung sebelum hujan..

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe