Part 1 : Appointment With Dermatologist

Wednesday, September 24, 2014


Assalamualaikum w.b.t.

Entri ni nak share pasal Dermatologist yang Yana sendiri jumpa. Dermatologist atau nama lain Skin Speacialist. Sebenarnya Yana ni sejak kahwin, memang ada masalah kulit muka, berjerawat dan parut (Acne and Scarring). Skala tahap masalah tu 2/5. Mungkin perubahan hormon yang mendadak, kulit pun bermasalah. Last ada kulit muka yang licin, lembut dan tak pernah naik jerawat adalah tahun 20010...masa tu umo 23 tahun! Lama gile kan!

Lepas makin meningkat usia tu, muka makin bermasalah...lepas kahwin, triple bermasalah okay. Memang stress sangat². Sebenarnya dah macam² produk Yana cuba, produk murah sampai mahal...semua pernah try. Tp setiap kali pakai produk, sebulan dua je kulit muka okay cket...lepas tu memang akan problem balik. Last sekali...memang dah jemu nak try apa² produk even testimoni yang top gempak ke apa ker...

Gambar ehsan daripada Mr.Google.

Kulit muka Yana sekarang ni lebih kurang macamni lah, cuma kurang sikit lah. Tapi bila dah banyak parut, terpaksa guna foundation untuk cover cela² ni semua bila nak keluar @ pergi kerja. Sebenarnya pakai foundation tu lagi buat masalah kulit bertambah teruk. Yeahhh...I know! Tapi nak buat macamana, kalau x pakai...rasa x confident nak keluar dari rumah kan.

Selain guna produk, pernah juga disiplin kan diri pergi facial treatment setiap 2 minggu sekali... Hasil dia, dalam seminggu lepas treatment rasa okay la...lepas tu rasa tak okay balik. Beberapa bulan juga la sempat disiplin kan diri pergi facial treatment tu. Tapi bila fikir balik...macam membazir jer sebab facial treatment RM120++/sesi. Dalam sebulan 2x, kalau setahun dah berapa? Sekali sesi boleh tahan dalam seminggu je kesan tu...membazir tak?

So...masalah ni sebenarnya dah jadi masalah no.1 dalam hidup ni. Stress tak payah cakap lah yer...lagi stress daripada nak hadap final exam!!! Lepas tu, hubby cadangkan pergi jumpa pakar kulit. Sebenarnya memang lama dah bercadang nak pergi, cuma malas nak jumpa doktor. X suka jumpa doktor! Hahahaha....

Lepas tu kami decide pergi Klinik Dr.Ko Skin Specialist. Korang pernah dengar tak pasal Dr. Ko Skin Specialist ni? One of the well known and famous dermatologist yerppp... HQ dia di Klang. Tapi sebab dia ada branch yang sangat banyak di seluruh Malaysia, then decide pilih yang paling dekat jelah. Lagipun kalau pergi yang Klang tu, confirm kena tunggu lama kalau walk-in je, melainkan korang dah siap² buat appoinment awal.

Klinik Dr. Ko (Cawangan Kuchai Lama)
A-3-8, Kuchai Exchange,
No.43, Jalan Kuchai Maju 13
58200 Kuala Lumpur
T: +603 7987 3100

So, kalau nak tengok branch² yang lain, korang tengok kat SINI.

Lokasi Cawangan Kuchai Lama ni boleh kata senang juga nak cari. Landmark dia NSK Hypermarket. Masa tu pergi dalam jam 2.00 petang. Nervous gile nak jumpa doktor! Masuk je, terus pergi kaunter....girl yang jaga kaunter tu sangat friendly, dan lagi penting kulit dia sangat² cantik okay...macam baby skin! Seriussss...x tipu! Masa tu confident dan hati melonjak² okay nk buat treatment kat situ. Lepas tu dah daftar, then dia ada brief sikit la, kalau nak jumpa doktor, ada "Consultation Fee" sebanyak RM50. Melainkan korang ada beli apa² ubat/produk, caj tu tidak akan dikenakan. Okay...faham!!!

Nasib baik masa tu ada 3 patient je tengah menunggu. So, tunggu dalam 15 minit je sebelum jumpa doktor. Hari tu doctor on duty adalah perempuan, tapi x pasti nama apa. Comel je doktor tu...dan sangat² baik dan peramah okay! Then, nervous tu terus dissapear macam tu jer...    


Will be continue...Part 2


*Ada masa lagi untuk join Simple Giveaway & Blogwalking by Yana Pink Blossom. Jangan lupa join!!!



You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. alahhhh tgh2 sedap nak bace bersambung pulak.. hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha....nak buat macamna. Sebab cerita dia mungkin panjang lagi, x sempat nak habis tulis. Sabar yer...
      Thanks for reading (^^,)

      Delete

Google+ Followers

Subscribe