Follow Me @snm.yana

Friday, October 31, 2014

'iPhone 6 Plus vs Galaxy Note 4' Idaman Hati

Friday, October 31, 2014 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Ermm...rasanya macam dah lama tak beli handphone baru! So...sekarang tengah survey² latest smartphone yang canggih manggih di pasaran sekarang ni. Ecece...macam esok lusa dah nak beli kan!!!

Tapi sekarang semua makin canggih, x sempat nak kejar lah! Walaupun x beli, tapi atleast amik tahu la juga. So, bila orang tanya tu, kita tahu la nak jawab. Xdela back dated sangat kan! 

Sebenarnya...sekarang ni memang focus 2 brand je, iPhone (Apple) vs Galaxy Note (Samsung)! Dua brand ni je yang jadi pilihan hati. Maybe brand lain banyak juga yang okay....tapi tataulah nak explain macamana kan! iPhone, sebab sangat eksklusif! Kenapa? Sebab produk dia walaupun pakai bertahun, x rasa backdated pun! Harga lambat merundum! Samsung, sebab multifunction and user friendly! Banyak free application yang best2 boleh masuk dalam produk Samsung.



Yana...sila kumpul duit!!! Hehe....bila eh iPhone6 nak masuk pasaran Malaysia? Bulan Disember eh? Adoiii...tapi kalau nak compare iPhone6 & Note4, hati ni lebih tertarik dengan iPhone6, tapi nak iPhone6 Plus! Haihhh...berapa pula harga iPhone6 Plus ni? Ermmm...survey², almost RM3k juga yang paling murah. Tapi tataula, tu harga yang dianggarkan jer. Tapi rasanya memang lebih kurang tu jelah harga dia pun kalau compare dengan size iPhone6 Plus tu..

iPad kat rumah tu dah minta pairing dengan iPhone 6 ni.....hahahahaha! Hadeeeiii...camne ni kalau dah jatuh hati. Kena usaha juga ni!!!  

Hujung Minggu Yang Ditunggu

Friday, October 31, 2014 0 Comments


Assalamualaikum w.b.t.


Salam Jumaat. Horayyy...dah Jumaat, esok weekend! Dah lama tak rasa sangat gumbira bila nak jumpa weekend! Orang lain kemain lagi kan eksaited kalau dah jumpa Jumaat, x sabar nak tunggu weekend. Yana pula, klu Ahad ada kelas, rasa macam malas betul nak jumpa 'weekend'! Korang faham ke apa yang Yana nak sampaikan ni? Hahaha...Ahad esok lusa ni xde class...so yippieeee² lah jawabnya!

Kalau ada kelas hari Ahad, setiap Sabtu tulah nak selak buku study, Sabtu tulah nak buat kerja rumah, Sabtu tulah nak bangun lambat, then Sabtu tulah nak berdating² ngan hubby! So..mostly Saturday memang hari yang memenatkan taw! Haishhh...xboleh merunguttttt! Sabar lah, 2 semester jer lagi nak habis... Insyaallah!

Sebenarnya bukan nak tunggu weekend semata²... tapi nak inform korang, malam ni bermula jam 12.01 pagi, 1 November 2014...Yana akan publish Birthday Giveaway taw! Hehe....tak sabar nak publish. Nanti korang join okay!!! Ni first time Yana buat GA dengan adanya penaja...so, hadiah tu banyak juga lah! So, peluang untuk korang menang salah satu hadiah tu pun tinggi!

Jangan lupa support k...sayang korang sume (^^,) 

Thursday, October 30, 2014

Giveaway Contest RM700 Jualan Hebat Lazada Malaysia 11/11 by Emas Putih

Thursday, October 30, 2014 8 Comments
As-salam


Berita baik untuk semua kaki shopping online kerana Lazada Malaysia akan menganjurkan 1 jualan besar-besaran selama 1 hari pada 11th November 2014 dengan potongan harga sehingga 94%. 



Terdapat Flash Sale selama 1 jam untuk setiap satu kategori (12 Kategori) bermula 11 pagi hingga 11 malam! Harga rendah ditawarkan untuk semua kategori di Lazada Malaysia sepanjang Flash Sale. 

Mark your calendar and Jom Gegarkan Jualan Hebat ini dengan klik link ni : Jualan Hebat 

Any update tentang jualan besar-besaran ini sila ke Lazada Malaysia !! 

Ini adalah Blogger Giveaway Contest anjuran Lazada Malaysia dengan kerjasama Kisah Emas Putih. 11 Pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi hadiah berjumlah RM 700! Untuk sertai contest ini, sila ke blog Kisah Emas Putih dengan ke link ini : LINK CONTEST .

#65 CPUV Nuffnang: British Council - Education UK Exhibition

Thursday, October 30, 2014 2 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Banyak hari juga ni menyepi sejak cuti balik kampung hari tu. PV pun haruslah merundum ni. Lepas ni nak kena up kan balik, bukan senang kan...cuma kena rajin lah hadap blog ni lama sikit. Huhuhu..

Btw, tadi buka akaun Nuffnang, dapat CPUV baru seketul...


Sape² yang ada pasang niat untuk further study tu, boleh la survey² kat website British Council - Education UK Exhibition yang akan datang ke Malaysia bulan depan ni. Mana la tahu ada rezeki & peluang untuk korang kan! Silap² terpilih dapat scholarship! Huntunggggg sangat!!!


The Education UK exhibition is coming soon!

Event details

Date : 8 & 9 November
Time : 1pm - 6pm
Venue : Hall 4, Ground level, Kuala Lumpur Convention Centre
No. of institutions83



Well-known Institution, memang untung la kalau terpilih ni kan!
Jangan lepaskan peluang yer!

Pre-register  for the privilege of entering the exhibition hall 15 minutes ahead of our official opening time and to enter the lucky draw. Please note we are using Eventbrite for pre-registration this time therefore please go through the steps of registration.

Thursday, October 23, 2014

I Heart My Hometown

Thursday, October 23, 2014 2 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang Yana tengah bercuti kat kampung. Hurmm...so offline blogging untuk beberapa hari. Nak menikmati cuti sebaiknyaaaa... Seronoknya dapat balik kampung! Tapi terpaksa berjauhan dengan hubby untuk beberapa hari juga. Hubby dah balik Putrajaya tadi, sebab esok dia ada kerja. 

Hepy Diwali to all indians friends (^^,)


Tuesday, October 21, 2014

Blog Review #4 : Blog Giveaway Section

Tuesday, October 21, 2014 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

BR1 | BR2 | BR3

Hari ni nak buat Blog Review yang terakhir. Ermm...pemenang Blog Review ke-4 sebenarnya URL tu dah xboleh pakai, so...decide x perlu review lagi. Huhuhu...mungkin tuan blog dah delete entri GA tu agaknya.

It's okay...kita teruskan review untuk blog seterusnya.


OOuuuuu...sebenarnya blog ni memang blog khas untuk tuan blog join semua Giveaway!
Blog ni milik Anies, baru berusia 18 tahun. 
Hihi....cantik blog dia! Theme color is Baby Blue. Simple, cantik, kemas...
Obviously, adik Anies ni one of K-poppers Fan! 
Hehehe...

Nak tahu lanjut pasal tuan blog Giveaway Section ni, kena follow dulu Boice Legacy (Official Blog) adik ni. Suka baca entri kat official blog dia. (^^,) Student's Life.

Jom p terjah ramai² and follow adik Anies ni.


 

Monday, October 20, 2014

Blog Review #3 : Blog Pelita Siang

Monday, October 20, 2014 12 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Malam ni baru berkesempatan nak langsaikan Blog Review yang ke-3. Maaf yer...

Blog Review Ke-3 ni adalah Blog PelitaSiang.org.


Tuan Blog ni membahasakan diri beliau sebagai Mr.Pingu. Hehe...teringat pula kat bestie sorang tu. Kami panggil dia Pingu juga sebab cara dia berjalan macam penguin! Hehe...tapi perempuan lah! Mr.Pingu ni pula, apa sejarahnya yer??? (^_____^)

Sebenarnya x banyak yang Yana boleh review pasal blog PelitaSiang.org ni. Yang pasti blog ni sangat2 simple, cepat loading dan x banyak widget yang berat2 di sidebar. Bila baca kisah beliau di ruangan 'ABOUT ME', banyak rupanya bidang yang dah beliau ceburi. Lately ni beliau banyak join GA. Hahaha....Mr.Pingu, Yana tatau nak komen apa pasal awak taw!

Ni kata-kata yang nampaknya menjadi pegangan Mr.Pingu.
"REZEKI ALLAH SENTIASA ADA DI DEPAN MU"
"SETIAP DARI KAMU ADA KELEBIHAN MASING-MASING, YANG BERBEZA"
"(WE TEACH WHAT WE LEARN)"

Semoga Mr.Pingu terus success yer (^^,)
Jom la terjah ke blog PelitaSiang.org ni...

Pencarian Penaja Sempena "Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom"

Monday, October 20, 2014 14 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Semua nampak tajuk entri tu kan, jelas terang lagi bersuluh. Hihihi... (*___*)
Insyaallah, 1 hingga 30 November ni, Yana bercadang nak publish satu (1) giveaway sempena birthday Yana yang akan datang (17 November) nanti. Waaa...dah tak lama nak bertambah usia.


So, Yana dengan sukacita dan rendah hati nak buka peluang kepada bloggers yang bermurah hati nak jadi penaja a.k.a sponsorship untuk GA tu. Ni 1st time juga Yana cari penaja untuk GA yg Yana anjurkan. Sebelum ni, hanya sponsorship daripada diri sendiri sahaja.

Tapi Yana banyak juga sponsor GA bloggers lain. Sebenarnya memang banyak juga benefit jadi sponsorship ni kan. Antaranya, naikkan trafik blog, tambah Followers + Likers, senang nak blogwalk dan banyak lagi

So, kalau ada yang sudi, boleh PM Yana di Page FB yer.
Boleh klik button di bawah.
Thanks in advance. (^^,)


Mini Giveaway by Syira Lokman

Monday, October 20, 2014 7 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!

Jom join Mini GA by Syira Lokman. Banyak btol hadiah GA ni, even mini GA je.
Hehehe...ramai sponsorship ni.

Good Luck semua (^^,)

Channel Set Perfume Giveaway by Melangkau Garisan

Monday, October 20, 2014 6 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Yeayy...nak join GA oleh MG. Hadiah dia 1 set Channel Miniture Perfume Gred 5A.

So, xnak lengah² join GA ni, takut lupa. Hahaha...
Manala taw bertuah kan! (^^,)

Klik BANNER untuk join!
 Good Luck genk (^^,)

#61 ~ #64 CPUV Nuffnang

Monday, October 20, 2014 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t. 

Entri permulaan pada hari ni adalah entri penghargaan buat Mr.Nuffnang yang baik hati.
Mr.Nuffnang yg x segan², x jemu² menghadiahkan CPUV yang baru kepada blog Yana Pink Blossom.
Walaupun entri di blog ni, segan² silu je nak keluar setiap hari.
Ampun sesangat, bukan disengajakan, tapi kekangan masa yang membantutkan rutin harian ni.


Maaf sebab terpaksa update banyak² sekaligus! Tu menunjukkan memang dah lama x update entri penghargaan buat Mr.Nuffnang. Last update hari tu kat SINI. Walaupun lambat, tapi wajib buat! Alhamdulillah...semoga semua CPUV² yg dapat ni selalu menari² kat blog ni yer.  Thanks juga buat bloggerista yang sudi singgah jenguk² blog 'pemalu' ni. Hihihi... Yana perasan memang ramai juga yang dapat CPUV² ni semua kan, so...congrats semua yer (^^,)

Oh yer....Yana ada terbaca kat 1 blog haritu, tapi maaf sebab lupa blog sape kan, yang pasal CPUV triple tu. Macam yang gambar CPUV kat atas tu, Yana selalu dapat triple macam tu. Katanya Mr.Nuffnang ada masalah sistem eh. Oh...baru Yana taw pasal tu. Dah kerap sangat dapat triple macam tu, tu yang pelik kan. So, kalau dapat triple tu, meaning considered as 1 lah kan! Okay, noted!

LAMIDO Digital Campaign (5th - October CPUV)

Zurich Insurance Contest (6th - October CPUV)

Musee Platinum Tokyo (7th - October CPUV)

Mondelez (Chipsmore) (8th - October CPUV)

Apa pun...bersyukur sebab dapat CPUV baru setiap masa.
Nak pergi blogwalking jap lagi! Yeayyy....

 

Monday, October 13, 2014

Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com

Monday, October 13, 2014 20 Comments

Assalamualaikum w.b.t.


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 13 Oktober 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #11 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Quote# : Monday Morning

Monday, October 13, 2014 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Very good morning girls & guys!


Have a nice day ahead (^^,)
Let's start our MONDAY! Being motivated.


~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Friday, October 10, 2014

Tanda-Tanda Dunia Akhir Zaman

Friday, October 10, 2014 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Jumaat yang barakah....

Entri ni adalah untuk renungan bersama dan peringatan diri sendiri. 
Sedar atau tanpa sedar, sebenarnya tanda-tanda kecil hari kiamat dan lengkap, semuanya 'telah' berlaku. Sekarang tanda-tanda besar hari kiamat 'sedang' berlaku. Peka kah kita?



(1) Penaklukan Baitulmuqaddis.

Dari Auf b. Malik lah.a. katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Saya menghitung 6 perkara menjelang – hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah 1 di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” – Sahih Bukhari.

(2) Zina bermaharajalela.

“Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang.” – Sahih Muslim.

Sekarang di media sosial, akhbar dan banyak lagi, bersepah² perbuatan zina. Yang dilaporkan dan terbongkar pun dah banyak, macamana pula yang masih belum terbongkar? Allahuakbar!

(3) Bermaharajalela alat muzik.

“Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.” Ada yang bertanya kepada Rasulullah saw; “Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?” Baginda menjawab; “Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita” – Ibnu Majah.

Sekarang memang banyak sangat rancangan muzik, dekat tv sahaja dan bermacam² jenis reality show. X salah rasanya minat muzik, selagi ia tidak melalaikan kita.

(4) Menghias masjid & membanggakannya.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam mendirikan masjid” – Riwayat -Nasai.

Di negara sendiri, makin hari makin banyak masjid yang cantik, besar dan tersergam indah seperti istana. Semuanya berlumba-lumba untuk membina masjid yang paling cantik. 

Sebab Nabi Muhammad SAW penah menyebutkan:

“..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.” SubhanAllah!

Seperti mana yang kita lihat sekarang tanda kiamat di tepi Kaabah jer iaitu Menara Jam Di Raja Mekah. Dimana tao juga pernah mengeluarkan artikel tentang Menara jam Mekah pelengkap tanda Kiamat.

(5) Munculnya kekejian.

“Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga.” – Riwayat Ahmad dan Hakim.

(6) Ramai orang soleh meninggal dunia.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran” – Riwayat Ahmad.

(7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.

“Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka’ bin Luka’ (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia” - Riwayat Thabrani.

(8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja.

“Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja.” – Riwayat Ahmad.

(9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. “Di antara tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang”.

Perkara biasa pada zaman sekarang. Fesyen yang mengarut-ngarut pun banyak. Betul sangat², memang ramai yang menutup aurat, tapi hakikatnya pada masa yang sama, berpakaian ketat, dah jenis material kain yang menampakkan susuk badan! Allahuakbar, minta dijauhkan!

(10) Bulan sabit kelihatan besar.

“Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit.” - Riwayat Thabrani.

(11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.

“Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu” – Sahih Muslim.

Sekarang ni sebarang berita memang cepat tersebar, terutamanya melalui media masa. Kita sebagai pembaca ni, kadang² memang tak dapat bezakan yang mana betul yang mana salah.

(12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar.

“Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar.” – Riwayat Ahmad.

(13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai.

“Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.

(14) Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda.

“Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti ‘bulu merpati’ yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga.” – Sahih Abu Daud &  Nasai.

(15) Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam.

“Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya).” – Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a.

**************************************************

Kini, Kita hanya menunggu saat tibanya....bersediakah kita?

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw". dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. -(H.R Muslim).

Keterangan:

Sepuluh tanda-tanda qiamat yang disebutkan Rasulullah saw. dalam hadis ini adalah tanda-tanda qiamat yang besar-besar, akan terjadi di saat hampir tibanya hari qiamat. Sepuluh tanda itu ialah:

  1. Dukhan (asap) yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit yang seperti selsema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.
  2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.
  3. Binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.
  4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa. Sepertimana nasa juga mengeluarkan kenyataan dimana suatu hari nanti matahari akan terbit di belah BARAT!
  5. Turunnya Nabi Isa alaihissalam ke permukaan bumi ini. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.
  6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu.
  7. Gempa bumi di Timur.
  8. Gempa bumi di Barat.
  9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.
  10. Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman.

Mengikut pendapat Imam Ibnu Hajar al-Asqalani di dalam kitab Fathul Bari beliau mengatakan: “Apa yang dapat dirajihkan (pendapat yang terpilih) dari himpunan hadis-hadis Rasulullah Saw. bahawa keluarnya Dajal adalah yang mendahului segala petanda-petanda besar yang mengakibatkan perubahan besar yang berlaku dipermukaan bumi ini. Keadaan itu akan disudahi dengan kematian Nabi Isa alaihissalam (setelah belian turun dari langit). Kemudian terbitnya matahari dari tempat tenggelamnya adalah permulaan tanda-tanda qiamat yang besar yang akan merosakkan sistem alam cakerawala yang mana kejadian ini akan disudahi dengan terjadinya peristiwa qiamat yang dahsyat itu. Barangkali keluarnya binatang yang disebutkan itu adalah terjadi di hari yang matahari pada waktu itu terbit dari tempat tenggelamnya”.


~With Love, YANA AFI MOHAMED~


#58 ~ #60 CPUV Nuffnang : Sime Darby LPGA 2014 (PC)

Friday, October 10, 2014 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.



Alhamdulillah...pagi semalam update survey kat akaun Nuffnang. Lepas tu petang nya check akaun Nuffnang, ada CPUV baru...dapat triple CPUV Sime Darby LPGA 2014 (PC). Oyeahhh...

Terima kasih banyak2 Mr.Nuffnang. Semoga earning pun bertambah! Korang tolong klik Mr.Nuffnang yang berjoget2 kat blog ni yer. Jangan lupa tinggalkan 'tapak2 kaki' korang...nanti Yana balas balik yer.

Entri ni hanya untuk penghargaan kepada Mr.Nuffnang semata-mata taw!


~With Love, YANA AFI MOHAMED~

Thursday, October 9, 2014

Blog Review #2 : Blog Cammy Lia (Mama Safiy Arfan)

Thursday, October 09, 2014 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang nak buat 2nd Blog Review. Kalau korang nak baca 1st Blog Review, klik SINI okay.
Sorry sebab lambat nak buat review. Hehe...

2nd Review, Blog Cammy Lia a.k.a Mama Safiy Arfan.


Cammy Lia nama glamour tu, nama sebenar Mila. Hehehe... 
Sebenarnya Mila ni ex-colleagues/ex-officemate. *Jeng2x...pecah rahsia*
Dulu 1 ofis...tapi Yana dah pindah sebab ikut bos ke ofis baru!
Huhuhu...the truth is, Yana rindu sangat² kat ofis lama & semua kawan² kat ofis lama. 
Sob...sob.... *Eh, emosi pulak kan!! Xde kena mengena dengan entri*

**************************************************************************************
Berbalik kepada entri lah! Jom review blog Cammy Lia :-

1# Kaler tema HIJAU. Puan Cammy ni minat hijau ke eh? Hihihi...yang pasti terus teringat kat Mr.Froggy dalam Rindu Awak 200%, Zill Faezrul + Armel Aisya! hehehe....

2# Blog Puan Cammy ni RINGAN je...x perlu loading! Good job dear!

3# Nampak KEMAS....mungkin sebab x banyak widget yang merapu!

4# Hakikatnya...setiap kali Yana buka blog, Yana akan pergi bw ke blog Cammy Lia ni! Kalau xada tinggal komen tu, mungkin masa tu mood 'silent reader' jer... Hahaha!!!

5# Blog Cammy Lia ni banyak bercerita pasal personal life, pasal Muhammad Safiy Arfan terutamanya. Hehe...kira banyak info pasal parenting juga.

6# Ni terkeluar daripada tajuk....Puan Cammy ni ada jual Perfume Original. Murah dan banyak pilihan juga. Yang penting original, tapi murah sebab perfume reject botol! 
So, kalau nak survey, boleh like PAGE PERFUME beliau yer!!!

Okayla...jom terjah BLOG CAMMY LIA.


~With Love, YANA AFI MOHAMED~



Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Thursday, October 09, 2014 6 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang bermula pada jam 9.30 pagi 9 Oktober 2014 hingga 11.59 malam 28 Oktober 2014.Sepuluh blogger bertuah akan dipilih untuk memenangi Template Eksklusif untuk Bloglist dari cikkumbang.

Semua blogger dijemput untuk menyertai Giveaway ini sambil berkenalan sesama blogger.

Syarat-syarat penyertaan:

1. Follow Blog Sponsor
CikKumbangAzhafizahSyiraLokmanDayangDeno

2. Like Fanpage Sponsor

3. Buat entri bertajuk Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

4. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish.

5. Make sure korang tinggalkan link entri di ruangan komen INI & nyatakan Bulan Kelahiran korang untuk memudahkan Cik Kumbang letak di Bloglist mengikut Bulan Kelahiran plus boleh wish birthday nanti (x__X)

TARIKH TAMAT: 28 Oktober 2014

Giveaway 2014 Belog Cik Kumbang

Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2014.

Good luck!

Bestnya kalau dapat template eksklusif ni (^^,) 
~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Wednesday, October 8, 2014

Infused Water

Wednesday, October 08, 2014 15 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

INFUSED WATER? Apa tu? Infused Water ni sama juga dengan Detox Water. 
Pernah dengar kan? 
Infused water sangat bagus untuk mereka yang sedang berusaha menurunkan berat badan. Ia merupakan satu alternatif bagi mengelakkan pengambilan gula yang berlebihan di dalam minuman.


Tuesday, October 7, 2014

Throwback# Trip To Singapore : 31 May & 1 Jun 2014

Tuesday, October 07, 2014 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya entri ni memang dah lama masuk dalam folder 'Draf' sejak bulan Jun hari tu lagi. Percaya tak? Huwaaa....entri ni pun dah kena edit balik. Beria la buat pre-entry sebelum p Singapore  ni. Tapi xpela...dah namanya #throwback kan! Atleast kalau publish ni ada juga lah coretan kenangan trip ni kan?! Selamat Membaca (^^,)

"Hari ni baru berkesempatan nak share trip kitaorg pergi Singapore tempohari. Hehe...basi dah kot. Dah nak masuk 2minggu 3 bulan lebih kot kan. Tapi xapa la...nak wat camne, busy aja memanjang kan. Sebenarnya kami pergi 2 hari, tapi balik hari. Driving...ulang alik dr Layang-Layang -> Singapore -> Layang-Layang selama 2 hari. Hehe...sebenarnya Layang-Layang tu rumah kakak ipar, kami menumpang saja lah. Dia lah yang beria mengajak pergi sekali. Dorang memang selalu pergi shopping di Singapore (time SALE lah kan). Sebab utama nya, husband dia pakai special size cket...kat Mesia ni ada je, tapi x banyak choice lah. Lagipun di Singapore banyak brand yang xada di Malaysia. Meh tengok pic kami yang sempat di snap masa short trip hari tu..."

VASELINE'S NEW BODY SERUMS

Tuesday, October 07, 2014 2 Comments

Asslamualaikum w.b.t.

Jom dapatkan Free Sample untuk Vaseline's New Body Serum.
Yana dah hantar details untuk dapatkan free sample tu.
Klik SINI cepat²...
Macam best sangat² ni, SPF30 PA+++ 3x Whitening Action!

Suitable and effectively for 3 major skin problems:
Extreme Dry Skin | Sun Exposure | Dark Spot




~With Love,YANA AFI MOHAMED~


Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H/2014M

Tuesday, October 07, 2014 4 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, Yana dan hubby selamat sampai kat rumah jam 9.00mlm semalam dari Kuala Terengganu. 

Perghhh...heavytraffic kat Highway Karak taw! Hubby la penat driving...kita ni penat duk sebelah x buat apa2. Huhuhu...nak tlg drive pun malas jgk sbb jem kan!


Mama, Hubby & Abah

Tahun ni sambut raya kat kampung hubby jer. Huhuhu....
Semoga ibadat korban kita pada tahun ni diterima oleh Allah s.w.t.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1435H/2014M.

*Nota: Kenapa semua pemenang Simple Giveaway & Blogwalking by YANA PINK BLOSSOM, Yana akan settlekan hadiah hari ni atau esok yer. Lambat plak settle sebab balik kampung (^^,)

~With Love, YANA AFI MOHAMED~


Thursday, October 2, 2014

Undian #Bajet2015

Thursday, October 02, 2014 14 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni malas nak bercerita pasal minyak naik 20sen tu kan! Memang dah jadi viral kat media sosial pun. At the end, whatever we said...minyak dah naik pun! Memang rasa x patut pun...sakit hati pun ada!


Meh focus pada BAJET 2015. Pengumuman BAJET 2015 pada 10 Oktober 2014, maksudnya Jumaat minggu depan! Sama-sama kita berdoa, semoga cadangan, idea dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat diambil kira dalam BAJET 2015 nanti. 


Korang ada buat undian tak? Sayangnya Yana x sempat nak buat undian, terlambat nak undi. Undian dah tutup pada 28 September 2014 hari tu. Uhukkk.... Undian tu melibatkan 16 kategori utama. Kat bawah ni summary hasil undian.


Yana nak highlight beberapa isu yang memang top sangat (undian tertinggi) dalam ruangan cadangan.

(1) Kos Sara Hidup
  • Rebat Untuk Akses Kepada Penggunaan Jalur Lebar
  • Mansuhkan BRIM, Tambah Subsidi Minyak & Diesel
  • Turunkan tarif elektrik
(2) Pelajaran
  • Mansuhkan Kos Pentadbiran PTPTN
  • Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Untuk Penjawat Awam (Kumpulan Pelaksana Gred 40 & Ke Bawah)
  • Isu BB1M & Kad Siswa
(3) Perkhidmatan Awam
  • Jabatan Teknologi Maklumat perlu diwujudkan dan diletakkan dibawah kementerian baru iaitu Kementerian Teknologi Maklumat utk menguruskan halatuju ICT, Infrastruktur ICT kerajaan, sistem aplikasi berpusat, dasar ICT, risiko dan semua berkaitan ICT dalam perkhidmatan awam.
  • Pusat Penjagaan Bayi & Kanak - Kanak untuk Penjawat Awam yang beroperasi 24 jam pada hari berkerja dengan kos yang berpatutan. Ini akan membantu mengurangkan kos dan masalah pusat penjagaan haram. 
(4) Perumahan dan Kehidupan Di Bandar
  • Menghadkan pembelian perumahan kos sederhana dan kos rendah oleh golongan kaya
  • Sekatan Pembelian Hartanah Kepada Warga Asing
  • Rumah pertama adalah keperluan, rumah kedua hanyalah kelebihan, dan rumah seterusnya adalah penindasan. Kerajaan mengawal penindasan ini dengan mengenakan “special tax” untuk rumah ke-3 dan ke atas, kerana pemilikan rumah sebegini hanya sekadar menafikan hak mereka-mereka yang lain untuk memiliki rumah.

Sebenarnya banyak betul cadangan dan isu yang dibangkitkan. Memang banyak yang positif. So, korang boleh nilai sendiri lah. Rasanya semua orang (rakyat) mahukan benda yang sama saja... Hopefully kerajaan boleh pertimbangkan semua cadangan-candangan yang positif ni. Nak baca lebih lanjut boleh klik SINI. Tunggu bacaan BAJET 2015 pada 10 Oktober 2014!



~With Love, YANA AFI MOHAMED~