Throwback# Trip To Singapore : 31 May & 1 Jun 2014

Tuesday, October 07, 2014


Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya entri ni memang dah lama masuk dalam folder 'Draf' sejak bulan Jun hari tu lagi. Percaya tak? Huwaaa....entri ni pun dah kena edit balik. Beria la buat pre-entry sebelum p Singapore  ni. Tapi xpela...dah namanya #throwback kan! Atleast kalau publish ni ada juga lah coretan kenangan trip ni kan?! Selamat Membaca (^^,)

"Hari ni baru berkesempatan nak share trip kitaorg pergi Singapore tempohari. Hehe...basi dah kot. Dah nak masuk 2minggu 3 bulan lebih kot kan. Tapi xapa la...nak wat camne, busy aja memanjang kan. Sebenarnya kami pergi 2 hari, tapi balik hari. Driving...ulang alik dr Layang-Layang -> Singapore -> Layang-Layang selama 2 hari. Hehe...sebenarnya Layang-Layang tu rumah kakak ipar, kami menumpang saja lah. Dia lah yang beria mengajak pergi sekali. Dorang memang selalu pergi shopping di Singapore (time SALE lah kan). Sebab utama nya, husband dia pakai special size cket...kat Mesia ni ada je, tapi x banyak choice lah. Lagipun di Singapore banyak brand yang xada di Malaysia. Meh tengok pic kami yang sempat di snap masa short trip hari tu..."



Masa nak masuk ke Kastam Singapore.
Kalau nak pergi Singapore by road (driving), untuk 1st timer memang 2 kad ni wajib ada taw. 
(1) Autopass : untuk keluar masuk sempadan, 3.50 SGD, pergi balik 7.00 SGD. 
(2) NETS CashCard : Kad parking untuk seluruh tempat/mall di Singapore. Kena topup lah macam Touch n Go. Masa kitaorg parking hari tu, mahal juga, dalam 16.00-18.00 SGD.
Yang ni hasil 'tangkapan' pada hari pertama. Yana dan suami memang fokus nak beli Corelle je pergi sana. Tapi serius, memang murah n beza gile dgn harga kat Malaysia. Nasib kami lagi baik sebab masa melepasi pemeriksaan Kastam Malaysia, takde kena tax. Hehehehe...
Ni dah masuk hari ke-2. Pusing² bandar. Cadangan nak ke Sands SkyPark. Tapi hajat x kesampaian, x sempat juga nak naik atas puncak macam kapal tu. Hehehe... Harga ticket nak naik Sands SkyPark tu, kalau x silap 23.00SGD. Ermm...agaknya bila baru mampu nak menginap kat hotel atas tu? Boleh mandi pool yang terbuka tu... Sape yang gayat tu, baik xpayah k... Hahaha...



Last sekali kami pusing-pusing je kat Marina Bay Sands tu. Banyak kedai branded, brand yang xada kat Malaysia pun banyak gilos. So, kami cuci² mata jer....hehehe.

Masa ni gem0k yang amat...x sanggup nak tengok pic sendiri! Muehahaha...




Posing² sakan sebelum meninggalkan Marina Bay Sands. View cantik giler...x puas nak tengok.

Okay...tu jelah gambar² yg lawa sedap mata memandang untuk di share!
Hujung tahun ni masa cuti Krismas bercadang nak pergi Sarawak pula! Insyaallah....
Kalau ada sesiapa yang nak share pasal trip p Sarawak ni boleh juga tempek komen kat sini k (^^,)
Bolehla jadi reference jugak kan...


 ~With Love, YANA AFI MOHAMED~


You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. aishh bile lah ayu nak ke sane plak
    teringin nak ke uss...
    Da lame dok plan
    tapi asyik terbengkalai je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena planning btol² la klu nak pergi USS, especially klu musim cuti...
      Klu boleh elakkan pergi musim cuti, nanti x puas nak main, sebab ramai sgt...
      Hehehe...

      Delete
  2. uikk..murah ke corelle kat sna?? apsal sy tak tau nih..iskh2

    Salam perkenalan dr saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murah la nak compare dgn kat Mesia. Kalau kat Mesia RM500, kat sana leh dapat dengan harga RM300-RM400 macam tu...

      Tapi tulah, xleh beli banyak, sebab masa spotcheck kat Kastam Malaysia, risau kena tax lagi...sia² je lah klu kena tax lg. Hehe...

      Delete

Google+ Followers

Subscribe