Undian #Bajet2015

Thursday, October 02, 2014


Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni malas nak bercerita pasal minyak naik 20sen tu kan! Memang dah jadi viral kat media sosial pun. At the end, whatever we said...minyak dah naik pun! Memang rasa x patut pun...sakit hati pun ada!


Meh focus pada BAJET 2015. Pengumuman BAJET 2015 pada 10 Oktober 2014, maksudnya Jumaat minggu depan! Sama-sama kita berdoa, semoga cadangan, idea dan isu yang dibangkitkan oleh rakyat diambil kira dalam BAJET 2015 nanti. 


Korang ada buat undian tak? Sayangnya Yana x sempat nak buat undian, terlambat nak undi. Undian dah tutup pada 28 September 2014 hari tu. Uhukkk.... Undian tu melibatkan 16 kategori utama. Kat bawah ni summary hasil undian.


Yana nak highlight beberapa isu yang memang top sangat (undian tertinggi) dalam ruangan cadangan.

(1) Kos Sara Hidup
  • Rebat Untuk Akses Kepada Penggunaan Jalur Lebar
  • Mansuhkan BRIM, Tambah Subsidi Minyak & Diesel
  • Turunkan tarif elektrik
(2) Pelajaran
  • Mansuhkan Kos Pentadbiran PTPTN
  • Kemudahan Cuti Belajar Bergaji Penuh Untuk Penjawat Awam (Kumpulan Pelaksana Gred 40 & Ke Bawah)
  • Isu BB1M & Kad Siswa
(3) Perkhidmatan Awam
  • Jabatan Teknologi Maklumat perlu diwujudkan dan diletakkan dibawah kementerian baru iaitu Kementerian Teknologi Maklumat utk menguruskan halatuju ICT, Infrastruktur ICT kerajaan, sistem aplikasi berpusat, dasar ICT, risiko dan semua berkaitan ICT dalam perkhidmatan awam.
  • Pusat Penjagaan Bayi & Kanak - Kanak untuk Penjawat Awam yang beroperasi 24 jam pada hari berkerja dengan kos yang berpatutan. Ini akan membantu mengurangkan kos dan masalah pusat penjagaan haram. 
(4) Perumahan dan Kehidupan Di Bandar
  • Menghadkan pembelian perumahan kos sederhana dan kos rendah oleh golongan kaya
  • Sekatan Pembelian Hartanah Kepada Warga Asing
  • Rumah pertama adalah keperluan, rumah kedua hanyalah kelebihan, dan rumah seterusnya adalah penindasan. Kerajaan mengawal penindasan ini dengan mengenakan “special tax” untuk rumah ke-3 dan ke atas, kerana pemilikan rumah sebegini hanya sekadar menafikan hak mereka-mereka yang lain untuk memiliki rumah.

Sebenarnya banyak betul cadangan dan isu yang dibangkitkan. Memang banyak yang positif. So, korang boleh nilai sendiri lah. Rasanya semua orang (rakyat) mahukan benda yang sama saja... Hopefully kerajaan boleh pertimbangkan semua cadangan-candangan yang positif ni. Nak baca lebih lanjut boleh klik SINI. Tunggu bacaan BAJET 2015 pada 10 Oktober 2014!



~With Love, YANA AFI MOHAMED~



You Might Also Like

14 person(s) poked me!

  1. ikut je apa yang dapat nanti...harap sangat nanti, susah jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atleast klu kita baca cadangan² ni, nanti leh compare dengan teks Bajet 2015 nanti. Kita boleh tahu la cadangan² ni diambil kira ke tak kan... Tulah...sama² je berdoa, semoga ada yang menggembirakan & boleh dimanfaatkan oleh semua rakyat.

      Delete
  2. Tula semua pon nak naik
    gaji naik pon tak ade rase nye dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi saya, plg utama, Kerajaan kena gaji semula Elaun Perumahan (EP). Jumlah EP yang diberi skrg dah x reasonable dengan sewa rumah zaman sekarang.

      Delete
    2. yes.. elaun rumah mesti dikaji semula..

      Delete
    3. Kannnn!!!! Ermm...kita tunggu lagi 3 hari yer (^^,)

      Delete
    4. tula...
      rumah skg pon plg murah dah berape..
      elaun berape je pon...
      kos makin tinggi

      Delete
    5. Macam Shah Alam, sewa bilik sahaja dah RM300. Dua kali ganda EP tu...
      Huhuhu...yg bujang boleh room sharing. Tp yg dah kahwin? Kesian kan...

      Delete
  3. bersyukur sbb hujan masih turun kat malaysia..hehe

    ReplyDelete
  4. Hujan turun :)
    Tak tau pulak ada poll. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...x ramai yg taw! Yg taw 'ni' pun x sempat nak vote!
      Hahaha....

      Delete
  5. Assalamualaikum Yana! Salam kenal dari Miza.. Hehe.. Jalan2 cari kenalan baru.. Tersesat ke sini terus follow.. #1069! ^_^
    Tak sempat gak nak undi.. Huhu..
    Rosmiza Ali Official Blog™

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe