Follow Me @snm.yana

Sunday, November 30, 2014

Thursday, November 27, 2014

Big Holiday Giveaway by Wani

Thursday, November 27, 2014 4 Comments

Assalamualaikum and peace be upon you. ^^

http://wani-siulatbuku.blogspot.com/2014/11/big-giveaway-by-wani.html
Big Holiday Giveaway by Wani

Senarai Hadiah.

Top Refferal (1 pemenang)

~1 Helai Halfmoon Bead Shawl x1 by Norhana Marsom
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina

Random.org

~Topup RM5 x2 by Wani
~Mini Notebook x1 by Nurin Aqilah
~Topup RM10 x2 by Yana Afi
~Chewable Vitamin C Shaklee x2 by Fara Fadzil
~2 Brooch x2 by Buttons And Cuteness
~Hadiah Misteri x3 by Ruqaiyah Amanina
~Cash RM10 x1 by Yan Saflina
~Topup RM5 x4 by Hazrina Halim
~Topup Celcom/Maxis x1 by Idah Rashid
~Novel Remaja x2 by Anie
~Set Loom Bands x1 by The Lolly Shoppe
~Topup RM5 x1 by Yun Sing
~Cash RM10 x1 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Amalia Zakiah
~Topup RM10 x2 by Budak Bandung Laici
~Topup RM5 x1 by Syafiqatunnissa
~Voucher 10% Baju Ladya Shops x1 by Irah Syazirah
~Voucher RM5 di Cayesha Kpop Shop x2 by Shaira
~Voucher RM5 di Hijrah Malaika x2 by Shaira
~Review Blog x3 by Yun Sing

TARIKH TAMAT : 15 Disember 2014



Wednesday, November 26, 2014

Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com

Wednesday, November 26, 2014 14 Comments
Assalamualaikum w.b.t.


Ephyra Skin Bar berfungsi dengan begitu pantas bahawa hanya dalam satu malam, anda akan mula melihat, kulit lebih lembut, kedutan berkurangan, jerawat mengecut dan kulit yang lebih cerah. Hasilnya akan lebih terserlah jika penggunaan berterusan yang konsisten.

Jangan fikirkan umur anda atau keadaan kulit anda sekarang. Kerana EPHYRA SKIN BAR yang mengandungi bahan alam semulajadi yang berkualiti tinggi mampu mengubah keadaan kulit anda menjadi lebih cerah, halus selembut kulit bayi.

Anda akan benar-benar kagum, apabila anda melihat apa yang ia boleh lakukan untuk muka anda dalam setengah jam yang pertama sahaja!

Anda akan melihat bahawa kulit kusam, menggerutu dan kulit kendur di wajah anda mula muncul lebih licin, lebih segar, lebih tegang dalam masa beberapa hari. Pastinya dengan EPHYRA SKIN BAR, rahsia kecantikan semulajadi menjadi milik anda....


WAJAH CERAH BERSERI TANPA CELA, EPHYRA SKIN BAR sabun ajaib untuk kecantikan kulit dan wajah anda. Formulasi terbaik + Kesan Menakjubkan!! 
  • Menggebu dan mencerahkan kulit
  • Menghaluskan kulit dan menghilangkan jeragat
  • Menghilangkan parut dan kedutan
  • Membantu menghilangkan bintik- bintik hitam
  • Melembapkan kulit dan menaikkan seri wajah
Kesan Penggunaan ( hasil berdasarkan testimoni dari 300 pengguna selama 7 hari )
  • Membuatkan kulit muka lebih cerah, lembut dan tegang 
  • Menanggalkan semua kotoran, minyak dan sel kulit mati
  • Menghilangkan parut jerawat & jeragat
  • Menghilangkan ‘blackheads’ di muka
  • Menanggalkan kesan solekan dengan efektif
  • Memberi kesan kesegaran sepanjang hari
  • Badan tidak melekit walaupun ketika atau selepas berpeluh
  • Boleh menghilangkan bau badan
  • Memudarkan kehitaman di celah-celah badan dan bawah lengan ( ketiak )



EPHYRA SKIN BAR mengandungi :
  • Bearberry Alpha Arbutin A Extract paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit. Bersama-sama dengan Glutathione ia membantu  menjadikan tona kulit lebih sekata dan bersih dari bintik-bintik hitam
  • Glutathione. Kaya antioksida yang melindungi protein enzim dan mencegah kerosakan kulit yang boleh menyebabkan kedutan dan parut. Glutathione boleh melambatkan proses penuaan dan memperbaiki keadaan kulit. Ia mengawal kesan-kesan bahaya radikal bebas dan mengelakkan pembentukan parut tebal.
  • Kolagen. Menyokong ketahanan fizikal dan keanjalan kulit dan menggantikan sel-sel kulit dengan lebih cepat untuk menjadikannya lebih tegang dan anjal.
Kelebihan EPHYRA SKIN BAR :
  • Ciri-ciri antioksida. Apabila sabun yang mengandungi ciri-ciri antioksida, ia benar-benar boleh memberikan kesan yang baik pada kulit anda. Ia dapat membuang racun yang dihasilkan oleh badan dan melindungi kulit anda dari kerosakan yang sedia ada dan selanjutnya.
  • Ciri-ciri anti-penuaan. Pengggunaan EPHYRA SKIN BAR secara konsisten dapat merangsang pembentukan kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan serta kehalusan kulit (anti aging & anti wrinkle / kerut)
  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit terhadap pengaruh negatif faktor luar seperti pencemaran, matahari, iklim, asap rokok dan sebagainya.
  • Pencerahan kulit. Tidak semua sabun dapat mencerahkan kulit anda. Ada yang tidak boleh benar-benar memberikan hasil yang anda harapkan. Tetapi dengan EPHYRA SKIN BAR, dapat dilihat kecerahan kulit yang mengagumkan tanpa pengelupasan kulit, dan selamat digunakan.
  • Glutathione bertindak menghalang pengeluaran melanin dalam kulit anda sehingga memberikan efek lutsinar dan kulit anda bercahaya semula jadi dan berseri-seri. Selain daripada itu semua, ia tidak hanya berfungsi sebagai sabun pemutih tetapi produk penjagaan kulit lengkap yang menghilangkan masalah kulit untuk semua lelaki mahupun wanita.
Soalan yang kerap ditanya :
  1. EPHYRA Skin Bar ni berkesan ke? Insyallah berkesan, kerana dah lebih 300 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus
  2. Skin bar ni boleh tahan berapa lama? Ephyra Skin Bar adalah 50g boleh tahan selama sebulan.
  3. Apa kandungan dalam Ephyra Skin Bar ni? Glutathione, Kolagen ikan, Ekstrak Carrot, Bearberry Alpha Arbutin A Extract, Banana Enzyme, Rice Bran Oil, Glycerin & Aromatherapy fragrance
  4. Berapa lama nak lihat kesannya? Bergantung pada individu, ada yang boleh rasa serta-merta  kulit lebih halus dan tegang, ada yang pakai 3 hari dah nampak kulit makin cerah, dan jerawat makin kecut. Rata-ratanya akan nampak kesan ketara dalam 1 minggu. 
  5. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, Ephyra Skin Bar sangat berkesan dalam menghilangkan parut jerawat serta jeragat degil kerana ada kandungan Bearberry Alpha Arbutin A Extract bersama Glutathione yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau berlubang.
  6. Macamana nak guna? Basahkan sabun dengan air, biarkan ia berbuih sedikit dan terus sapu pada muka. Urut seketika dalam 2-3 minit. Untuk kulit bermasalah, boleh urut sedikit lama dalam 5 minit. Bilas sepenuhnya, dan sapukan pelembap anda seperti biasa ( boleh guna toner dan pelembap dari jenama lain )
  7. Setakat ini, hanya Ephyra Skin Bar saja? Ephyra ada dalam bentuk minuman kesihatan dan kecantikan (Ephyra Premium & Trial Pack). Ia lebih untuk merawat dalaman dan seterusnya memperbaiki luaran kita. Ephyra Skin Bar adalah produk kedua selepas kejayaan produk Ephyra di pasaran, melengkapi produk Ephyra kerana bukan saja dalaman kita terpelihara malah luaran juga diperbaiki dan lebih sempurna. Jika guna kedua-duanya ( minum Ephyra dan guna sabun Ephyra Skin bar) , kesan yang menakjubkan akan diperolehi. 
  8. Boleh guna sekali sambil minum Ephyra drinks? Boleh. Sangat digalakkan. 
  9. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh tiada masalah. Sabun Ephyra Skin Bar membersihkan segala kotoran dan sel-sel kulit mati dan sangat ‘mild’ dan boleh digunakan bersama toner dan pelembap dari jenama lain.
  10. Kalau ada resdung, boleh pakai? Boleh.
  11. Ada kesan-kesan sampingan tak? Macam menggelupas ker? Pedih kalau kena matahari ke? Tiada kesan sampingan. Ephyra Skin Bar, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit. Ephyra Skin Bar tidak mengandungi Hydroquinone.
  12. Boleh pakai kat badan sekali? Boleh, ia sangat lembut untuk dipakai di muka, sekaligus boleh digunakan di seluruh  badan.
  13. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  14. Bilakah Ephyra Skin Bar akan dijual di pasaran? Insyallah Ephyra Skin Bar akan mudah didapati dari pengedar dan kedai-kedai terpilih bermula Januari 2015 nanti. Saiz untuk jualan adalah 50 gram dengan harga RM40.

Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 ( office hours only)



Sila jawab soalan-soalan berikut :

Siapakah akan mencuba Ephyra Skin Bar? Saya sendiri (Yana)

Umur pengguna? 27 tahun

Jantina pengguna? (Lelaki / Perempuan)

Jenis kulit? (Berminyak, Kering, Kombinasi, Sensitif)

Masalah kulit yang dihadapi. Jelaskan kenapa anda perlu dapatkan Ephyra Skin Bar.
Untuk mengatasi masalah kulit jenis kombinasi. Dulu jerawat selalu je muncul. Tapi sejak menggunakan produk Ephyra, jerawat dah jarang keluar, kalau tumbuh pun cepat kecut. Sekarang masalah utama adalah untuk menghilangkan parut-parut jerawat yang lama. Semoga produk Ephyra Skin Bar ni dapat menyelesaikan masalah saya.
_______________________________

Pengguna Ephyra? (Ya / Tidak)


Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 24 November hingga 3 Disember 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Oceanlife Marketing Sdn Bhd dalam mencari 50 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

Tuesday, November 18, 2014

Khas Untuk "Online Shopaholic"

Tuesday, November 18, 2014 5 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Sape antara korang paling suka online shopping??? Baik mengaku cepattttttt...!!! Hehehe...Yana pun 'hantu' jugak ni sebenarnya. Tambah2 dah hampir2 hujung tahun ni kan...memang banyak sale, jadi rambang mata! Huhhhhh.... 

So, untuk 'spesis' yang suka online shopping macam Yana ni, Yana nak share satu website yang Yana baru je teroka. Macam menarik2 juga produk dia, harga pun memang murah2. Kalau macam Lazada, Mysale, MyDeal, Zalora dan banyak lagi tu...kita dah familiar sangat la kan!




Korang pernah dengar atau shopping tak kat website MILKADEAL ni? Maybe orang lain dah lama tahu pasal MILKADEAL ni, tapi Yana 1st time ni masuk website ni, sebab tu Yana nak share dengan korang. Sebab macam best je kan!

Yang menarik juga, dia ada buat sale RM5/setiap barang....macam2 barang boleh pilih. Macam kedai DAISO tu. Nak sambung shopping dulu. Nanti korang singgah k...manala taw ada yang berkenan di hati. Nak Sign Up terus pun boleh...terus jer DAFTAR SINI.

Babai (^^,) & Good Nyte.

Sejarah Nombor Pendaftaran Kenderaan (No.Plat)

Tuesday, November 18, 2014 6 Comments

Assalamualaikum wb.t.

Tadi (Previous Entry) kita dah baca Sejarah Negeri Kelantan Darul Naim. Sekarang meh baca pasal sejarah nombor pendaftaran kenderaan. Pernah tak korang tertanya² macamana Negeri Perak dapat no.plat bermula dengan huruf A**, Selangor = B**, Pahang = C**, Kelantan = D** dan seterusnya tu? Hehehe...

Ni Yana nak share dengan korang macamana permulaan no.plat tu. Entri ni Yana copy paste daripada facebook seorang sahabat.

**************************************************************************

Sejarah pendaftaran kenderaan bermula selepas British datang ke Tanah Melayu menjelang Perang Dunia Pertama. Pemberian nombor plat A B C D dan lain-lain ditentukan berdasarkan kemampuan penduduk di sesebuah negeri untuk memiliki kenderaan.

Kenapa Perak bermula dengan A ?

Plat kenderaan di Perak bermula dengan huruf A kerana ketika itu, penduduk Perak merupakan orang pertama yang mampu untuk memakai kereta dan Perak juga mencatatkan jumlah pemilikan kenderaan paling tinggi ketika itu. Ketika itu, Perak lebih maju berbanding negeri-negeri lain kerana adanya bijih timah. Kebanyakannya kereta yang dipakai di negeri ini bukanlah dari penduduk tanah melayu itu sendiri tetapi dipakai oleh pemerintah British bertugas di Perak.

Pada tahun 1914, jalan raya dibina menghubungkan ke Kinta membuatkan penggunaan kereta semakin meluas. Berdasarkan penentuan sebegitu maka dapat dikatakan bahawa negeri kedua yang memiliki kereta ialah Selangor (Plat B) di ikuti oleh Pahang (Plat C) dan Kelantan (Plat D).

Penentuan plat kenderaan selepas itu kemudiannya diubah berdasarkan huruf permulaan sesebuah negeri. Plat lesen kenderaan di Malaysia bermula dengan huruf tertentu mengikut negeri/fungsi.

Permulaan Huruf Pendaftaran Kenderaan Mengikut Negeri :

A = Negeri Perak
B = Selangor
C = Pahang
D = Kelantan
E = Sabah-Sebelum tahun 1980-an
EJ: Jesselton (Sekarang Kota Kinabalu sejak 1968)
ES: Sandakan
ET: Tawau
ED: Lahad Datu
EU: Keningau
EK: Kudat
EL: Labuan
F = -tiada-
G = -tiada-
H = Teksi
I = -tiada-
J = Johor
K = Kedah
KV = Langkawi
L = Labuan
M = Melaka
N = Negeri Sembilan
O = -tiada-
P = Pulau Pinang
Q = Sarawak
QA dan QK: Kuching
QB: Sri Aman
QC: Samarahan
QL: Limbang
QM: Miri
QP: Kapit
QR: Sarikei
QS: Sibu
QT: Bintulu
R = Perlis
S = Sabah, dulu E
SA: Kota Kinabalu
SB: Beaufort
SD: Lahad Datu
SK: Kudat
SS: Sandakan
ST: Tawau
SU: Keningau
T = Terengganu
U = -tiada-
V = -tiada-
W = Kuala Lumpur
X = -tiada-
Y = -tiada-
Z = Tentera
Z: Pemerintah Tertinggi Tentera Malaysia
ZA ke ZD: Tentera
ZL: Tentera Laut Malaysia
ZU: Tentera Udara Malaysia
ZZ: Kegunaan staf Kementerian Pertahanan Malaysia
JMF: Askar Timbalan Setia Negeri Johor.

Sejarah Negeri Kelantan Darul Naim

Tuesday, November 18, 2014 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni jom baca sejarah pulak. Kebetulan terjumpa entri menarik ni...sebagai anak kelahiran Negeri Cik Siti Wan Kembang, Yana eksaited nak share sejarah Negeri Kelantan ni. Jom baca sejarah! Hehehe....

Nama "Kelantan" dikatakan pencemaran daripada perkataan "gelam hutam", iaitu nama Melayu bagi pokok Melaleuca leucadendron. Ada juga yang mengatakan bahawa namanya datang daripada perkataan "kilatan" atau "kolam tanah". Selain itu Negeri Kelantan juga dikenali dengan nama Tanah Serendah Sekebun Bunga, Tanjung Pura, Negeri Cik Siti Wan Kembang dan Serambi Mekah pada masa dahulu.


Sejarah awal Kelantan tidak begitu jelas, tetapi penemuan arkeologi menunjukkan kesan petempatan manusia di zaman prasejarah. Kelantan awal mempunyai perhubungan dengan Empayar Funan, Empayar Khmer, Srivijaya dan Siam. Kira-kira pada tahun 1411, Raja Kumar, raja Kelantan, membebaskan negeri itu dari Siam. Beliau memakai gelaran Sultan Iskandar Shah apabila memeluk Islam. Kelantan kemudian menjadi sebuah pusat perdagangan yang penting pada akhir abad ke-15.


Pada 1499, Kelantan menjadi negeri vasal Kesultanan Melaka. Dengan kejatuhan Melaka pada 1511, Kelantan dibahagikan dan diperintah oleh ketua-ketua kecil. Dengan ancaman oleh Siam pada 1603, kebanyakan ketua kecil Kelantan bernaung di bawah Persekutuan Pattani Besar. Kerajaan pusat di Pattani membahagikan Kelantan kepada 4 wilayah iaitu Kelantan Timur, Kelantan Barat, Legeh dan Ulu Kelantan. Kira-kira 1760, seorang putera raja Kelantan Barat berjaya dalam penyatuan wilayah Kelantan sekarang. Tidak lama kemudian, pada 1764, Long Yunus iaitu putera raja Kelantan Timur, anak Long Sulaiman berjaya merampas takhta kerajaan dan mengisytiharkan diri sebagai Raja Kelantan. Walaubagaimanapun, dengan kemangkatannya, Kelantan dipengaruhi oleh Terengganu.


Pada 1800, Raja Muhammad mengisytiharkan diri sebagai sultan pertama Kelantan. Pada 1812, baginda melepaskan diri daripada pengaruh Terengganu dan menjadi negara ufti Siam yang berasingan. Pada 1820-an, Kelantan merupakan salah satu daripada negeri yang terbanyak penduduk serta termakmur di Semenanjung Tanah Melayu kerana berjaya mengelakkan perang dan pertikaian yang menimpa negeri-negeri di selatan dan barat. Siam terus memainkan peranan yang mustahak di Kelantan pada seluruh abad ke-19. Di bawah syarat Perjanjian British-Siam pada 1909, Siam menyerahkan tuntutan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis kepada Britain, dan Kelantan menjadi salah satu daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu di bawah Residen British.


Kelantan merupakan tempat pertama di Malaya yang ditakluk oleh Jepun yang menyerangnya pada 8 Disember 1941. Semasa pendudukan Jepun, Kelantan sekali lagi dikawal oleh Siam, tetapi selepas kekalahan Jepun pada Ogos 1945, Kelantan kembali kepada pemerintahan British. Kelantan menjadi sebahagian Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 dan bersama-sama dengan negeri lain, mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Pada 16 September 1963, Kelantan menjadi salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia.

Sumber

 

Monday, November 17, 2014

Thank You Mr.Google

Monday, November 17, 2014 8 Comments
Assalamualaikum w.b.t.


17 November 2014 (Isnin) : Alhamdulillah...hari ni masih diberi kesempatan untuk bernafas di bumi pinjaman Allah s.w.t. selama 27 tahun. Maknanya hari ni sambut birthday ke-27, walaupun bila org tanya umur berapa...kalau cakap 27 tahun mesti orang x percaya! Katanya macam baru awal 20-an. Seriusss...x tipu! Ni bukan nak 'masuk bakul angkat sendiri'! Hehehe...apa pun alhamdulillah masih diberi kesihatan yang baik pada umur lewat 20-an ni. Ermm...dah makin bertambah usia.

Thanks for all the wishes and doa'² kalian buat Yana. Tidak kira di blog, FB, IG, Twitter & one-to-one! Hehehe...semoga Allah juga sentiasa melindungi kalian dan mempermudahkan segala urusan kalian. Sama² kita berdoa agar hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t. Aminnnnn~

Jeng...jeng...jeng...


Btw, nak say thanks to Mr.Google untuk Google version hari ni. Yana rasa baru tahun ni Mr.Google buat macamni kat Yana. Mungkin dia buat untuk semua user birthday yang ada akaun Google kan! Hehehe...bila klik gambar 'kek google' ni, dia terus directing ke Google+ Account Yana.

Btw, thanks again (^^,)


Grand Prize Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom

Monday, November 17, 2014 5 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Nak tanya ni, sape yang blom join Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom? Tinggal beberapa hari lagi taw nak tamat. Hari ni birthday Yana, so...Yana nak bagi surprise kat korang! Nak taw tak ape benda????
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Jeng...jeng...jeng...

David Beckham Intimately Yours 1.7 oz/50 ml-ITYTS17 worth RM176.00.

Siapa nak perfume ney? 100% original taw!!!
Selain hadiah-hadiah daripada para penaja sepertimana entri GA, perfume ni adalah GRAND PRIZE untuk pemenang bertuah Birthday Giveaway by Yana Pink Blossom. So, join cepat² GA tu taw! So, korang ada peluang untuk menang perfume ni...

Nak join, klik kat bawah ni okay...

Giveaway Blog Nieyl

Monday, November 17, 2014 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!
3 Tentang Blog Seindah Cinta :

(1) Header yang sangat colourful ('manis' jerrr tengok...hihihi!)
(2) Sidebar kecik sedikit, mungkin boleh diperkemaskan lagi.
(3) Yana suka background yang colourful tu, especially color pink (^^,)

Hihihi...

Thursday, November 13, 2014

Festival Bagandang Beaufort 2014

Thursday, November 13, 2014 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.



FESTIVAL BAGANDANG BEAUFORT

Korang pernah dengar tak nama festival ni? Hehe...rasanya x ramai juga yang tahu especially orang Semenanjung ni kan. Meh la ni Yana nak cerita. Dulu Yana pun tatau pasal festival ni. Sekali dapat bos orang Sabah, so...memang harus tahu pasal festival ni...

Festival Bagandang Beaufort ni adalah festival tahunan yang dianjurkan di Beaufort, Sabah. Festival Bagandang Beaufort 2014 ni adalah festival kali ke-6 dah yer... Yang tahun² sudah semuanya success, dapat sambutan dari dalam dan luar negera. Festival ni mengetengahkan alat-alat muzik gendang yang ada di Malaysia. So, Jawatankuasa Festival Bagandang ni akan jemput kumpulan-kumpulan muzik gendang di setiap negeri di Malaysia. So, boleh tahu kepelbagaian muzik yang berasaskan gendang ni. Tapi x pasti lah pula, tahun ni semua negeri akan hantar wakil ke tak.

Selain daripada alat-alat muzik gendang ni, banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang festival ni. Kedai-kedai jualan Usahawan Wanita pun banyak juga sepanjang festival ni. Selain memperkenalkan alat seni muzik Malaysia, festival ni memberi peluang kepada usahawan-usawahan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan.

Korang yang stay di Beaufort atau berdekatan tu jangan lupa pergi okay. Tahun ni 18 hingga 22 November 2014 bertempat di Perkarangan Tapak Tamu, Pekan Beaufort. Festival ni akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik SINI.

"BERSATU MEMARTABATKAN BUDAYA"

Wednesday, November 12, 2014

Kekangan Masa Yang Kritikal

Wednesday, November 12, 2014 0 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Tadi sampai rumah dah dekat jam 7.30 malam. Bulan November, bulan yang memang Yana sangat2 nantikan. Korang tahu la kan sebab apa...! Tapi x sangka plak, bulan November tahun ni memang kritikal sibuk nya! Kerja sibuk...hampir tiap hari balik lambat. Kelas plak setiap hari Ahad, setiap minggu... Huwaaaaaa...setiap hari, nak update blog pun x sempat okay! Nak hadap 15 minit pun xsempat. 

Tapi malam ni curi2 masa sekejap update blog, blogwalking, join GA sebab Hubby keluar tengok bola kat Stadium Shah Alam. Hehe...so, sempat la ni nak hadap sekejap. GA sendiri pun x sempat nak promote okay. Huhu....rasa bersalah yang amat kepada semua penganjur, sebab penyertaan agak slow ckit. Nak buat macamana, xde masa nak promote. Huhuhu...






Tuesday, November 11, 2014

IOI City Mall, Putrajaya

Tuesday, November 11, 2014 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya semua warga Putrajaya dah tak sabar nak tunggu pembukaan rasmi IOI City Mall ni kan. Perghhhh...hebat! Dah bertahun asyik duk ulang alik Alamanda je kan! Lepas ni ada shopping mall lagi besar. IOI City Mall ni akan dibuka secara rasmi pada 20 November 2014 ni, lagi 9 hari okay..."THE COUNT DOWN BEGINS!!!"



Lebih 350 buah kedai yang akan dibuka di IOI City Mall ni termasuk gedung-gedung (flagshop stores), butik (boutiques), restoran (restaurants), cafe (cafes) dan zon hiburan (entertainment outlets). 

Antaranya :-

F & B :
Morgan Fields
Tappers Cafe
Absolute Thai
Sakae Sushi
Fat Burger
Seoul Garden
Stick Arts (Handmade Italian Ice Cream Shop)
Pancake House
Tony Roma's

Coffee's Cafe
Starbucks, the Coffee Bean & Tea Leaf, Chatime, Famous Amos Café, PappaRich, Tappers Café, Teh Tarik Place and many more

Entertainment
Ice Skating Rink (The Largest in Malaysia)
GSC
Jooniper

Fashion
H&M, Levi’s, Guess, Nichii, Kitschen, Dorothy Perkins and lots more!

Others
Pet Lovers Centre
Fitness Concept
The Body Shop
Loccitane
TESCO
PARKSON

Kalau nak senaraikan semua memang banyak yang amat! Nanti kita pergi jelah yer... Hehe (^^,)



IOI City Mall Sdn. Bhd.
Main Lobby (ML)
Two IOI Square, IOI Resort City
62502 Putrajaya.
03-8947 8888 (T) 03-8947 8800 (F)

Monday, November 10, 2014

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4)

Monday, November 10, 2014 2 Comments
Haaa!

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman dah masuk edisi yang keempat..Macam biasa la GA ni dibuat sempena untuk memberi penghargaan utk korang yang still datang blog Sally walaupun tuan blog dia tgh sibuk bercuti...So, siapa nak souvenirs daripada Korea..? Hehehe...Kalau nak, sila la ikuti syarat-syarat dibawah ye...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/11/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally, dan Like Fanpage Sally & Fanpage The Sister's Closet
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 4).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
  5. Sally akan gunakan khidmat Uncle Random.org untuk pilih 5 orang blogger ye...
  6. Segmen ini akan berlangsung dari 6th November 2014 - 16th November 2014 (11.59 pm waktu Malaysia)

Monday, November 3, 2014

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

Monday, November 03, 2014 4 Comments


Assalamualaikum wb.t.

Nak join GA lagi. Tapi kali ni GA dia lain daripada yang lain. GA ni memang mega & gempak lah!
GA daripada Acik Watie yang begitu baik hati nak bagi hadiah sempena birthday² we alls k.

Klik BANNER untuk join @ info lanjut yer!

Step GA ni memang simple dan mudah. So, nanti birthday korang, mesti dapat hadiah taw!
Hehehe....yang lagi unik, GA ni bermula 1 Oktober 2014 ~ 30 September 2015.
Lama kan...yelah November 2014 ni bersempena bulan kelahiran Yana juga, so...memang kena sangat lah kan! So, kalau Acik Watie nak bagi hadiah, tahun ni je sempat, sebab GA kan tutup September 2015. Muahahaha (^^,)

My DOB : 17 November 1987