Festival Bagandang Beaufort 2014

Thursday, November 13, 2014


Assalamualaikum w.b.t.



FESTIVAL BAGANDANG BEAUFORT

Korang pernah dengar tak nama festival ni? Hehe...rasanya x ramai juga yang tahu especially orang Semenanjung ni kan. Meh la ni Yana nak cerita. Dulu Yana pun tatau pasal festival ni. Sekali dapat bos orang Sabah, so...memang harus tahu pasal festival ni...

Festival Bagandang Beaufort ni adalah festival tahunan yang dianjurkan di Beaufort, Sabah. Festival Bagandang Beaufort 2014 ni adalah festival kali ke-6 dah yer... Yang tahun² sudah semuanya success, dapat sambutan dari dalam dan luar negera. Festival ni mengetengahkan alat-alat muzik gendang yang ada di Malaysia. So, Jawatankuasa Festival Bagandang ni akan jemput kumpulan-kumpulan muzik gendang di setiap negeri di Malaysia. So, boleh tahu kepelbagaian muzik yang berasaskan gendang ni. Tapi x pasti lah pula, tahun ni semua negeri akan hantar wakil ke tak.

Selain daripada alat-alat muzik gendang ni, banyak juga aktiviti-aktiviti lain yang dianjurkan sepanjang festival ni. Kedai-kedai jualan Usahawan Wanita pun banyak juga sepanjang festival ni. Selain memperkenalkan alat seni muzik Malaysia, festival ni memberi peluang kepada usahawan-usawahan untuk memperkenalkan produk-produk tempatan.

Korang yang stay di Beaufort atau berdekatan tu jangan lupa pergi okay. Tahun ni 18 hingga 22 November 2014 bertempat di Perkarangan Tapak Tamu, Pekan Beaufort. Festival ni akan dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman, Ketua Menteri Sabah.

Untuk maklumat lanjut, boleh klik SINI.

"BERSATU MEMARTABATKAN BUDAYA"

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe