Birthday Present #2014

Thursday, December 18, 2014

Assalamualaikum w.b.t.

Sebenarnya entri dah lama taip...tapi half-way jer, x sempat siap. So, malam ni sempat juga siapkan untuk publish. Agaknya dah basi kan? Dah sebulan berlalu lepas Yana sambut birthday yang ke-27 haritu (17 November 2014). Alhamdulillah...bulan lepas pun dah publish Birthday GA. Thank you pada yang dah join taw. Terima kasih yang tak terhingga juga untuk semua ucapan dan doa2 kalian yer (^^,)

Ermm...kalau sebelum ni biasa dapat 1 hadiah jer setiap kali birthday. Kalau time bertuah tu adalah extra dalam 1/2, rezeki x disangka orang cakap. Tahun ni rezeki tu datang lagi....

Entri ni bukan untuk menunjuk, tapi just appreciate kepada si pemberi!

Meh cekedout...


Baby-G from Mr.Hubby. Katanya Yana xada jam yang sesuai untuk sports. So, jam ni boleh pakai untuk sports @ travel. Sesuai sangatla kalau nak pergi travel dalam masa yang terdekat ni. 
Tq Mr.Hubby, xoxo !!!


Ini pula hadiah daripada ahli2 ofis! BVLGARI Omnia. Istimewanya hadiah ni sebab ada cerita menarik di sebalik tabir sebelum pemberian hadiah ni. Hahaha... Yana terkejut juga sebab dorang bagi hadiah yang memang Yana suka. Kalau perfume BVLGARI ni Yana ada tiga kaler...merah, orange & purple. Tapi yang merah ni yang paling Yana suka pakai, kebetulan memang dah habis pakai pun. Nak beli tapi x nyempat jer. Macamana dorang boleh tahu kan? Riki punya riki...rupanya dorang dah berpakat dengan Mr.Hubby. Siap whatsapp senyap2 tanya apa yang Yana suka. Haaaa...no wonder lah kan dorang tahu! Pandai pula tu planning tanpa dikesan!! Hihi...apa pun Yana happy sangat bila memikirkan effort dorang tu. Girlssss....you're forgiven! Hehehe...xoxo!!! 

*Note : Bukan nilai sesuatu hadiah tu yang jadi ukuran, tapi ingatan dan keikhlasan tu yang lebih penting...betul tak?! Alhamdulillah...

You Might Also Like

6 person(s) poked me!

  1. waaaa...cntik jam tu :)
    bvlgari yg ni MG blum penah bau lg ...mcm sedap je nma dia..omnia ..hehe

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, rezeki dapat 2 hadiah...hadiah dr kawan tu mesti tak boleh lupa kan..

    ReplyDelete
  3. Cantik-cantik dan mahal-mahal semuanya :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dapat hadiah..yeay..yang penting dapat hadiah walau apa pun hadiah nya..

    ReplyDelete
  5. wow, tahniah sis. orang ingat birthday kita pun mesti syok sangat dah kan. tambah bila dapat hadiah. ^_^

    ReplyDelete
  6. hmphh.. mmg sadis. makin besar makin sikit hadiah. tapi semakin besar makna sesebuah hadiah itu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe