Follow Me @snm.yana

Wednesday, January 28, 2015

Part 3 : Appointment With Dermatologist (Dr. Ko Skin Specialist)

Wednesday, January 28, 2015 55 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

SAMBUNGAN

Hari ni baru berkesempatan nak siapkan entri Part 3 ni. Rupanya ada kawan blogger (Liyana) yang baca entri Yana pasal ni, dia ada tanyakan sambungan daripada Part 1 & Part 2. Oleh sebab itu, Yana gigihkan juga nak siapkan entri Part 3. Thanks pada Liyana sebab sudi baca entri ni. Buat korang yang belum baca previous entry berkaitan ni, boleh klik link kat atas tu k.

Alhamdulillah...puas hati sangat². Yana nk bgtaw korang, entri ni bukan berbayar taw. Yana tak dibayar untuk promote produk Dr. Ko ni. Tapi ni adalah personal experience Yana sendiri alami. Kalau ikutkan tarikh hari ni, dah 4 bulan menggunakan produk Dr. Ko ni. Yana amik ubat makan untuk 1 bulan pertama jer...lepas tu stop take a pills but then terus guna produk dia je sampai hari ni. 

Produk yang Yana gunakan. Gambar ni pinjam daripada Blogger Illy.

Produk :

(1) Bio Perform Acne Cleanser (Dermax) 
Cost : RM 139 / RM 153 (SS) for 120ml

(2) Vitality Purifying Essence (Ko Dermacare)
Cost : RM 180 / RM 192 (SS) for 30ml
Reduces imprefections, balances preveny breakout, for a clear and skin complexion.

(3) Anti-Acne Mist (Ko Dermacare) 
Cost : RM 120 / RM 153 (SS)  for 60ml
Helps to reduce the frequency of spots and pimples, while soothing inflamed, red, irritated skin.

(4) Bio Comedone Essence (Dermax) 
Cost : RM 139 / RM 153 (SS) for 30ml
Enriched with high concentrated plant extract, which it helps to eliminate the skin dead cells, refine the open pores, reduce blemished, acne and control sebum.

(5) Aqua Hydrating Moisturizer (Ko Dermacare) 
Cost : RM 280 / RM 308 (SS) for 60 gram
A premium moisturizer contains vitamin B5, Hyaluronidase to soothe and calm irritated skin.

(6) Advance Sunscreen with SPF 50 PA +++ (Ko Dermacare) 
Cost : RM 180 / RM 198 (SS) for 30gram
Protects skin from aging and sunburn with broad spectrum UVA & UVB, helps to combat skin aging and against free radicals while protecting the skin from photo-aging.

Source : http://www.koskinspecialist.com

Selepas stop ambil ubat 3 bulan lepas...kulit ni x pernah naik jerawat lagi. Sebelum ni dah cuba banyak jenis produk, tapi hasilnya untuk sementara jer. Tapi dengan produk-produk yang dicadangkan oleh Ko Skin Specialist ni, hasilnya untuk jangka masa panjang taw. Walaupun mahal, tapi hasil dia berbaloi. Bak kata pepatah "BEAUTY IS A PAIN".

Will be continue...Part 4 

Tuesday, January 27, 2015

[Personality Quiz] What Your Pupil Size Says About You

Tuesday, January 27, 2015 3 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Something interesting to shared with...

WARNING!!!
Do not believe it wholeheartedly...it's Just for fun...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

ANSWER 

1. Small
You don't trust someone easily. You tend to be suspicious and can't speak sincerely to others. You have a strong self-defense. If you bump intro crisis, you will act aggressively in order to defend yourself.

2. Large
You're naive and tend trust someone easily. You want those drama-like kind of love, which is rarely happen in real life, that's why you often feel hurt.

[Interior Design] Idea Hiasan Untuk Bilik Kecil

Tuesday, January 27, 2015 6 Comments


Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni balik rumah dah tak payah serabut fikir pasal buku! Eksaited lagi sebab dah habis exam. Korang boleh imagine tak betapa eksaitednya Yana bila cuti semester. Haha...macam budak² dapat cuti sekolah gitu. Korang jangan muak baca ayat yang sama setiap kali entri baru... Hakikatnya itulah perasaan yang sebenar bila korang sambung belajar secara part time (PJJ). Bukan mudah nak belajar sambil bekerja. Korang akan penat mental dan fizikal. Tapi demi impian dan cita-cita, digagahkan juga diri ni. Mana nak fikir pasal kerja, quiz/test, assignment, rumah, suami, anak kucing.... Banyak benda nak kena fikir. (^_____^)

Sepanjang cuti semester ni, banyak benda terfikir nak buat taw. Perancangan banyak, tapi pelaksanaan tu tak pasti bila. Hahaha... Lately ni mood nak menghias rumah tu membuak-buak. Xtaw lah kenapa. Sebab fikirkan rumah sekarang ni hanya kuarters kerajaan, that's y keinginan tu terbantut. Insyaallah...lagi 2 tahun dapat mendiami rumah sendiri. Masa tu haruslah kaw² menghias rumah. Sekarang dalam misi mengumpulkan idea² reka bentuk dalaman rumah. Jadi interior designer sendiri...seronok kan! 

Yana ada jumpa beberapa idea hiasan untuk bilik kecil. Walaupun kecil, tapi hiasan tampak kemas dan cantik. Berkenan sangat² ni kalau nak buat untuk study room. Seriusss...berkenan btol ni...





Apa pendapat korang? 

Kredit gambar : Thevocket

[Korean Drama] Pinocchio

Tuesday, January 27, 2015 5 Comments

Assalamuaikum wbt


Semalam baru habis khatam drama Korea "PINOCCHIO". Sehari setengah dah habis khatam. Hihihihi...
Sebenarnya dah download sebelum abis exam lagi...peram je sampai habis exam dulu.

Baru je habis...tapi dah mula rindukan Choi Dal Po @ Ki Hya Myung dan Choi In Ha.
Korang dah tengok cerita ni tak? Best taw.... Semua ada 20 episod.


Lepas ni drama apa plak? Korang ada cadangan?

Friday, January 23, 2015

Banjir Oh Banjir !!!

Friday, January 23, 2015 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni isu musim banjir masih hangat lagi kan. Especially tempat yang terjejas teruk di Kelantan. Memang musibah bencana yang agak teruk diturunkan oleh Allah swt. Hanya Allah swt saja yang tahu kenapa diturunkan bencana tu kan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama²lah kita doakan yang terbaik untuk kita semua... Sentiasa berprasangka baik kepada Allah swt.

Family Yana kat kampung pun antara yang terlibat dengan banjir. Padahal rumah kat kampung tu x pernah kena banjir, memang bukan kawasan yang terlibat dengan banjir selama ni, sejak Yana belum lahir lagi. Tapi banjir kali ni, memang kena juga...boleh kata teruk juga. Rumah kami 2 tingkat, tingkat 2 air sampai paras lutut. So, tingkat 1 tu memang 'selamat' lah semua ditenggelami air. Barang² memang boleh dikatakan totally rosak. Kami memang xada pelan kecemasan banjir, sebab memang tak expect akan kena banjir. Uhukkkk...kecian family kat kampung :'(

Yana pula x berkesempatan lagi nak balik, kecian umi dan ayah kena cuci rumah. Sampai hari ni belum siap kemas lagi sebab x larat, mampu buat sikit² jer. Insyaallah hujung bulan ni nak balik kampung. X sabarrrrr...

Terima kasih tak terhingga kepada orang ramai yang bagi sumbangan semasa dan selepas banjir. Memang orang-orang kampung semua menghargai segala pemberian korang. Sumbangan dan pemberian korang tu memang amat berharga taw...x kisah lah sumbangan wang ringgit ke, pakaian, makanan dan macam² lagi.

Last week pun bos ada buat lawatan kerja turun padang ke Kelantan. Alhamdulillah...kami dapat sponsorship daripada pihak Unilever Malaysia yang sponsor barang² cucian yang cecah almost RM60K. Contohnya Syampoo (Clear), Body Wash (Lifebuoy), Bar Soap (Lifebuoy), Dish Wash (Sunlight), Clean Liquid (Ekonomi Handalan), Clean Powder (Breeze), Clean Cream (Cif). Semua barang-barang ni disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir secara individu dan di pusat pemindahan. Tapi bukan di semua tempat dapat...masa tu lawatan bos hanya di Rantau Panjang dan Kuala Krai sahaja. Memang meriah ofis masa tu, dengan sukarelawan yang bantu untuk packaging barang² ni...









Sesi membungkus barangan sumbangan.

Sepanjang program penyampaian sumbangan dan bantuan pencucian sekolah.

Unilever Volunteers Team

My boss : YB Datuk Hjh Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

Unilever Volunteers Team



Gembira betul adik² yang dapat sumbangan beg sekolah, alat tulis, siap dapat coklat cadbury lagi!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa² baik kalian semua. Terima kasih juga kepada pihak Unilever Malaysia di atas sokongan, keprihatinan dan sumbangan Tanggungjawab Social Korporat (CSR).
"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"

Peace (^^,)  

Thursday, January 22, 2015

Final Exam Is Over...Say Yayyyy!!!

Thursday, January 22, 2015 4 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

TUAN RUMAH dah kembali setelah sebulan lebih menyepi. Uhukkk...sedih. Memang mengabaikan blog ni selama sebulan lebih ni. Nak wish happy new year pun x sempat kat sini.

Al-kisahnya, banyak betul dah berlaku dalam tempoh sebulan ni kan. Apa pun, alhamdulillah...semua nya dapat diatasi dengan sabar dan tabah.

With girl-friends...persahabatan sejak tahun 2005 sehingga sekarang!

Apa pun...say Yeayyyyy dulu sebab final exam baru je habis. Semester ni semua subjek quit tough. Tu yang pening cikit. Last paper hari tu 19hb Jan (Isnin). Lepas paper hari tu terus pergi luncheon ngan besties, hang out, then decide pergi tengok wayang. Dah lama x pergi tengok wayang dengan girl-friends. Biasa pergi dengan husband jer kan. Hari tu tengok cerita "Into The Woods". Cerita tu quit boring untuk tengok di panggung, melainkan tengok di rumah. Sebab cerita dia macam teater muzikal macam tu. Sepanjang tempoh 2 jam tu, boleh kira lah berapa patah je dorang bercakap, the rest semua menyanyi. Boleh bayang tak? Jadi perjalanan cerita tu macam slow cket lah...tambah plak waktu tayangan tu petang, hari bekerja so x ramai orang sangat, memang mengantuk lah! Tapi sebenarnya cerita dia best, combination a few fairytale story macam Cinderella, Little Red Riding Hood, Rapunzel, Jack & The Beans...

Lepas ni boleh selalu update blog...boleh selalu online...boleh keluar berfoya² di hujung minggu...x perlu nak stay up untuk buat assignment or study for test / quiz. Huhuhu...aman hidup ni taw! Semoga kami lulus dengan cemerlang, x sabar nak habiskan baki 1 semester lagi...lepas tu dah boleh graddddd!!!! Yuhuuuuuu....