Banjir Oh Banjir !!!

Friday, January 23, 2015


Assalamualaikum w.b.t.

Sekarang ni isu musim banjir masih hangat lagi kan. Especially tempat yang terjejas teruk di Kelantan. Memang musibah bencana yang agak teruk diturunkan oleh Allah swt. Hanya Allah swt saja yang tahu kenapa diturunkan bencana tu kan. Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Sama²lah kita doakan yang terbaik untuk kita semua... Sentiasa berprasangka baik kepada Allah swt.

Family Yana kat kampung pun antara yang terlibat dengan banjir. Padahal rumah kat kampung tu x pernah kena banjir, memang bukan kawasan yang terlibat dengan banjir selama ni, sejak Yana belum lahir lagi. Tapi banjir kali ni, memang kena juga...boleh kata teruk juga. Rumah kami 2 tingkat, tingkat 2 air sampai paras lutut. So, tingkat 1 tu memang 'selamat' lah semua ditenggelami air. Barang² memang boleh dikatakan totally rosak. Kami memang xada pelan kecemasan banjir, sebab memang tak expect akan kena banjir. Uhukkkk...kecian family kat kampung :'(

Yana pula x berkesempatan lagi nak balik, kecian umi dan ayah kena cuci rumah. Sampai hari ni belum siap kemas lagi sebab x larat, mampu buat sikit² jer. Insyaallah hujung bulan ni nak balik kampung. X sabarrrrr...

Terima kasih tak terhingga kepada orang ramai yang bagi sumbangan semasa dan selepas banjir. Memang orang-orang kampung semua menghargai segala pemberian korang. Sumbangan dan pemberian korang tu memang amat berharga taw...x kisah lah sumbangan wang ringgit ke, pakaian, makanan dan macam² lagi.

Last week pun bos ada buat lawatan kerja turun padang ke Kelantan. Alhamdulillah...kami dapat sponsorship daripada pihak Unilever Malaysia yang sponsor barang² cucian yang cecah almost RM60K. Contohnya Syampoo (Clear), Body Wash (Lifebuoy), Bar Soap (Lifebuoy), Dish Wash (Sunlight), Clean Liquid (Ekonomi Handalan), Clean Powder (Breeze), Clean Cream (Cif). Semua barang-barang ni disumbangkan kepada mangsa-mangsa banjir secara individu dan di pusat pemindahan. Tapi bukan di semua tempat dapat...masa tu lawatan bos hanya di Rantau Panjang dan Kuala Krai sahaja. Memang meriah ofis masa tu, dengan sukarelawan yang bantu untuk packaging barang² ni...









Sesi membungkus barangan sumbangan.

Sepanjang program penyampaian sumbangan dan bantuan pencucian sekolah.

Unilever Volunteers Team

My boss : YB Datuk Hjh Azizah Binti Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun

Unilever Volunteers Team



Gembira betul adik² yang dapat sumbangan beg sekolah, alat tulis, siap dapat coklat cadbury lagi!

Terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya Allah yang mampu membalas jasa² baik kalian semua. Terima kasih juga kepada pihak Unilever Malaysia di atas sokongan, keprihatinan dan sumbangan Tanggungjawab Social Korporat (CSR).
"BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH"

Peace (^^,)  

You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. Seronok tengok..rakyat Malaysia sangat prihatin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah...pasti tu salah satu hikmah di sebalik musibah ni kan...

      Delete
  2. Rumah mak mertua pun kene jg banjir yg sblm ni blom pernah kena. Sue pun blom sempat lg nk kelik kelate.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yela...banjir kali ni mmg byk tempat yang kena. Rumah mertua kat mana?

      Delete

Google+ Followers

Subscribe