Follow Me @snm.yana

Friday, February 27, 2015

2015 ~ Last Semester

Friday, February 27, 2015 6 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Blog ni dah usang, bersawang dan berhabuk. Uhuhuhu...macam biasa lah kan. Bila asyik busy, kalau ada waktu free memang seboleh²nya digunakan untuk rehat semata². Kurang daripada sebulan lagi untuk cuti semester. Huhuhuhu...cepat nya masa berlalu. Kelas untuk semester ni pada 22 Mac 2015. Tapi eksaited x hengat dunia la sebab ni last semester....Insyaallah. Amin Ya Rabbal Alamin.



Semoga dapat tamatkan semester terakhir ni dengan jayanya. Lepas ni dapat genggam Ijazah/Degree. Lagi 1 impian bakal tercapai tahun 2015 ni. Tapi yang lagi penting, Yana nak cuba sedaya upaya semester ni untuk dapatkan DL..Insyaallah. Berharap sangat² ni...masa Diploma dulu, every semester dapat DL...alhamdulillah. Tapi masa Degree ni, belaja secara part time...memang susah nak fokus. DL tu memang ke laut lah kan. Cuma bersyukur sebab masih dapat maintain pointer 3.0 & above je.

Semoga Allah terus kuatkan dan tabahkan hati ni untuk tamatkan pengajian selama hampir 5 tahun ni. Amin. Planning selepas habis belajar ni dah berderet² taw. Hihihi....next time baru cite k planning apa.

Peace (^^,)

Thursday, February 26, 2015

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015

Thursday, February 26, 2015 6 Comments



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015 bermula pada  jam 12.30 tengah hari 22 Februari 2015 sehingga 12.30 tengah malam 15 Mac 2015. Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. 

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini.


Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor
DiariJejakaHangat |  Suhailah | Syafiqah | Fadzi | Wanrus | Solehah | Nazirah | Fara | Zuhaira | Isra | Kathy | Rbain
2. Wajib Like Fanpage Sponsor

 3. Wajib Follow Instagram Sponsor
DiariJejakaHangat | Suhailah | Wanrus
4. Tambah Google Plus Sponsor
+Mohamad Khairil 
5. Buat entri bertajuk Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015
6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 
 Contoh Cara Nak Paste Coding Entri :


Kredit utk Mialiana

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
20 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 16 Mac 2015.
 Good Luck!!

8 Keistimewaan Memelihara Kucing

Thursday, February 26, 2015 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Entri ni adalah bukan ditulis oleh saya, hanya #copypaste daripada blog Tazkirah.net. Ia hanya untuk bacaan sendiri dan perkongsian bersama rakan-rakan blogger, kerana cintanya saya kepada makhluk Allah yang dinamakan KUCING.


Keistimewaan #1 – Terapi Mental dan Emosi yang Baik

Memelihara binatang kesayangan merupakan suatu terapi emosi yang sangat baik lebih-lebih lagi bila anda memelihara seekor kucing. Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.

Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan ini apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing. Bukan itu sahaja, aktiviti membelai kucing dapat mebantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.

Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian. Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda. Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.

Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.

Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.

Keistimewaan #2 – Menjaga Kesihatan Fizikal

Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?

Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Bagaimana ini boleh terjadi? Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.

Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.

Keistimewaan #3 – Saling Berkasih-sayang

Anda ingin melihat contoh kasih sayang yang tak bertepi? Peliharalah kucing. Kucing menyayangi tuannya tanpa syarat. Betapa sayangnya seekor kucing pada tuannya, tidak kucing itu benarkan tuannya melakukan derhaka pada Tuhan. Kenapa saya kata begitu?

Waktu Subuh saya dikejutkan oleh kucing yang paling rapat dengan saya. Selagi tak bangun, selagi itulah kucing hitam ini akan berbunyi dengan nyaring betul-betul di telinga sambil menjilat-jilat telinga saya.

Sebaik sahaja saya mengalah dan bangun bersolat, barulah kucing ini berhenti mengganggu. Haiwan dan tumbuhan itu kan makhluk Allah yang paling redha pada ketetapan hidupnya dan paling kenal siapa Tuhannya.

Di sini saya belajar suatu yang bermakna dari kucing, jangan ingkar pada Tuhan.

Satu lagi kisah mengenai kasih sayang kucing. Kucing mempunyai deria bau yang tajam berbanding manusia.

Apabila terdapat sel-sel kanser di dalam tubuh tuannya, kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya).

Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara.

Apa lagi tanda kasih sayang kucing kepada tuannya? Kucing akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.

Mana ada kucing yang akan membiarkan haiwan-haiwan ini bebas berpeleseran di rumah tuannya. Lepas tangkap, kucing di rumah kami akan tunjukkan hasil tangkapan itu kepada kami (kucing-kucing kami tak makan buruan ni).

Sebagai tanda terima kasih, kami upah pula dengan pujian, usapan dan makanan yang enak untuknya.

Keistimewaan #4 – Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab

Boleh ke jadi seorang yang berdisiplin bila memelihara kucing? Nampak seperti mudah tapi ada beberapa perkara yang perlu dilakukan oleh tuan kucing sebenarnya.

Kucing harus diberi makan dengan teratur. Jadi tuan kucing mesti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya. Bila kucing dijaga dari kecil, corak pemakanan yang berbeza juga perlu peka.

Ketika bila kucing berhenti menyusu dan waktu bila boleh diberi makanan pepejal adalah antara matlumat penting untuk memastikan kucing membesar dengan sihat dan kuat.

Ini belum ambil kira soal imunisasi kucing, jadual makan ubat dan temujanji doktor tau. Selain itu, kucing yang dijaga dari kecil perlu dilatih untuk membuang najis di tempat yang disediakan atau di luar rumah.

Maka tuan kucing mesti komited dan berdisiplin untuk menunjukkan perkara ini sehingga kucingnya pandai menjaga kebersihan diri.

Tambahan pula, jika kucing tidak menjaga soal kebersihan dan menganggu harta benda orang lain (mencuri ikan, ‘menanda kawasan’ di tempat orang dsbg), tuan kucing harus bertanggungjawab dengan tindakan kucingnya.

Ya, jadilah seorang tuan kucing yang bertanggungjawab dan tahu menghormati hak jiran tetangga. Fahamilah bahawa mungkin jiran anda alahan dengan kucing atau bau-bau ‘kotoran’ kucing anda boleh menganggu ketenteraman awam.

Ini belum ambil kira soal memberi mandi kucing, mengemas bulu dan memotong kuku lagi tau (lain spesis kucing, lain keperluannya).

Bila semua ini dilakukan, bukankah anda jadi seorang yang berdisiplin dan bertanggungjawab?

Keistimewaan #5 – Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri & Kedekut

Memelihara kucing dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.

Berkata Ibn al Haitami dalam Fatwa:

“Disunatkan untuk bermurah hati kepadanya (kucing) Dan wajib atas pemiliknya memberi makan kepadanya jika ia tidak dapat mencari sendiri makanannya.”

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.

Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.

Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

Keistimewaan #6 – Mendapat Pahala

Siapa kata berbuat baik pada binatang tidak mendapat apa-apa ganjaran? Mari kita renungi dulu ayat Al-Quran di bawah ini:

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Ali ‘Imran: 190)


(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka. (Ali ‘Imran: 191)

Tidak ada satu pun yang dicipta Allah swt itu tanpa tujuan termasuklah haiwan. Mengikut Ahmad Syakir dalam Umdah al Tafsir ‘an al Hafiz, 1/772, Dar al Wafaa’ (2003), semua haiwan di hari Kiamat kelak akan menjadi debu.

Di situlah penamatnya. Tetapi kita sebagai manusia akan ditimbang segala amalan untuk ditentukan kesudahan Neraka dan Syurganya.

Jadi kehadiran kucing bukan sahaja sebagai binatang peliharaan yang mengisi kekosongan jiwa kita tetapi juga sebagai wadah untuk menuai ganjaran pahala daripada Allah swt.

Menyantuni kucing bukan hanya perbuatan kosong tapi amat besar nilainya di sisi Allah swt seperti sabda Rasulullah saw:

Tatkala seorang lelaki sedang berjalan pada sebuah jalan terasalah olehnya dahaga yang sangat. Lalu ia mendapati sebuah sumur dan bersegeralah ia meneruninya untuk minum.

Ketika keluar, tiba-tiba dia melihat seekot anjing menjulurkan lidah sambil menjilat-jilat debu kerana sangat haus.

Lelaki itu berkata: “Anjing ini sedang kehausan seperti aku tadi.” Lalu turunlah dia kembali ke dalam sumur untuk memenuhi sepatu kulitnya dengan air lalu digigit agar dapat naik kembali.

Kemudian ia meminumkan air itu kepada anjing tersebut. Allah berterima kasih kepadanya lalu mengampuninya.

Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah kami akan mendapat pahala kerana binatang-binatang seperti ini?”
Rasulullah saw menjawab: “Pada setiap yang bernyawa (makhluk hidup) ada pahalanya.” -Riwayat Muslim

Keistimewaan #7 – Dimurahkan Rezeki

Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.

Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.

Saya berani katakan janji Allah swt ini sangat benar kerana bukti di depan mata saya sendiri. Rezeki harta adik perempuan saya yang sangat mencintai kucing dan paling berlemah-lembut kepada kucing sangat luas dan melimpah ruah berbanding saya yang biasa-biasa saja.

Sebelum keluar keputusan SPM, adik saya sudah mendapat tawaran sambung belajar dengan biasiswa penuh. Sebelum keluar keputusan ijazah, adik saya sudah mendapat kerja di Petronas. Keputusan akademiknya sangat cemerlang, kerja sekarang bergaji besar.

Alhamdulillah sudah berumahtangga dan dikurniakan cahaya mata. Sudah memiliki berapa buah rumah? Tak perlu saya kongsikan, percayalah memang murah rezekinya. Saya dan mak selalu berkata, Ummu Hurairah yang sentiasa didoakan kucing kerana kasih sayangnya pada kucing.

Ya, boleh jadi kerana doa kucing hidup kita aman. Kucing adalah haiwan yang memiliki perasaan dan kucing juga boleh mengadu dengan Allah swt tau. Saya bukan mendakwa tanpa asas tetapi melalui kisah Rasulullah saw sendiri.

Ya’la bin Murrah menceritakan kisah seekor unta yang datang kepada Nabi dengan berlinangan air mata.

Rasulullah bertanya: “Di mana pemilik unta ini? Ia mengadu kepadaku banyaknya kerja dan sedikitnya makanan yang diberikan kepadanya. Berbuat baiklah kepadanya.” -Riwayat Ahmad

Ini kisah unta yang mengadu pada Rasulullah saw tentang layanan yang diterima dari tuannya. Apakah mustahil bagi haiwan lain seperti kucing untuk mengadu kepada Tuhan tentang tuannya? Apakah mustahil bagi kucing untuk mendoakan terus kebaikan tuannya kepada Tuhannya?

Keistimewaan #8 – Sunnah Rasulullah saw & Sahabat

Sahabat Rasulullah saw yang mana lagi terkenal dengan kucing jika bukan Abu Hurairah. Kerana kucinglah gelaran Abu Hurairah (Bapa kepada kucing-kucing jantan peliharaannya) itu terus melekat sehingga hari ini.

Bagaimana pula kisah Rasulullah saw dengan kucing?

Nama kucing Rasulullah saw adalah Mueeza. Dikisahkan bahawa Nabi saw sayang pada Mueeza sehingga apabila kucing ini tidur di atas lengan jubahnya, Rasulullah saw tidak mengejutkan kucing ini tadi dari tidurnya.

Mueeza digendong dan selalu diusapkan di atas peha Baginda saw.

Diriwayatkan juga dari Ali bin Hasan dan Anas bahawa Baginda saw pernah membiarkan seekor kucing minum dari bekas wuduk Baginda saw kemudian berwuduk dengan air dari bekas yang sama. Apabila ditanya tentang itu Rasulullah saw bersabda:

“Ya Anas, kucing termasuk dalam perhiasan rumah tangga. Ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”

Justeru, memelihara kucing bukan sahaja mendapat pahala kerana berbuat baik kepada binatang malah juga mendapat pahala kerana mengikut sunnah Rasulullah saw.

Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Islam menganjurkan umatnya untuk berkasih sayang sesama manusia serta terhadap haiwan dan tumbuhan yang juga tidak terkecuali antara makhluk ciptaan Allah swt.

Tidak kiralah apa jenis pun binatang peliharaan yang anda pilih; ikan, kambing, ayam, arnab,kura-kura dan burung. Ingat, berbuatlah ehsan kepada mereka dan berkasih sayanglah.

Sesungguhnya inilah sikap terpuji seorang mukmin. Bagaimana? Seronok kan menjadi tuan kucing?

Friday, February 13, 2015

Perginya Murabbi Ummah....

Friday, February 13, 2015 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t.


Innalillahiwainnailaihirojiun...Al-Fatihah buat Tok Guru Nik Aziz. Akhirnya setelah terlantar beberapa minggu kerana sakit uzur, akhirnya allahyarham pergi meninggalkan kami. Sebak...terasa kehilangan, kehilangan orang yang rapat. Murabbi Ummah...TGNA.

Banjir besar di Negeri Kelantan baru-baru ini mungkin petanda besar kesedihan. Awan terlebih dahulu menangis kerana mengetahui akan hilangnya seorang ulama hebat. Bumi pula menerima air bagi membersihkan dirinya bagi menerima jasad seorang ulama hebat. Moga tenang roh beliau di sana. Ketepikan isu politik...kita saudara seIslam. Al-Fatihah buat Allahyarham TGNA.

Buat yang belum mengenai Allahyarham TGNA, boleh baca biodata Allahyarham TGNA.

Biodata YAB Dato’ Bentara Setia Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat 

Nama : Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Tarikh Lahir: 10 Januari 1931
Tempat lahir : Kampung Pulau Melaka,Kelantan.

Pengajian :
1-Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2-Universiti Deoband India
3-Universiti Lahore Pakistan
4-Universiti Al Azhar
5-Sarjana Muda bahasa Arab
6-Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dengan panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dalam ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dalam mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yang muktabar dari Almarhum ayahandanya serta belajar menulis daripada ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dengan Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dengan Tok Khurasan dan belajar dengan Tuan Guru Ali Pulau Pisang dalam mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dalam pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yang agak tinggi) setanding dengan murid-murid yang lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dengan Sheik al-Hadith dan guru Tarikat yang terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dengan mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yang pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dalam bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dalam jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (M.A) dalam jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan :
Pada 1962 beliau membuka sekolah dengan menggunakan tanah wakaf yang diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Ma’had Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :
Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dalam pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah untuk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulama’ PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yang ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulama dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yang kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah :
Dengan pengalaman yang ada, beliau telah membimbing pelajar Ma’had Muhammadi dengan menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu ‘Halaqat pengajian yang sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yang masih ada di Ma’had Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulama kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dengan perumpamaan yang jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yang disampaikan merupakan khazanah dan kesetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.

Keistemewaan :
Satu perkara yang luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kepada orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yang paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan :
Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan :
Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dengan set sebagaimana yang menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yang ada sebuah almari yang penuh dengan kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dengan anaknya. Ternyata apa yang ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited :
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dalam pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yang disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh :
Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yang ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha untuk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yang pernah diberikan kepada negeri Kelantan itu.





"Tidaklah seorang muslim meninggal pada hari jumaat atau malam jumaat, melainkan Allah menjaganya daripada fitnah (siksa) kubur". [HR Tirmidzi]