Follow Me @snm.yana

Monday, March 23, 2015

My New Miss Goldie

Monday, March 23, 2015 10 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah...syukur sangat² sebab akhirnya dapat telefon baru. Ehem² telefon yang memang Yana idam²kan pulak tu. Hihihi... "Another wish come true" Gembira sangat². Lepas ni lambat lagi lah nak tkr hp lain sebab pilih yang 128GB, yang paling besar tu, dengan harapan lepas ni xkan merungut lagi pasal memori x cukup. Hahaha...

#throwback #iphone6plus #apple 


Rezeki awal tahun. Semoga rezeki daripada Allah swt sentiasa berterusan dan kami tidak lalai dan alpa dengan pemberianmu ini. Amin...

Green Pet #Part2

Monday, March 23, 2015 8 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Minggu lepas Yana ada post pasal Green Pet #Part1. Yana post pada 19 Mac 2015. Tapi sebenarnya 1st day tanam pada 17 Mac 2015. 

Nak tengok gambar 1st day my #green pot tu? Boleh tengok kat SINI.
Dah tengok ke belum? Sekarang tengok pula gambar selepas 6 hari..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Surprisingly, hari ni sampai je ofis terpandang pokok ni atas CPU, terus tersenyum lebar. Cepatnya dia membesar. Padahal hari Jumaat hari tu sebelum  balik dah tengok, macam xada apa² perubahan pun. Hihihi...dalam tempoh 2 hari je terus membesar macamni. Alhamdulillah...semoga terus membesar. Lepas ni kita transfer awak ke 'rumah baru' pulak yer..supaya awak boleh lagi membesar.

Salam Isnin (^^,) Peace 

*Note : Dah lama rasanya x merasa CPUV Nuffnang. Haisshhh...mood blogging ke laut, begini lah jadinya. Bila dah stop...nak mula balik tu memang slow cikit. Nuffnang, please be nice.

Friday, March 20, 2015

Lip Ice vs Maybelline

Friday, March 20, 2015 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t


Lip Ice vs Maybelline ~ Entri segera...hihihi. I ❤️ Pink. Dua2 ni pun Yana pakai. So far memang serasi sangat dengan Yana. Color dia hampir sama je 2 ni. Dua2 changeable color. Yana suka combind dua2 sekali ni setiap kali pakai sebab Yana x suka pakai lipstik. So, totally mmg bergantung kat lip balm ni.


Salam Jumaat (^^,)


Thursday, March 19, 2015

Green Pet

Thursday, March 19, 2015 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Kalau ada baca tak entri Yana yang minggu lepas pasal DIY Soilless Plant tu...? Kalau belum boleh baca yerk. Hihihi...design yang Yana nak tu memang dah habis stok. Susah betul nak jumpa...dah puas google. Tapi xpela...Yana dah jumpa yang design lain...walaupun x secantik yang macam Yana nak tu, tp still benda yang sama.


Jeng...jeng....introduce my new green pet, mini potted plant! Ni baru je start tanam...tapi tatau la berapa hari baru dia tumbuh. Dua color, dua jenis pokok yang berbeza. X sabar nak tunggu pokok ni tumbuh taw. Yana memang suka pokok-pokok ni, boleh dikatakan pencinta alam jugaklah...hihihi. 

Yang ni tanam kat ofis jer...sesuai sangat sebagai 'Desk Plant'. Untuk korang yang tatau apa kebaikan desk plant ni, baca ni :-
  1. Mengurangkan tekanan (Reduce stress)
  2. Meningkatkan produktiviti (Increase productivity)
  3. Mengurangkan sakit dan ketidakhadiran (Reduce sickness and absence)
  4. Persekitaran yang lebih baik untuk bekerja (A better environment to work in)
  5. Udara yang lebih bersih untuk bernafas (Cleaner air to breathe)
  6. Mengurangkan bunyi (Reduce noise)
  7. Meningkatkan kreativiti (Increased creativity)
  8. Nampak lebih sihat (You’ll look healthier)

Kalau korang nak baca lagi lanjut, boleh je google ke...banyak website yang tulis pasal kebaikan desk plant ni. Yana saja je tak tempek kat sini, sebab malas nak translate. Hahaha...mohon ampun di atas 'kemalasan' ku disitu. Kalau korang pun malas nak google juga, Yana dah sediakan link untuk korang baca k.. : [1] [2] [3] [4

Peace (^^,)
 

Monday, March 16, 2015

DIY Soilless Plant

Monday, March 16, 2015 1 Comments

Assalamualaikum w.b.t.



Kat mana ye nak beli DIY Soilless Plant yang macamni? 
Dah habis google dah...semua dah habis. Huhuhu...kalau ada sesape yang tahu...inform taw. 
X semestinya sebijik yang pot plants macamni, design lain pun boleh.

Thank you (^^,) 

Wednesday, March 11, 2015

Pendigitalan RTM vs ASTRO

Wednesday, March 11, 2015 2 Comments

Assalamualaikum wb.t.

Sekarang tengah heboh kan pasal Pendigitalan RTM ni. Sebenarnya ia adalah berita gembira buat semua pelanggan setia ASTRO yang sedia ada. Yana pun salah sorang pelanggan setia tu. So, dengan harapan berita gembira ni bakal mengubah segala-galanya. Dan servis yang lebih baik mampu diberikan kepada semua pengguna @ penonton tv.

Lepas ni...ASTRO pun xleh sewenang²nya nak naikkan harga langganan. Orang semua kata 'Buku Bertemu Ruas'. Betul lah tu...selama ni ASTRO kemain lagi buat sesuka hati dorang...sebab dorang tahu dorang buat macamana pun, customer dorang still langgan dorang punya channel kan.

Banyak sangat complaint pasal ASTRO ni...semua orang merungut. Kalau ada orang yang langgan ASTRO tapi x pernah merungut, tu maknanya dorang tak tengok TV lah tu....atau dalam sebulan tu sekali 2 je tengok TV. Ye dakkk??? Udah la bayar tiap2 bulan tu mahai...cerita pula berulang²...peh tu lately ni banyak betul iklan keluar. Kami bayar bukan untuk tengok iklan taw...!!! *Mood : Marah*

Hihihi....sabarrrr. Macam Yana, duduk berdua je dengan hubby, tiap² bulan bayar RM150++ (incl. tax). Tengok tv pun bukan selalu. Bila buka tv, tengok² cerita yang dah berapa kali tengok...maunya x mengamuk kan! Sebab Yana suka tengok movie, hubby pulak dengan sport channel dia. So...terpaksa la bayar mahal...

Terima kasih Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, terima kasih RTM & pihak MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bernaung dibawah Syarikat Telekomunikasi Altel Holdings. Tak sabar ni nak tukar channel.... 


  • Fasa pertama siaran digital baru dari RTM ini yang dijadualkan pada Jun 2015 merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan sebelum diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan seterusnya Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, kemudian Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
  • Fasa terakhirnya pula ialah Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ini menjadikan 98 peratus kawasan Semenanjung serta Sabah Sarawak akan menikmati dan menonton 80 saluran TV Digital setaraf dengan Astro serta 40 saluran Radio berkualiti tinggi secara percuma. 
  • Rakyat Malaysia akan menikmati 45 saluran Definasi Tinggi (HD) dan juga 15 Saluran Standart (SD) dibawah projek Angkasapuri Media City. 


PEACE (^^,) 

Monday, March 9, 2015

Apakah 'Pap Smear'?

Monday, March 09, 2015 3 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Masa update entri ni...jam menunjukkan jam 1.40 tengahari. Sempat curi masa nak update blog sekejap, memandangkan hari ni big boss xada sempena Istiadat Pembukaan Parlimen. Buat kerja pun dengan tenang je hari ni. Hehe...

Berbalik kepada tajuk entri. Korang pernah dengar @ baca @ tengok perkataan 'Pap Smear'? Yana pun baru tahu ni...sebelum ni x pernah ambil tahu pun. Tahu la pasal kesedaran Kanser Serviks tu, cuma x familiar sangat dengan term Pap Smear ni. Bila dah ternampak pasal Pap Smear ni, Yana terus google jer. Jom baca info pasal Pap Smear.

Gambar : Ehsan Mr.Google


Apakah itu Ujian Pap Smear? 
  • merupakan suatu ujian untuk memeriksa kesihatan servik.
  • Ia boleh menyelamatkan nyawa anda
  • Ia adalah satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel serviks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser.
  • Ia adalah sempena orang yang pertama menjumpai cara ini pada tahun 1940 iaitu DR. GEORGE PAPANICOLAOU.
  • Ia adalah satu prosidur yang mudah dimana sedikit sel diambil dari servik dan dihantar ke makmal untuk kajian.
  • Tidak perlu ubat atau bius.
  • Mengambil masa beberapa minit sahaja.
Adakah ujian itu menyakitkan?
  • Tidak menyakitkan.
  • Jika anda merasa tegang semasa prosidur dijalankan, anda mungkin rasa tidak selesa, cuba relak dan tarik nafas panjang.
  • Siapakah yang harus menjalani ujian tersebut?
  • Wanita berumur diantara 20 - 65 tahun, mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual.
Siapakah yang akan menjalankan ujian tersebut? 
  • Doktor atau jururawat yang terlatih akan menjalankannya.
Apakah yang sebenar berlaku semasa ujian tersebut dilakukan?

  • Tanggalkan seluar dalam.
  • Berbaring di atas katil.
  • Doktor atau jururawat akan memasukkan alat kecil yang dinamakan spekulum ke dalam vagina dengan lembut supaya servik boleh dilihat.
  • Sejenis kayu 'wooden spatula' dan berus yang kecil 'cytobrush' dimasukkan ke dalam pangkal rahim (keseluruhan servik 360o) untuk mengambil sedikit sel.
  • Sampel ini disapu di atas slaid dan dihantar ke makmal untuk diperiksa di bawah mikroskopi dimana laporan akan dibuat.
  • Ujian ini mengambil masa beberapa minit sahaja.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Ujian ini tidak dapat dijalankan semasa anda kedatangan haid.
  • Pastikan dapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai adalah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.
Bagaimana dengan hubungan seksual sebelum ujian?
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan yang tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan.
  • Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.
Bilakah saya mendapat keputusannya?
  • Bila anda melakukan ujian tersebut, anda akan diberitahu masa dan tempat untuk mendapatkan keputusan..
  • Biasanya dalam 3 minggu hingga 3 bulan bergantung kepada beban kerja makmal dan klinik tersebut.
Berapa kerap saya perlu membuat ujian Pap Smear?
  • Sekiranya anda berumur antara 20 - 65 tahun, pernah atau aktif dalam hubungan seksual, anda digalakkan untuk menjalani ujian ini setiap tahun selama 2 tahun.
  • Sekiranya keputusan itu negatif, anda digalakkan mengulangi setiap 3 tahun sekali.
Dimanakah saya boleh mendapatkan ujian tersebut?
  • Di semua klinik dan hospital kerajaan
  • Di klinik/hospital swasta
  • Federation of Family Planning Association Of Malaysia (FFPAM)
  • Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN)
Apakah makna keputusan tersebut?
  • Keputusan yang normal bermaksud tiada keadaan luarbiasa atau masalah yang dikesan.
  • Keputusan yang luarbiasa bermaksud, anda dan anggota kesihatan perlu berunding untuk rawatan selanjutnya.
  • Keputusan luarbiasa adalah seperti berikut :
  1. Kesan mikroorganisma atau virus (Jangkitan penyakit kelamin) boleh dikesan pada smear.
  2. Sel-sel itu mungkin berubah akibat jangkitan (perubahan ini sementara dan setempat ('benign' - bukan menunjukkan kanser)
  3. Sel-sel di servik mungkin menunjukkan perubahan seperti keadaan pra-kanser (sebelum berlaku kanser).
  • Apa yang patut dilakukan seterusnya :
  1. Rawatan susulan
  2. Ulangi ujian pap smear dalam 3-6 bulan
  3. Jalani pemeriksaan kolposkopi
Apakah itu kolposkopi?
  • Satu alat diagnostik yang membolehkan doktor melihat saiz dan kawasan servik yang luarbiasa.
  • Ia adalah kaca pembesar yang membolehkan doktor melihat dengan jelas perubahan pada servik.
  • Alat ini tidak dimasukkan ke dalam tubuh badan.
  • Kurang menyakitkan.
  • Sesetengah orang merasa tidak selesa.
  • Sampel tisu biopsy mungkin diambil untuk ujian selanjutnya.
  • Kawasan itu mungkin dirawat dengan 'electro coagulation', 'laser' atau 'cryosurgery' untuk memusnahkan tisu-tisu yang terlibat.
Apakah persediaan awal yang patut saya lakukan?
  • Tidak boleh dilakukan semasa kedatangan haid.
  • Pastikan mendapat tarikh temujanji sebelum atau selepas haid.
  • Waktu yang sesuai ialah pertengahan atau selepas 10 hari kitaran haid.

Rujukan.
Ministry of Health, 2002. National Cancer Registry Report
Ministry of Health, 2002. Annual Report
Ministry of Health, 2003. Clinical Practice Guidelines - Management of Cervical Cancer



p/s : Siapa yang pernah buat ujian ni? Boleh share pengalaman? 

Saturday, March 7, 2015

Yang Terakhir....

Saturday, March 07, 2015 4 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Yang Terakhir....apa yang terakhir tu? Mesti korang tertanya-tanya. Huhuhu...saja buat tajuk entri yang membuatkan orang tertanya-tanya kan! Hahaha...


Hari tu kan Yana pernah cakap...ni adalah semester yang terakhir Yana di UiTM Shah Alam...insyaallah. Semoga semester terakhir ni dapat dilepasi dengan jayanya. Semester terakhir, maksudnya yuran ni akan jadi yuran terakhir lah kan. Tapi x sempat lagi nak pergi bayar ni. Lagi 2minggu je lagi nak start kelas yang pertama. 

Okayla...malam ni sempat online sekejap...nak pergi blogwalking plak. Jommmm....


Gudnyte (^^,)

Friday, March 6, 2015

The all-new Samsung Galaxy S6 and Galaxy S6 Edge

Friday, March 06, 2015 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Rasanya macam dah lama btol x tukar henpon. Hihihi....*padahal mood gedik² nak tukar hp baru*! Hihihi...tapi memang btol pun, dah lama x beli henpon baru taw. Henpon yang skrg ni hadiah daripada hubby pada April 2013 lagi. So, kalau bulan depan April 2015, genap lah 2 tahun pakai hp ni. Walaupun dah 2 tahun, tapi still elok lagi...tu yg sayang. Cuma kekurangannya adalah...x cukup memory, sebab internal memory dia kecik sangat. Dah backup dengan memory card, tapi still x cukup lagi. Hahahaha.....*tamak...semua menda nak simpan dalam henpon*

Sebenarnya tengah menimbang tara untuk beli henpon baru...ikutkan hati memang minat giler la dengan iPhone. Tapi jatuh hati juga dengan Samsung S6 Edge ni. Huwaaaa....dah berbelah bagi. Function S6 & S6 Edge ni memang menawan qalbu betul lah....Atoiiii....


Published on 1 Mar 2015
Carefully crafted from metal and glass, the Galaxy S6 and S6 edge blend purposeful design with powerful features. The Galaxy S6 edge shows outstanding beauty and an immersive viewing experience with revolutionary dual edge display.
[Vivid Images with a Fast, Bright Camera]
The Galaxy S6 and S6 edge are equipped with an incredibly vivid, bright and fast camera. The F1.9 lenses and high-resolution sensors on both front (5MP) and rear (16MP) cameras. In addition, Auto Real-time High Dynamic Range (HDR), Smart Optical Image Stabilization (OIS) and IR Detect White Balance provide advanced light sensitivities and crisp camera solutions. The camera launches quickly from any screen in 0.7 sec.
[Super Charging and Cord Free]
The devices work with any wireless pad available in the market that supports WPC and PMA standards. They also support incredibly fast wired charging, providing up to 4 hours of usage after only 10 minutes of charging.
[Cutting-edge Core Technology]
The world’s first 14nm mobile processor with 64-bit platform, new LPDDR4 memory system and UFS 2.0 flash memory provides higher performance and enhanced memory speed, lower power consumption. 
[Easy and Protected Mobile Payment]
Samsung Pay is convenient and secured mobile payment that works with MST, NFC and barcode.
* Samsung pay will be available in US and Korea from 2015 2nd half. (Barcode is available only in Korea)
Sumber : Youtube Samsung

Official Twitter @yanapinkblossom

Friday, March 06, 2015 0 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Hari ni tergerak hati pula nak buat akaun twitter baru khas untuk blog Yana Pink Blossom. Terima kasih kepada semua yang sudi follow Personal Acc Twitter @yana_afi. Lepas ni, boleh follow Official Twitter @yanapinkblossom.
Sesape yang ada acc.twitter, tinggalkan komen @ username yer..nanti Yana follow uols (^^,)

Personal Twitter @yana_afi
Official Twitter @yanapinkblossom

Thank you my dear (^^,)

Beee Mobile : Travel Pocket Wifi

Friday, March 06, 2015 2 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Ehem...ehem...sape ye pernah guna service Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni? Sape pernah guna, boleh share pengalaman yer. Hari ni Yana nak share pasal Beee Mobile : Travel Pocket Wifi. Alat/gajet untuk pengguna internet tegar yang selalu travel ke luar negara.

Saja je survey² keperluan persiapan untuk ke luar negara. Terjumpa pula pasal Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni. Hihihi... Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni memang sangat sesuai untuk pengguna internet tegar, terutamanya pengguna media sosial yang tegar spt Facebook, Instagram, Twitter, Blogging etc. 

Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni membolehkan kita online setiap masa. So, kalau masa tu berada di Jepun ker...memang susah nak dapat line internet kan? So, dengan Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni membolehkan kita online bila-bila masa dan di mana-mana jer. Best kan??? 

Dah snap pic banyak², cantik²...boleh terus share on the spot dengan adanya Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni. Tapi setakat ni, servis Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni hanya untuk lima (5) buah negara iaitu : JAPAN, KOREA, TAIWAN, THAILAND, CHINA & MACAU.

Sumber : Pocket Wifi
Yana pun x pernah lagi cuba Beee Mobile : Travel Pocket Wifi. Nanti nak juga cuba masa nak pergi ke Korea nanti...Insyaallah. Ni beberapa benda yang mesti korang tahu kalau korang nak cuba Beee Mobile : Travel Pocket Wifi :

  1. Rate/Rental Price (berbeza setiap negara) : JAPAN (RM30/day), KOREA (RM25/day), TAIWAN (RM25/day), THAILAND (RM25/day), CHINA (RM30/day) & MACAU (RM30/day). 
  2. Data Limit/Quota : Kuota??? Say goodbye to quota sebab ianya unlimited taw.
  3. Deliver To Doorstep (FOC) : "We Deliver, We Collect....Free of Charge (FOC)"
  4. Battery Life : Long-lasting up to 12hours.
  5. KLIA Airport Booth : HELLO CELLO Level 3, Arrival Hall (beside Gate 7), 24 hours daily booth for the device collect & return.
  6. Hotspot Sharing : Sharing to 10 Devices.
  7. Speed : Widest Coverage (4G LTE Wifi).
  8. No Sim change needed.
  9. No complicated phone setting configuration needed.

Ni antara kelebihan² Beee Mobile : Travel Pocket Wifi yang Yana boleh highlighted dari laman web Beee Mobile : Travel Pocket Wifi. Best kan? Memang berbaloi² untuk social networking addicted. Kalau korang jenis yang so-so je dengan internet, rasanya xperlu la korang membazir duit untuk sewa pocket wifi ni kan.


Wait n see....kalau Yana berpeluang guna Beee Mobile : Travel Pocket Wifi ni, Yana akan share k (^^,)

Selain daripada pocket wifi ni, Beee Mobile ni pun ada sediakan servis untuk sewa Fujifilm Instant Camera, Power Bank, Winter Wear & Japan Stay.

Untuk info lanjut : https://www.facebook.com/beeemobile & http://www.beeemobile.com    

Tuesday, March 3, 2015

Holiday 2015

Tuesday, March 03, 2015 8 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Tengah terfikir² nak planning holiday dalam masa yang terdekat ni. Lokasi adalah dalam Malaysia jelah...tapi belum decide lagi nak pergi mana untuk short vacation. Tapi untuk long vacation dah decide dah. Oh silap...bukan Yana yang decide...tapi setuju je yang orang suggest. Hehehe....Memandangkan semester baru ni akan menjadi semester yang terakhir (insyaallah), so...dengan confidentnya awal² tahun lagi dah planning untuk holiday hujung tahun ni. Insyaallah...kalau xada aral melintang, sihat tubuh badan...satu lagi impian bakal tercapai tahun ni. Impian apa?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng
.
.
Jeng
.
.
Jeng
.
.
.
.
.
.
.
Dapat pergi KOREA!!! Say yeayyyy (^____^)



So...save the date. Dah tulis kat diary... Kali ni trip dengan husband dan family in law. Tapi tulah...masa dorang tanya tu...setuju jer, tapi x tanya plak tarikh bila nak pergi. Bila dapat e-ticket, baru tahu rupanya dorang nak pergi 18 Julai 2015. Korang tahu tak tu tarikh apa? Masa tu Hari Raya Aidilfitri Ke-2 okay!!!

Apa pun sebab tiket dorang dah beli...so, redha jelah...tahun ni raya kat Korea! Think positive...asalkan berada bersama suami, mana² pun boleh. Tapi sedih juga lah x dapat beraya lama kat kampung. Xpe...nanti kita ganti dengan Raya Haji pulak yer. Hopefully ayah dengan umi x sedih. Dah planning balik awal seminggu....so dapat berbuka puasa lama cikit dengan family.

Owh ye...kalau ikut kan bulan Julai tu adalah musim panas (Summer) di Korea. So, cuaca kat Korea masa tu lebih kurang Malaysia jelah...so, x payah nak pening² untuk fikir beli baju winter ke, autumn ke...

Sesapa yang ada pengalaman pergi Korea, boleh share okay...boleh la dijadikan reference. 
Sharing is caring girls (^^,)

IPHONE 5S GIVEAWAY BY SYAFIQSPECKI

Tuesday, March 03, 2015 1 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join yer (^^,)

Sebelum tu Yana nak ucapkan terima kasih kepada organizer aka Syafiq Specki sebab sudi invite Yana untuk join giveaway beliau yang grand lagi meletop ni. Mana x meletop nya kan...grand prize dia adalah IPHONE 5S.

So, marilah kita beramai² mencuba nasib k...manalah tahu ada rezeki. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia takda sape yang tahu. Hihi...sebenarnya Syafiq Specki dah datang invite pertengahan Februari lagi, tapi sebab masa tu Yana pun x sempat nak update blog...jadi x berpeluang nak join. Nasib baiknya giveaway ni belum tutup lagi.

Okay...Yana dah follow semua syarat². 
Sekarang nak senaraikan mangsa² tag yang seterusnya. Siapa yang x kena tag pun boleh join okay (^^,)

Mangsa Tag (Latest Visitors @YanaPinkBlossom) :

Good Luck my diors (^^,)

https://www.facebook.com/yanapinkblossom | https://twitter.com/yana_afi | https://instagram.com/yana_afi