Follow Me @snm.yana

Tuesday, April 21, 2015

Monday, April 20, 2015

Lee Min Ho Di Nu Sentral Kuala Lumpur 24 April 2015 (Jumaat)

Monday, April 20, 2015 21 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Om...om...om. Berharap sangat dapat pergi jumpa Lee Min Ho. 
Lee Min Ho akan datang Malaysia 24 April 2015 (Jumaat) ni, jam 5.00 petang di Kompleks Membeli-belah Nu Sentral.
Dia ialah duta bagi satu portal membeli belah online iaitu 11street yang bakal dilancarkan
pada tarikh dan waktu yang sama

Tapi tengok pada masa dan lokasi tu jangan berangan lah kan, dah sah² lahh hari kerja tu, sebab xkan nak cuti @ half-day semata-mata untuk jumpa Lee Min Ho kan. Xada la sampai tahap tu lagi.

Tapi tulah...huhu, susah betul dia nak datang Malaysia. 







Yana ni minat je tengok cite Korea, tapi bukanlah peminat fanatik K-pop yer. Tapi kalau Lee Min Ho, xleh nak kata apa...memang minat habis dengan dia. Hahahaha...

Korang yang ada peluang tu, meh join CONTEST Lee Min Ho ni, mana taw bertuah & menang. 22 orang peminat bertuah yang terpilih akan diberi peluang untuk bergambar bersama Min Ho. Cer la try nasib k... 

Harapan tinggal harapan meh....takpelah, see u in Korea je nanti bulan Julai nanti yer Lee Min Ho (^^,)

Credit Pixa

Sunday, April 19, 2015

Pencarian Penaja (Sponsor)

Sunday, April 19, 2015 9 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Tajuk entri ni terang lagi bersuluh kan? Ada ke yang berminat nak jadi sponsor untuk next giveaway?
Giveaway apa? Jeng...jeng...PM Yana k...sebab surprise (^^,)
Giveaway ni akan dijalankan pada bulan Jun 2015 nanti taw.
Kalau ada yang berminat, klik button kat bawah k, dan jangan lupa PM Yana taw.


Kalau nak pm by email kat sini k...
Email here...click!
Yana sangat hargai sokongan korang. Love uols (^^,)

Jangan lupa join Giveaway : Max & Bella 2nd Birthday !

Friday, April 17, 2015

Kisah Tempat Tinggal Roh

Friday, April 17, 2015 3 Comments

Assalamualaikum w.b.t.
  • Roh para nabi dan utusan menuju ke syurga Adnin.
  • Roh para ulama menuju ke syurga Firdaus.
  • Roh para mereka yang berbahagia menuju ke syurga Illiyyina.
  • Roh para syuhadaa berterbangan seperti burung disyurga sekehendak mereka.
  • Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  • Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  • Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka disiksa beserta jasadnya sampai hari kiamat.

Telah bersabda Rasulullah S.A.W bahwa : "Tiga kelompok manusia yang akan berjabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya ialah" :-
  • Orang-orang yang mati syahid.
  • Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan Ramadhan.
  • Orang yang puasa hari Arafah.


Salam Jumaat (^^,)

Wednesday, April 15, 2015

Jindrisska First Anniversary Giveaway

Wednesday, April 15, 2015 11 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Lately ni memang kurang update blog, inikan pula nak join giveaway ke segmen semua ni. Petang ni ada ternampak Giveaway by Jindrisska ni. Rasa teringin nak join sangat sebab Grand Prize dia yang Yana berkenan tu. Tapi kalau dapat hadiah saguhati pun seronok juga. Hahahaha....

So, mehla join...klik banner kat bawah k.. Kalau korang nak taw hadiah apa tu, korang leh klik banner tu juga taw!


"Saya nak menang giveaway ni sebab saya berkenan dengan semua-semua hadiah yang ditawarkan, especially grand prize tu. I'm a fridge magnet collector...hahahaha (^^,)"

Jangan lupa juga join GA ni yer sebab Yana salah sorang sponsor for this GA...dan tinggal 1 hari lagi sebab tarikh tamat GA adalah pada 16 April 2015: Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

*Update (Request daripada organizer a.k.a Aisya)
Godek punya godek...terjumpa jgk ni...hehe. Tapi tatau la no ke berapa.

Hehe...kita memang follower awak dari dulu. So, tatau nak cakap dulu follower ke berapa. Hahaha...so, kita dah screenshot ni, hopefully diterima penyertaan ni. Muahahaha~

Monday, April 13, 2015

Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman

Monday, April 13, 2015 8 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Klik BANNER untuk join!

Jom ramai² join Giveaway PROJEK APRIL by Syira Lokman
Banyak hadiah yang menanti pemenang!!!

Mula : 9 April 2015 (8.30 PM)Tamat : 16 April 2015 (8.30 PM)

Friday, April 10, 2015

Kisah Binatang Yang Bernama HURAISY

Friday, April 10, 2015 4 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Dikisahkan dalam sebuah kitab bahwa apabila tiba hari kiamat nanti maka akan keluar seekur binatang dari neraka Jahannam yang digelar Huraisy, yang mana panjangnya ialah jarak antara langit dan bumi dan lebarnya pula dari timur hingga ke barat.

Apabila ia keluar maka malaikat Jibril a.s berkata, "Wahai Huraisy, kamu hendak ke mana dan kamu hendak mencari siapa?"

Lalu berkata Huraisy : "Aku mencari lima jenis orang."
  1. Orang yang tidak mengerjakan solat.
  2. Orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat.
  3. Orang yang mendurhakai kedua orang tuanya.
  4. Orang yang suka minum arak.
  5. Orang yang sangat suka bercakap-cakap dalam masjid hal dunia


*Peringatan untuk diri sendiri dan untuk perkongsian bersama. #sharingiscaring

Salam Jumaat (^^,)

Tuesday, April 7, 2015

Syair Yang Membuatkan Imam Ahmad Menangis

Tuesday, April 07, 2015 2 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Mari sama-sama kita hayati syair dan maksudnya. Kita sebagai insan biasa ni pun boleh rasa sebak bila hayati maksud syair ni...inikan pula Imam Ahmad yang kuat imannya.

Imam Ahmad Bin Hanbal (rahimahullah) telah ditanya muridnya Abu Hamid al-Khulqani tentang pendapat beliau terhadap syair-syair yg berkaitan syurga dan neraka. lalu beliau bertanya: "Seperti apa? contohnya?". Lalu muridnya mendendangkan syair ini, selesai 2 rangkap pertama Imam Ahmad terus menangis teresak-esak dan meluru masuk ke dalam rumahnya. Tangisan beliau begitu kuat sambil mngulang-ulang 2 rangkap pertama itu. Muridnya meriwayatkan: Kami mendengar tangisan Imam seolah-olah beliau akan mati.


Subhanallah...

Monday, April 6, 2015

2 APRIL ~ HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA

Monday, April 06, 2015 5 Comments

Assalamualaikum w.b.t.

Korang tahu tak 2 April setiap tahun adalah merupakan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)? Mesti tak ramai yang tahu kan? Mungkin sebab masih baru di Malaysia ni. Kalau dulu, kita kurang amik perhatian dan kurang kesedaran mengenai golongan penghidap autisme. Sebab tu Yana nak share ni... Kalau tak, apalah gunanya bekerja di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kan? 

So, untuk menunjukkan sokongan kami kepada golongan Autisme ni, kami menyahut "KEMPEN LIGHT IT UP BLUE SEMPENA HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA"

Jom cekedout Kempen Light It Up Blue 2015!!!




Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat (Ministry of Women, Family and Community Development)
  




Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur Tower)

#2april #lightitupblue #harikesedaranautisme #autisme

Peace (^^,)