6 Tips Atasi 'Mata Panda'

Sunday, May 24, 2015


Assalamualaikum w.b.t.

Sape yang tidak cukup rehat, tidak cukup tidur...memang akan ada 'mata panda' a.k.a EYE BAG / DARK CIRCELS, whatever u call it..hehehe. Uuu...tapi ngeri seh kalau tengok cermin kita ada 'mata panda' ni!

Sebenarnya banyak faktor yg boleh menyebabkan 'mata panda' ni, contohnya faktor keturunan, alergi, usia, kekurangan zat besi dan kebanyakan adalah faktor keletihan.


Oleh kerana lately ni Yana selalu juga x cukup rehat, x cukup tidur...risau juga lah muncul 'mata panda' ni. So, untuk elakkan 'mata panda' ni, Yana dah standby siap2 dengan tips2 yang mungkin boleh diamalkan untuk mengelakkan atau merawat 'mata panda' ni. Jom cekidout:-

  • Tips1 : Campurkan perahan jus lemon dengan sedikit air suam. Sapukan ke bahagian bawah mata 2x sehari. Lakukan setiap hari sehingga dapat hasil yang memuaskan.
  • Tips2 : Basuh uncang teh yang telah digunakan dan simpan di dalam peti sejuk selama 10-15 minit. Letakkan uncang teh yang sejuk di atas mata. Biarkan selama 15-30 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Tips3 : Kupas kentang, bersihkan dan potong nipis-nipis. Lekapkan pada mata. Biarkan selama 20 minit. Lakukan sebelum dan selepas tidur.
  • Tips4 : Sapu air sejuk dari peti ais di bahagian bawah kelopak mata setiap pagi selepas bangun dari tidur.
  • Tips5 : Bancuh sebiji kuning telur dengan sedikit madu dan perahan lemon. Sapukan adunan tersebut pada sekeliling mata terutama pada bahagian bawah mata. Lakukan sebelum tidur dan bilas dengan air bersih keesokan paginya.
  • Tips6 : Sapukan minyak sapi pada sekeliling mata terutamanya pada bahagian bawah mata. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci muka hingga bersih. Amalkan selalu sebelum tidur.
Semua tips ni Yana cedok daripada majalah Rapi, sebab semua tips ni simple dan mudah kan? Jom cuba (^^,) Sharing is caring. 

Love, xoxo (^^,)

You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. bukan ke guna jus lemon tu pedih..

    ReplyDelete
  2. salam akak . akak x nak buat sambungan entry part 4 Dr Ko ke?

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe