MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH SAW

Monday, June 15, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Isnin. Lemaunya pagi ni rasanya. Lagi 2 hari kita semua bakal menjalani ibadah  puasa di bulan Ramadhan. Alhamdulillah...tahun ni dipanjangkan lagi usia kita untuk menyambut bulan Ramadhan...Insyaallah. Dah habis ganti puasa ke semua? Hihih...alhamdulillah, Yana pun dah habis ganti semua sebelum masuk bulan Rejab haritu. Lewat sikit tahun ni habis ganti, tapi yang penting berbayar semua hutang² kita dengan Allah swt ye dak?? Sape² yang x sempat nak ganti tu, sila lah bayar 'denda' a.k.a Fidyah nye yer... Xtaw nak kira fidyah? Sila rujuk jabatan agama atau boleh juga cuba kira kat sini : Kalkulator Fidyah (^^,)

Pagi ni nak share makanan kegemaran Rasulullah saw. Alhamdulillah, semua makanan ni memang Yana suka. Korang macamana pula?


  1. Barli – Bagus untuk demam jika dibuat sup.
  2. Kurma – Nabi saw bersabda rumah yang tidak mempunyai kurma adalah seperti rumah yang tidak ada makanan.
  3. Buah Tin – Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
  4. Anggur – Nabi saw suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
  5. Madu – Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
  6. Tembikai (Segala Jenis) – Nabi saw bersabda wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
  7. Susu – Nabi saw bersabda susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
  8. Cendawan – Baik untuk mata, perancang keluarga.
  9. Minyak Zaitun – Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
  10. Delima – Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
  11. Cuka – Nabi saw selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali).
  12. Air – Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Sumber : FB Tok Wan

You Might Also Like

7 person(s) poked me!

  1. Suka semua kecuali buah Tin.. X brape gemar.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tedi lak tak makan buah tin dan minum susu... hehehe

      Delete
  2. semua makanan Nabi mempunyai khasiat tersendri... tq Share :)

    ReplyDelete
  3. Nice sahring :)

    jalan2 sambil tekan2 nuff ^^

    ReplyDelete
  4. byk juga yg aida jadikana makanan seharian :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe