Punca Blog Tak Ter'update'

Friday, September 18, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Yelah...korang baca tajuk tu pun terang lagi bersuluh la apa yang Yana nak cerita. Tapi lepas baca tajuk tu, korang ada rasa tertanya² tak kenapa? Kalau ada rasa macam tu, alhamdulillah...maknanya ada orang nak amik tahu kenapa blog ni jarang ter'update' kan. Tapi kalau korang xada rasa atau keinginan nak tahu, maksudnya dalam hati korang akan cakap macamni..."ada aku kisah ke kalau kau update ke tak update ke?". Ohhh...tertusuk hati ni kalau korang rasa macam tu kan....sodih den!

Hahaha...perasan lebih! Okaylah...back to tajuk entri petang ni. Sebenarnya tatau lah adakah ini boleh dipanggil sebagai punca atau sekadar mencari alasan semata²?



Hehehe...sebenarnya, malas betul nak update taw. Mood blogging dah ke laut. Sebab per? Sebab sepertimana kebanyakan daripada korang sedia maklum kan, especially yg kerja gomen tu kan...! Kebanyakan blog memang dah kena block, so...xleh nak blogwalking ke semua blog² yg ada...nasib lah kalau salah satu blog yg terpilih utk kena block tu adalah blog korang. So, mood nak blogging memang 100% terbantut.

Balik rumah pada setiap weekdays, memang rutin setiap hari adalah balik masak => makan => mandi/solat dan tidor jer. Memang xada harapan nak selit untuk on laptop dan update blog! Rutin weekend, bangun => masak/cari makanan => makan => buat kerja² rumah yg tertangguh masa weekdays => tengok tv => mandi/solat => tido! Owwww...pun xada masa nak selit masa utk on laptop & update blog.  

Orang cakap, alaaa...alasan je tu! Yessss...exactly! Memang I sengaja cari alasan taw..hakhak! Kalau dah on laptop, update blog, lepas tu melarat buka menda lain....memang keje lain xkan menjadi.


Hehehe...sekian sahaja bebelanku petang ni. Errkkk...perut kenyang, mata ngantuk! Alhamdulillah...tadi masa lunch makan Beef Rissole Dave's Deli, officer belanja, sedap!

Love, xoxo ♥    

You Might Also Like

2 person(s) poked me!

  1. Hi, saya sangat menyukai blog anda! ZALORA Malaysia kini sedang mencari blogger yang berbakat, dan saya tertanya adakah anda berminat untuk satu kolaborasi blog bersama kami. Anda boleh hubungi saya di izz.latif@my.zalora.com jika anda berminat dengan tawaran ini dan saya akan berikan segala butiran di sana. Harap dapat balasan emel anda secepat yang mungkin!

    ReplyDelete
  2. Wah kak. Jgn jgn hapuskan alasan kiki.. Sy pon mcm tu gak kak huhu

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe