Salam Jumaat

Friday, September 18, 2015

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Jumaat kepada semua  bloggers. Rasa tenang dan sebak bila pagi² Jumaat ni dah pasangkan ayat² suci Al-Quran, teringat plak tragedi kren runtuh di Tanah Suci Makkah beberapa hari lalu. Sayu bila dikenangkan mangsa² yang terlibat.

Takziah buat semua ahli keluarga arwah. Mereka pergi di bumi yang baik, di hari yang baik, di bulan yang baik. Insyaallah...perjalanan mereka untuk bertemu sang Pencipta akan dipermudahkan.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua.

BANYAKKAN DOA SELEPAS ASAR HARI JUMA'AT

Hari Jumaat, adalah hari yang terdapat waktu istimewa doa untuk lebih mustajab. Waktu pertama : ketika imam mula duduk di atas minbar sehingga solat Jumaat. Kedua : Selepas waktu Asar berdasarkan hadis Nabi :

يَوْمُ الجُمُعة ثِنْتَا عَشْرَةَ سَاعَةً ، لاَ يُوجَد فِيهَا عَبْدٌ مُسْلِمٌ يَسْأَلُ الله شَيْئاً إِلاَّ آتَاهُ إِيَّاهُ ، فَالْتَمِسُوهَا آخِرَ سَاعَةٍ بَعْدَ العَصْر

Erti : Hari Jumaat ada 12 jam yang mana tiada seorang hamba muslim berdoa padanya kecuali akan diberikan (maqbul), maka CARILAH IA di HUJUNG WAKTU SELEPAS ASAR" (hadis riwayat Abu Daud- hadis sohih)



You Might Also Like

2 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe