Alhamdulillah.... | Makin hari makin banyak persaingan, prosedur pun makin susah. Ada yang ambil online exam untuk Pegawai Tadir Diplomatik (PTD) Gred M41 pada 23 November 2016, minggu lepas tu? Macamana result? Alhamdulillah...selepas cubaan kali ke-2, Yana akhirnya lulus exam ni. Baru lepas 2 steps kan...another 2 steps to go. Fuhhhh....haritu jawab exam tak nervous macamni. Tetiba dah lulus, rasa nervous sangat bila memikirkan Program Assessment Centre (PAC) ni.
Mahu tak nervous...bila nak kena bersaing dengan ramai fresh graduates dan calon² yang hebat² ni. Yana ni yang pengalaman kerja dah 9 tahun sebagai PA je pun, jadi pengalaman tu rasa belum cukup untuk melepasi PAC ni. Yelah, PTD ni skop kerja tak sama, cabaran lagi hebat, nak kena ada ilmu pengetahuan, keyakinan...serba serbi lah.
Hopefully dipermudahkan nanti untuk PAC pulak. Nak kena banyakkan membaca dan nak kena mula practice public speaking lagi. Huwaaaa... Siapa ada pengalaman? Boleh share? Siapa yang baru lulus online exam aritu, good luck k...silap² jumpa masa PAC nanti. (^^,). TQ.
Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed