Pengalaman Temuduga Program EMAS UiTM

Friday, January 08, 2016


Assalamualaikum w.b.t.

Hampir 2 bulan juga lah menyepi di blog ni, sebelum entri Happy New Year 2016 kelmarin tu. Sebabnya, seperti yang korang sedia maklum lah, sekarang ni kebanyakan ofis gomen dah block web² tertentu, especially web yang berkait dengan social media, shopping, etc. Dulu kalau ada masa terluang kat ofis, sempat lah slot in 1/2 entri...sekarang ni memang lgsg dah xboleh.

Eh, back to entry...sebenarnya nak cerita pasal pengalaman pergi temuduga untuk program Executive Masters in Administrative Science (EMAS), UiTM. Bila google, ramai je orang share pasal temuduga untuk program masters, tapi kebanyakannya semua pasal program MBA. Yg program EMAS ni memang susah sikit nak jumpa. But, basically semua temuduga ni hampir sama je proses dia.


Alhamdulillah...21 Disember 2015 haritu dah selamat pergi interview untuk program EMAS, intake March 2016. Sebenarnya masa pergi interview tu, xde buat apa² preparation pun. Cuma prepare untuk dokumentasi sepertimana yang dia suruh bawa tu jer.

  1. Jam 8.30 pagi dah mula, tapi dimulakan dengan ujian bertulis, Short Essay. Kami diberikan 5 tajuk, dan kena pilih 1 jer. Masa diberi 30 minit. Hihi...masa tu pilih tajuk yang memang boleh 'goreng²' jer...nasib baik jugaklah ada tajuk mcm tu kan. Ada tajuk² tertentu tu yang melibatkan isu semasa dan ada tajuk yang memang uji pengetahuan korang. So, pilihan selamat memang pilih tajuk yang tak perlukan fakta. Tapi kalau korang berpengetahuan, better pilih tajuk yang susah sikit, supaya dorang nampak korang berilmu pengetahuan yer...keh²
  2. Lepas dah submit kertas essay tu...check nama siap² untuk tentukan bilik temuduga tu. Then, terus pergi standby kat depan bilik tu. Masa tu kami dapat bilik Panel No.8, dalam tu ada 2 orang panel. Dan nasib baik nyer, nama Yana antara yang terawal kena masuk. So, siap temuduga tu awal la, dalam jam 10pagi++. Temuduga tu lebih kurang 1 jam lebih juga sebab sekali masuk tu 3 orang sekaligus. Antara soalan yang ditanya:
  • Perkenalkan diri.
  • Cerita lebih lanjut mengenai diri anda. (Soalan ni ditanya kalau korang cerita sikit sangat masa soalan pertama ttu....ha3)
  • Kenapa nak sambung master?
  • Kenapa pilih Program EMAS?
  • Kenapa tukar program/bidang? (Soalan ni ditanya sebab masa Degree dulu Yana amik Office Management (OM), then sekarang tukar EMAS) 
  • Sokongan kewangan? PTPTN atau biasiswa?
  • What do u expect from this program?
  • What is your goal (career)?
  • 1 soalan berkaitan isu semasa.
  • Kalau yang dah berkahwin & banyak komitmen...adakah ia akan menjadi salah satu penghalang?
  • Soalan² santai @ masa tu Yana pula tanya soalan kat dorang. Ha².... 
Sesi temuduga ni totally dalam English, so korang pun kena lah jawab dalam English kan. Hehe...

Keputusan berjaya atau tak akan diumumkan pada 12 Januari 2016 nanti. Doakan Yana k... Semoga perkongsian ni dapat sedikit sebanyak membantu korang yang akan menghadiri temuduga seumpama ni...dalam masa terdekat atau satu hari nanti.

Take care, xoxo (^^,)

You Might Also Like

1 person(s) poked me!

  1. Salam, awak jawap ape bila dia tnye kenapa tukar bidang?

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe