Part 4 : Appointment With Dermatologist (Dr. Ko Skin Specialist)

Tuesday, February 23, 2016




Hari ni nak buat sambungan pasal treatment Dr. Ko Skin Specialist. Dalam tempoh tu sebenarnya ramai yang PM Yana untuk tahu pasal rawatan ni. Dan Yana mohon maaf sangat² sebab x sempat nak reply semua mesej tu...kalau ada yang reply pun memang biasa lambat daaa. Ampun sangat²...

Sebenarnya untuk sesiapa yang ada masalah kulit tu memang Yana recommend sangat pergi jumpa pakar kulit, x kisah la Klinik Dr.Ko atau klinik² yang diiktiraf yang lain kan. Tapi pengalaman Yana hanya di Klinik Dr.Ko, so...itu sahaja yang Yana boleh share. Sebenarnya rawatan yang diterima ni memang sangat² berkesan untuk Yana sendiri. Yana disiplin ambil produk dia, magic pills (warna purple) tu Yana cuma consume dalam masa sebulan jer. Ada yang tanya juga magic pill (warna purple) tu ada side effect x? So far...tiada side effect, cuma dalam seminggu yang pertama tu memang bibir atau kulit akan jadi kering sikit sebab dia nak balance kan semula minyak dan air pada kulit. So, dalam tempoh tu memang kena banyak minum air putih. Masuk minggu ke-2 tu bibir dah back to normal. The rest...tiada side effect lain. Lepas sebulan tu dah stop...sebab kulit dah makin baik, tapi lepas tu Yana teruskan guna produk Dr.Ko sebab Yana rasa so far, produk² tu yang paling sesuai dengan kulit Yana. Produk² Dr.Ko tu Yana beli online jer kat website dia...kadang² ada sale, memang dapat special price.

Tapi buat masa sekarang, Yana sebenarnya dah lama x pergi appoinment di klinik Dr.Ko tu. Ha3...sebabnya terlalu busy dan x sempat nak buat appointment. Daripada jumlah package yang Yana dah ambil & dah bayar hari tu...Yana masih ada baki 2 kali facial treatment lagi. Tapi oleh kerana kekangan masa, x sempat nak pergi. Dalam bulan Oktober tahun lepas, Yana sebenarnya ada cuba juga la produk lain. Alhamdulillah, sebenarnya produk baru tu sesuai juga dengan kulit Yana sampai sekarang, memang jerawat tu memang susah nak tumbuh. Dalam sebulan tu sekali dua je dia tumbuh, time² 'cik bulan' datang melawat tu jelah...keh², tapi tu pun cepat jer baik. Macamana boleh nak tukar produk tu? Ha3... Sebabnya masa pergi Korea tahun lepas, ada beli produk dari Korea, so...saja mengada nak cuba. Bila rasa macam best je pakai...tu yang terus guna sampai hari ni.

Dalam proses rawatan dengan Klinik Dr.Ko tu, Yana pernah sekali buat Laser Treatment sebab ia dah termasuk dalam pakej yang Yana bayar. But, frankly speaking...rawatan tu yang paling Yana suka. Rawatan tu mahal sikit la, almost RM1k/session...tapi manfaat dia banyak sangat. Kalau siapa yang ada duit lebih tu, memang sangat² dicadangkan untuk buat laser treatment tu taw.

So, untuk korang yang masih dalam proses nak selesaikan masalah kulit tu, boleh teruskan jer treatment korang tu. Insyaallah...dapat diubati.

Yana ada beberapa tips nak kongsi dengan korang :
  • Mostly orang yang ada masalah jerawat ni mempunyai kulit jenis oily. So, digalakkan mencuci muka lebih kerap (2/3 kali sehari) but make sure pencuci muka yang sesuai.
  • Dalam tempoh rawatan, elakkan menggunakan foundation/concealer/compact powder etc. Sebab benda² ni sebenarnya membuatkan kulit lagi bermasalah. Kalau korang nak juga pakai macam compact powder tu, korang boleh cari produk yang 100% berasaskan mineral k... Sebab ia x membuatkan pori² u tersumbat taw.
  • X perlu nak pantang makanan seperti belacan, seafood, etc. Since buat treatment dengan Dr.Ko sampai sekarang, x pernah lagi pantang makanan sebab nak jaga kulit, sambal belacan ummi yang memang favourite tu tiap² hari pun makan. Ha3...so, its proved enough yang makanan bukan punca utama masalah kulit.
  • Last but not least, rajin²kan diri untuk buat homemade masker. Jimat duit, dan lebih selamat daripada bahan² kimia yer.   

Itu sahajalah yang Yana nak share dengan korang. Kalau korang masih ada sebarang pertanyaan, boleh jer PM Yana k. Insyaallah akan dibalas sesegera mungkin.

Pagi tadi punya cerita. Forum Penerapan Nilai-Nilai Islam "Wanita Bekerjaya: Tuntutan atau Pilihan" bersama Ustazah Norhafizah Musa, salah seorang panel forum.
  

You Might Also Like

12 person(s) poked me!

  1. kita ada eczema and kita jumpe dengan dr ko dekat metro pudu. okey memang oke. tp ubat nak kena makannya punyelah berlambak fuhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? Xsure utk eczema...klu setakat untuk masalah jerawat 1 jenis ubat tu sahaja. So macamana sekarang...u punya eczema dah bertambah baik?

      Delete
  2. Sy dpt ubat purple tu dengan antibiotik dia..Kalau makan sekali takde side effect ke? Sy lupa nak tanya doc tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xada masalah...sy dlu pun consume sekali, ubat purple & antibiotik tu.

      Delete
  3. Yana nak tanya mse buat treatment dgn dr. Ko bpe kos yana hbis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy ambil complete package. So, mmg kena spent cket lah.. Tp jgn risau, boleh sesuaikan dgn bajet kita msa pilih pakej/treatment. Boleh juga nak cuba dermatologist yg lain...kalau ada yg murah²...let me know taw (^^,)

      Delete
  4. Hi yana adha nk tanya..homemade masker utk senstif oily n acne skin biasa nk buat dr apa ya..any sggestion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi adha...klu google byk homemade masker recipe taw. Tapi biasanya Yana klu kat rumah guna bahan yg sedang dapat jer, yogurt + lemon @ lemon + honey... Klu nak hilangkan parut jerawat, bagus guna serbuk kayu manis (cinnamon).

      Delete
  5. Hai yana, skrg mcm mana muka yana? Saya pun ada consult jugak dgn dr Ko. Mmg bagus tp pricey skit. Sbulan tu 2 3 lah tumbuh. Btw produk korea brand apa yg yana cakap tu? Sbb nnti ingat nk tukar jgak ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kena spent jugak lah klu nak konsisten dengn treatment dgn Dr.Ko ni.. Hehe...klu org yg berkemampuan, boleh lah go on. Skrg ni Yana guna produk Laneige, sebab sesuai dgn kulit...kulit okay dah smpai skrg. Alhamdulillah.

      Delete
  6. Assalamualaikum...
    Hi yana. Sy follow treatment yana ni dr 1st treatment dr part 1 - 4 tau 😁

    Saje nk share, sbb x mampu nk byr mahal pakej & continue product mahal, doc tu suruh guna product Aiken skincare. Murah tp quality sama dgn product skincare specialist mcm ni. Mula2 ambil yang je mcm yana tu, lepas tu maintain dgn Aiken warna hijau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq sudi follow cerita ni...he3. Ni ilmu baru ni pasal produk Aiken. Bagus juga doc tu sbb dia sudi share alternatif lain kan, bukan nak kaut keuntungan semata2. Yana skrg konsisten guna produk Laneige, kebetulan sesuai dgn kulit... Alhamdulillah, kulit masih okay smpai skrg, x banyak masalah.

      Delete

Google+ Followers

Subscribe