Colouring Books

Wednesday, September 14, 2016

Colouring Books | Siapa suka colouring a.k.a mewarna? Kalau ada...kita genk!!! *High5* Kalau zaman kecik² dlu, mewarna ni benda wajib yang kita akan buat kan, sejak pandai pegang pensel pun...terus mak ayah ajar mewarna. Bila dah start masuk sekolah rendah...adalah masuk pertandingan tu...setiap kali menang juga lah. Tapi makin lama, makin meningkat usia...terus berkurang. 

Pastu masuk sekolah menengah, terus berkurang lagi. Seingat Yana masa sekolah menengah tu, x pernah join pertandingan apa²...lagipun memang x ambil subjek Seni Lukis. Last berkreativiti ni masa Form3, masa tu cikgu minta lukis apa² gambar untuk dibingkaikan dan digantung dalam library, sebab tu masa Yana one of the librarian. So, cikgu memang tahu ada bakat melukis guna cat air (water color) tu. Masa tu kira lukisan yang terbaik Yana dapat hasilkan sepanjang hidup ni....kira MASTERPIECE lah. Semua cikgu pun puji berbakul² taw...terus kembang semangkuk. Masih terbayang² lagi gambar lukisan tu. Waktu tu mana ada kamera sendiri...so, x sempat nak ambil gambar buat kenangan. Rasa macam nak pergi sekolah tu balik, nak ambil lukisan tu...kalau ada lagi lah... Hahahaha... *kerja giler*

Aduiii...dah panjang lebar pulak bercerita yer. Bila rasa ada kemahuan nak asah bakat tu balik, tu yang terfikir nak beli Coloring Books ni. Untuk isi masa lapang, hobi terkini... Sebab macam kagum sungguh dengan orang² yang berbakat & kreatif ni kan. Macam bloggers Dayang Deno contohnya, Subhanallah...memang kreatif yang amat. Bakat yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t., tapi beliau x persiakan. Contoh lain, one of my ex-colleagues, not the closet one...tapi memang kenal dia, iaitu Kazuhiko Fahmi . Another awesome creature...subhanallah. Kagum sungguh!!!


Tadaaaa.... Kebetulan masa sebelum balik raya hari tu, ada buka Groupon...pastu ada offer pulak tu... Tu yang terus beli. Dalam 1 set ni ada 3 x Colouring Books (Secret Garden, Enchanted Forest & Amily’s Colourful Wonderland) + Free 24-Piece Colour Pencils. Hehe...hari ni parcel dah smpai. Macam semangat pula nak 'mengecat' ni walaupun dengan color pencil je pun... Oh ye..offer ni dah tamat dah kat Groupon. Tapi ada lagi 1 offer ni yang belum tamat, ada lagi 2 hari kalau ada sesape yang nak beli yer... TEKAN SINI!  

Love, SNM ♥ xoxo

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe