Sultan Muhammad V dipilih Yang di-Pertuan Agong ke-15

Friday, October 14, 2016

Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong ke-15 | PUTRAJAYA: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
 Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.

Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.

Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.

Raja berjiwa rakyat

Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.

Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985, baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.

Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka yang memerlukan pembelaan.

Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.

Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College, Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.

Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti kuda, kucing, ayam dan burung.

Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin Aishah Putri, 27. ~Astro Awani  

Alhamdulillah...Sultan Kelantan kami yang disayangi oleh semua lapisan rakyat marhaen telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. Semoga baginda sentiasa di bawah lindungan Allah s.w.t dan memikul amanah sebaik-baiknya.
Love,
SNM ♥ xoxo

You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. Sultan Muhammad mmg terkenal dengan raja berjiwa rakyat
    Semoga Malaysia akan bertambah maju dan aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah..sama² lah kita doakan yang terbaik.

      Delete
  2. Suka dengan peribadi Sultan Kelantan...Low profile

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga keperibadian baginda yg skrg kekal smpai bila²...Insyaallah.

      Delete

Google+ Followers

Subscribe