The Walking Dead Season 7

Tuesday, October 25, 2016

The Walking Dead Season 7 | Semalam, 24 Oktober 2016 bermula Episode 1 untuk musim terbaru The Walking Dead, iaitu Season 7. Sebenarnya dah lama sungguh tunggu Season 7 ni lepas Season 6 haritu berakhir pada bulan April 2016. Sesiapa nak follow, boleh tengok channel Astro Fox HD, Setiap Isnin, jam 9.00 malam. Season 7 Premiere, sebab waktu tayangan di sini adalah sama dengan waktu U.S.

Yana memang peminat setia The Walking Dead, sejak Season 1 (2010) lagi. Siap beli DVD setiap season sebagai koleksi. Tapi sekarang cuma ada DVD Season 1 - Season 4 jer. The rest tak sempat nak mencari lagi...Insyaallah, will be in my collection soon.




Semalam emosi sungguh bila tengok Episod 1. Dah keluar watak Negan (Jeffrey Dean Morgan) yang sebenar, sambungan daripada episod terakhir Season 6. Tapi frust sikit sebab di awal Season 7 ni, dorang dah 'matikan' dua (2) watak utama dan penting dalam siri ni, iaitu Glenn (Steven Yeun) dan Abraham Ford (Michael Cudlitz). Terutamanya watak Glenn tu yang memang antara watak utama sejak Season 1. Watak Abraham Ford pula sejak Season 4 kalau x silap. Why Glenn...why Glenn???  (T___T) Haha...tak boleh terima hakikat Glenn dah mati.

Si Negan belasah Glenn dan Abraham sampai mati dengan menggunakan pemukul besbol yang dibalut dengan dawai besi (seperti dalam gambar di atas), yang diberi nama 'LUCILLE'. I hate u Negan! (T____T) Season ni macam ganas sikit sebab si Negan ni lah...dasyat sungguh bila dia pukul Glenn smpai terjonjol biji mata si Glenn, sebelum dipukul lagi hingga mati. (Kanak² di bawah umur dilarang tengok yer kerana aksi ganas yang melampau, 18SG).

Uhukkk...sedih. Apa pun, harap² Negan dapat pembalasan yang setimpal sebab kejam sungguh cara dia bunuh Glenn dan Abraham tu. Tunggu dan lihat sehingga penghujung nya...

Season 1 (2010) | Season 2 (2011-2012) | Season 3 (2012-2013) | Season 4 (2013-2014) | 
Season 5 (2014-2015) | Season 6 (2015-2016) | Season 7 (2016)


Love,
SNM ♥ xoxo

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe