Follow Me @snm.yana

Tuesday, November 29, 2016

Alhamdulillah....

Tuesday, November 29, 2016 17 Comments
Alhamdulillah.... | Makin hari makin banyak persaingan, prosedur pun makin susah. Ada yang ambil online exam untuk Pegawai Tadir Diplomatik (PTD) Gred M41 pada 23 November 2016, minggu lepas tu? Macamana result? Alhamdulillah...selepas cubaan kali ke-2, Yana akhirnya lulus exam ni. Baru lepas 2 steps kan...another 2 steps to go. Fuhhhh....haritu jawab exam tak nervous macamni. Tetiba dah lulus, rasa nervous sangat bila memikirkan Program Assessment Centre (PAC) ni.


Mahu tak nervous...bila nak kena bersaing dengan ramai fresh graduates dan calon² yang hebat² ni. Yana ni yang pengalaman kerja dah 9 tahun sebagai PA je pun, jadi pengalaman tu rasa belum cukup untuk melepasi PAC ni. Yelah, PTD ni skop kerja tak sama, cabaran lagi hebat, nak kena ada ilmu pengetahuan, keyakinan...serba serbi lah. 



Hopefully dipermudahkan nanti untuk PAC pulak. Nak kena banyakkan membaca dan nak kena mula practice public speaking lagi. Huwaaaa... Siapa ada pengalaman? Boleh share? Siapa yang baru lulus online exam aritu, good luck k...silap² jumpa masa PAC nanti. (^^,). TQ.


Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed

Tuesday, November 22, 2016

Apa itu 'Mannequin Challenge'?

Tuesday, November 22, 2016 3 Comments
Apa itu 'Mannequin Challenge'? | Awal November haritu selalu keluar video yang orang x bergerak² tu. Terfikir juga ape jadah lah dorang ni buat video ek...macam². Haha...bila di'ricki²' rupanya itulah yang dipanggil Mannequin Challenge rupanya! Fenomena yer...sebab worldwide. Even Hillary Clinton & crews pun buat taw (^^,) Kalau dulu Harlem Shake lah, Ice Bucket Challenge lah! Tapi kelakar juga bila duk view video² dorang ni...siap artis Malaysia pun buat Mannequin Challenge ni.

Ni the video Mannequin Challenge yg pertama dibuat, sebab video ni lah...lepas tu ramai yang terikut-ikut tuJom tengok...
"The first of these videos is believed to have been uploaded by Twitter user @pvrity___, a high school student at Ed White High School in Jacksonville, Fla., on Oct. 26." 



Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed

Monday, November 21, 2016

Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com

Monday, November 21, 2016 5 Comments
Hadiah Blogspot Template Dari Reenri.Com | Salam Isnin. Dah banyak hari menyepi...entri x sempat berupdate. Banyak nya benda nak tulis...tapi asyik tertangguh jer... Sementara tu, mehla join giveaway oleh Reen ni. 
Klik BANNER untuk join (^^,)

p/s : Dah lama sungguh Mr.Nuffnang ni merajuk. Dah lama x merasa CPUV baru sejak stop blogging hampir setahun haritu. Mr.Nuffnang janganlah merajuk lama² taw. Huhu...sedih (T__T)
Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed

Wednesday, November 16, 2016

GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

Wednesday, November 16, 2016 8 Comments
GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT | Assalamualaikum wbt. Yana tertarik nak join giveaway Kak Mashitah Mamat ni sebab hadiah dia boleh tahan lumayan, iaitu 5 x produk Shaklee. Hehe... Alang² dah terbaca giveaway ni, kita join lah terus yer. Follow Kak Mashitah juga yer...


Klik Banner untuk join yer (^^,)

Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed


Teaser 1 : End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends

Wednesday, November 16, 2016 0 Comments
Teaser 1 : End Year Mini Giveaway by Mellya & Friends | Dah namanya Teaser yer...so, korang jangan lupa join nanti okay... Giveaway ni akan bermula pada 1 Disember 2016 taw.


Sementara tu, korang dah boleh start follow all the sponsors yer... Bila GA dah launch nanti, korang just tinggal buat entri saja. (^^,)


Love, ♥
SNM_Yana Afi Mohamed



Monday, November 14, 2016

[Korean Drama] The Legend of the Blue Sea 푸른 바다의 전설

Monday, November 14, 2016 8 Comments
[Korean Drama] The Legend of the Blue Sea 푸른 바다의 전설 | Tak sabar rasanya nak tengok drama..tu yang hoverrr eksaited nak post pasal drama ni, padahal belum mula lagi. Sebeb apa ek? Sebab Oppa Lee Minho berlakon drama ni. Iols is die hard fans of Lee Minho.. Hehe...tu yang tak sabar tu. Heroin pulak Jun Ji Hyun, heroin drama My Love from the Star & My Sassy Girl. Tapi jangan risau, tak lama dah nak keluar drama ni. Drama ni akan release pada 16 November 2016 menggantikan drama 'Jealousy Incarnate' (drama ni tengok half-way jer). Disebabkan drama On The Way to the Airport , Shopping King Louise & The K2 pun dah tamat, so...sekarang boleh fokus dengan drama ni pulak! 



Jumlah Episod : 20 (tbc)
Genre : Romance, Comedy, Fantasy
Tayangan : Rabu & Khamis (10.00 malam)

Tak boleh  nak tulis sinopsis lagi, sebab masih samar² lagi jalan cerita drama ni. Yang pastinya si heroin adalah Mermaid. Hehe...nanti kita update lagi yer...

Layan teaser dulu yer (^^,)

*Update (17/11/2016)
Watch Online : The Legend of the Blue Sea
Tayangan (Malaysia) : 
Channel 393 (One HD) Khamis & Jumaat (8.15 - 9.30 malam)

Love ♥,
 SNM_Yana Afi Mohamed

Damailah Kamu Disana Wahai Kakak (T_T)

Monday, November 14, 2016 11 Comments
Damailah Kamu Disana Wahai Kakak (T_T) | Assalamualaikum w.b.t. Harini, pagi² dah rasa sebak. Sebelum tu Yana nak sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Kak Isdiana Binti Idris. Hari ni 14 November 2016, genaplah 2 tahun pemergian beliau. Masih rasa seperti mimpi tentang pemergian arwah. 3,4 hari selepas pemergian arwah dulu, setiap kali bangun tidur juga mesti teringatkan arwah, berharap ianya hanya mimpi. Tapi apakan daya....realiti tetap realiti.

Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya (Surah Ali-Imran [3]: 185). Hanya waktu dan lokasinya adalah sebuah misteri. Manusia tidak dapat mengetahui dan menetapkan jadual kematian, kerana ini adalah rencana dari Allah SWT.

14 November 2016

15 November 2014 @12.55am

Isdiana Binti Idris, insan yang akan terpahat di hati ni sampai bila-bila. Hari Jumaat 14 November 2014, kami semua dikejutkan dengan satu berita sedih yang memang buat hati kami sangat luluh. Luluh hati ni hanya Allah yang tahu, terduduk dan menggigil tangan ni bila dapat tahu berita pemergian kakak... Tapi gagahkan juga forwardkan berita tu kepada kawan² yang lain.

Isdiana Binti Idris, kau lah kakak, bestfriend, classmate, ofismate, groupmate... Perkenalan kita mungkin singkat, baru sahaja memasuki tahun ke-4, tapi hubungan kita erat melebihi segala-galanya...

Isdiana Binti Idris, setiap kali flashback memori² kita bersama...memang sebak di hati tak dapat dibendung. Sedar² air mata dah meleleh di pipi. Kami tahu kakak menderita, sakit...cuma kami tak sangka secepat ini kakak tinggalkan kami. Setiap kali teringatkan kakak, mesti menangis. Kakak...saya bukan tidak redha dengan pemergian kakak...saya cuma belum bersedia. Masih segar memori² bersama kakak...

Isdiana Binti Idris, tenanglah kamu di sana wahai kakak. Semoga kamu ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang soleh & beriman wahai kakak. Kakak pergi pada hari Jumaat, penghulu segala hari....Husnul Khatimah kak. Insyaallah.

Takziah buat Abg.Syabrie Ghazali (suami arwah) sekeluarga. Jaga Izz Sufie dan Incha Surie baik-baik. Mereka adalah peninggalan yang paling berharga daripada arwah. Abg.Syabrie perlu tabah dan kuat untuk Sufie & Surie. 

Friday, November 11, 2016

Sampai Hati Abam MZ Ni....(T__T)

Friday, November 11, 2016 0 Comments
Sampai Hati Abang MZ Ni....(T__T) | Kaedahnya...petang-petang yang sejuk ni, hujan x berhenti-henti sejak tengahari tadi. Badan pula x berapa sihat, perit tekak tak hilang lagi sejak semalam, tapi tengahari tadi sempat lagi p melantak ayam goreng McD (set Large) ngan bubur ayam McD + eskrem sundae choc. Haha...apa ntah sebenarnya nak diceritakan petang ni...


Saja buat ayat-ayat sedih petang ni. Tapi memang sedih pun... Awal November haritu, Yana ada publish entri pasal blog Yana ni dah bertukar nama, bertukar domain, bertukar template...hampir 80% bertukar. [Entri tu kat SINI]. Jadi, kaedahnya...pagi tadi baru teringat, fanpage di FB belum tukar nama lagi. Jadi gigih lah hantar request untuk tukar nama, tapi kejam sungguh Abam MZ (Mark Zuckerberg) sebab reject Yana punya permohonan. Sedih sungguh... Dah siap hantar 'Appeal Reason' lagi...tapi ini jawapan yang Yana dapat 👇:
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aduiiiinaaa....last skali dia terus jer 'Disable' kan button 'Edit' bahagian Page Name tu taw... Kejam kan FB ni...makin hari, makin strict. (T____T)

Oh ye, lupa plak ek...gambar yang paling atas tu dalam bulatan merah tu, korang jangan ingat tu bulu mop lantai plak yer! Sebab tu nama dia 'Beast', anjing pet si Abam MZ. Gambar tu kidnap kat IG dia. Jangan plak nanti Abam MZ plak datang translate entry ni, nanti dia taw Yana bahan kan gambar ni...hahahahaha. Nak tengok wajah sebenar Beast ni? Pergi IG Abam MZ (^___^)


Muzammil Hasballah - Surat Al Kahfi

Friday, November 11, 2016 1 Comments
Muzammil Hasballah - Surat Al Kahfi | Salam Jumaat yang Barakah. Keagungan dan keutamaan surah al-Kahf telah banyak dinyatakan dalam banyak riwayat dari Rasulullah S.a.w dan para Imam Maksum As. Antara keutamaannya adalah bahawa terdapat tujuh puluh ribu malaikat yang melepaskan pemergian surah al-kahfi ketika diwahyukan, atau barang siapa yang membacanya pada hari Jumaat maka Allah S.w.t mengampuninya hingga Jumaat berikutnya dan barang siapa yang membaca surah al-Kahf pada setiap malam Jumaat maka ia mati syahid ketika meninggal dunia dan kelak dibangkitkan dengan para syahid dan kepentingan yang lain-lainnya.

Ajaran-ajaran dan kandungan-kandungan surah ini dimulakan dengan puji dan pujian kepada Allah Swt dan berakhir dengan iman dan amal soleh. Ayat-ayat ini lebih banyak bercerita tentang mabda (hari permulaan), ma’âd (hari akhirat), berita gembira terhadap pelbagai kurniaan dan peringatan terhadap azab-azab pada hari kiamat.
.
Surat Al Kahfi
Riwayat Hafs 
Surat ke-18 Makkiyah
Juz 15
.

Dari Abu Darda’ r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Jika sesiapa belajar dengan 'mata hati' dalam 10 ayat pertama Surah Al-Kahf, dia akan terlindung dari fitnah Dajjal" (Hadis Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri r.a., Rasulullah SAW bersabda: 
"Sesiapa yang membaca surah al-Kahf pada hari Jumaat maka dia diberi cahaya yang menerangi antara dua Jumaat" (Hadis Riwayat Al Baihaqi, At-Tabrani, An-Nasai & Hakim)

Dari Abu Darda' r.a., Nabi SAW bersabda: 
"Barang siapa membaca 10 ayat terakhir dari surat Al-Kahf, maka ia terlindung dari fitnah Dajjal."  (Hadis Riwayat Ahmad)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: 
"Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi
Bismillahirrahmanirrahim 
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi

"Surah Al-Kahfi disunatkan untuk kita membacanya pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk sama-sama kita membacanya bermula malam ini." 

Love ♥,
SNM_Yana Afi Mohamed

Tuesday, November 8, 2016

Dato' Seri Dr. Hajah Vida @Social Media

Tuesday, November 08, 2016 5 Comments
Dato' Seri Dr. Hajah Vida @Social Media | Assalamualaikum wbt. Siapa tengok Gegar Vaganza (GV) hari Ahad haritu? Masih hangat rasanya pasal isu Kak Lina a.k.a Elly Mazelin tu kan...

Honestly speaking, Yana bukan fans Elly pun, tapi Yana x benci dia. Tapi Dato Ramli MS dan Ogy Ahmad Daud supposely fikirlah sensitiviti Elly, sebab dia masih lagi proses untuk membina hidup baru dia sebagai artis yang bergelar Ibu Tunggal tu kan. Tak baik taw buat macam tu... Kalau betul pun dia x sebagus artis lain performed malam tu, but please use your words wisely...supaya orang tak terluka. Bahasa Melayu ni bukan main indah lagi dengan puitis dan metafora dsbg nya kan, banyak lagi perkataan² yang boleh digunakan untuk menegur orang. But for me, her performance on that night, not bad...so, xpyh lah timbulkan isu minta simpati ke apa. 

Okayla...dah habis part tu. Yana sebenarnya nak share pasal Dato' Seri Dr. Hajah Vida ni, sebab malam tu kan dia ada annouce pasal akaun fanpage fb beliau, iaitu 'Sayang Sayang DSV'. Ramai lah orang nak p like akaun tu, sebab katanya ada beberapa buah handbag beliau nak bagi kepada followers dia. Tak kurang juga ada orang yang ambil kesempatan... Sebab bila search je di Facebook, memang berlambak kot Fake Account Sayang Sayang DSV tu. Mesti tertanya² yang mana satu Real Account Sayang Sayang DV tu kan. Followers beliau di IG pun dah cecah 1juta...ntah siapa lah followers yang ke 1,000,000 tu...bertuah nanti dapat Hadiah Misteri....

Ada juga peluang untuk sesiapa yang nak jadi Ejen @ Dropship Online untuk Pamoga Qu Puteh. Boleh cuba, tambah side income. Ni promosi percuma daripada saya untuk DSV...bukan berbayar. Ha3...

So, Yana nak share link akaun yang sebenar untuk Dato' Seri Dr. Hajah Vida bagi mengelakkan sebarang kekeliruan. Siapa² yang nak mencuba nasib dapatkan handbag mahal tu boleh la cuba yer...



Love ♥,

Sunday, November 6, 2016

GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS

Sunday, November 06, 2016 12 Comments
GIVEAWAY PENGHARGAAN SA-VIORS | Assalamualaikum wbt. Walaupun harini hari Ahad, tapi x sempat nak mengarang entri dan update blog. Sebab hari Ahad adalah hari untuk melunaskan kerja-kerja rumah yang xsempat nk buat pada weekdays. So, petang ni just nak join giveaway by Saviors.


Please click the above cute banner to join this giveaway.

Nama Blog : SNM Official Blog  |  Emel : yanfie.11@gmail.com

Love ♥,
SNM_Yana Afi Mohamed

Friday, November 4, 2016

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Friday, November 04, 2016 5 Comments
Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) | Assalamualaikum wbt. Yana tak pasti kalau sebut PPA1M ni orang kenal ke tak. Rasanya x semua yang tahu pasal ni memandangkan ianya hanya terbuka untuk Penjawat Awam sahaja. Dulu hanya di Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja. Tapi sekarang PPA1M ni dah ada pembinaan di seluruh negara...banyak betul.


Kalau dulu Yana pernah juga bercerita pasal PPA1M ni (boleh baca SINI). Masa tu masih lagi dalam proses pemilihan cabutan no. daripada pihak Perbadanan Putrajaya. Alhamdulillah...Yana terpilih untuk memiliki salah satu rumah ni di Putrajaya. Sekarang ni dalam proses permohonan pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Nanti Yana akan cerita lebih lanjut untuk proses memiliki rumah PPA1M ni, selepas selesai semua permohonan pinjaman ni yer. Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri, walaupun setakat apartment sahaja...sebab itu sahaja kot yang mampu untuk dimiliki dengan ekonomi sekarang ni. Rumah ni masih lagi dalam pembinaan. Insyaallah...kalau tak ada masalah, pertengahan tahun depan dah dapat kunci rumah.

Cuma harini Yana nak share dengan korang (penjawat awam) yang masih belum apply dan berhasrat nak memilik PPA1M di Putrajaya ni, sebab dorang dah buka untuk permohonan baru iaitu Fasa 3 taw. Dah boleh apply online...

Permohonan online PPA1M Putrajaya Fasa 3 dibuka bermula jam 12.00 tengahari, 01 November 2016 (Selasa) sehingga jam 12.00 tengah malam, 30 November 2016 (Rabu). Mohon online di sini : http://ppa1m.putrajaya.gov.my

Love,
SNM_Yana Afi Mohamed

Thursday, November 3, 2016

3-Days Header Giveaway by Mellya

Thursday, November 03, 2016 16 Comments
3-Days Header Giveaway by Mellya | Assalamualaikum wbt. Petang ni Yana nk join giveaway yang dianjurkan oleh Mellya sebab banner giveaway dia comel sangat². Sekali tengok terus berkenan sebab comel. Tambah plak Yana memang belum ada header baru lagi lepas dah tukar template haritu. Mana taw rezeki, dapat header free kan. Ce tengok ni....


So, jomlah join ramai² sebab giveaway ni hanya berlangsung selama 3 hari sahaja iaitu mulai 3/11/16 (3.43pm) dan tamat 6/11/16 (3.43pm). Korang boleh klik banner di atas kalau nak join okay.

Love,
SNM_Yana Afi Mohamed

Wednesday, November 2, 2016

PESERTA BERTUAH SEMPENA SEGMEN BLOGLIST NOV ~ DIS 2016

Wednesday, November 02, 2016 5 Comments
PESERTA BERTUAH SEMPENA SEGMEN BLOGLIST NOV ~ DIS 2016 | Sepertimana yang telah dijanjikan, 10x pemenang bagi hadiah misteri telah dipilih secara 'Random', macam lucky draw jer....more or less sempena Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom yang dah berlangsung pada 8~31 Oktober 2016 lepas.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
23 | 11 | 28 | 8 | 13 | 18 | 1 | 26 | 6 | 27
.
*Semak no.penyertaan di SINI*

 
.
.
.
.
.
Kepada pemenang bertuah, mohon hantarkan butiran Nama Penuh | Alamat | No. Tel  melalui: 
PM (FB) @ Emel : yanfie.11@gmail.com


Love,
SNM_Yana Afi Mohamed ♥


SAYU NYA.....!

Wednesday, November 02, 2016 2 Comments
SAYU NYA.....! | Yana nak share satu luahan isi hati rakyat marhaen seperti kita. Yana tak pasti siapa sebenarnya yang menulis petikan ni...Yana dapat daripada salah satu group whatsapp. Tapi bila hayati, memang rasa sayu sangat²...sebab kita juga adalah rakyat marhaen yang menanggungnya.


Kalian rampas subsidi kami, 
Entah ke mana dibawa lari
Kalian beritahu, 
Wang mesti dicatu, kita menuju maju...

Kalian kata: jika tidak, 
Semua menderita, habis harta negara...

Kalian berbahasa: bukan barang naik harga, 
Cuma subsidi turun sahaja...

Kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta...
Kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta...
Jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu...
Tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?
Apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah?

Papa semakin parah? 
Wang semakin lelah?

Jika semalam berlauk, 
Hari ini cuma berkuah...

Kerana kerajaan kita sedang susah?
Maka subsidi kita terpaksa diserah...

Jika semalam kau makan sepinggan, hari ini separuh
Kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh...

Apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah?
Makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang...

Jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
Kepada siapa patut kami tuding jari?
Janganlah nanti mereka membenci pertiwi...

Akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..

Atau kami jadi insan curang...

Kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?

Tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang...

Dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
Pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami...

Pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati...

Kami yang semput bagai melukut di kota kedekut...

Kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa,
Bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

Pernahkah kau merasa?
Rumah bocor yang lanjut usia...

Baju dan kasut anak yang koyak
Tinggal dalam rumah yang berasak-asak
Siang kami sebak, malam kami sesak...

Sedangkan kalian manusia angkasa...
Istana permata dibina, kereta berjuta dirasa...
Elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga...
Hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara...

Tapi kami masih di sini..di teratak ini...
Dengan lauk semalam..
Dengan hidangan yang tidak bertalam...
Dengan rumah yang suram...
Dengan wang yang hampir padam...

Tiada istana lawa...tiada kereta berharga...
Tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
Tiada kediaman menteri... Tiada hidangan VIP...
Tiada persen di sana-sini.. Tiada bahagian anak dan bini...

Tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara...
Aduhai celaka bahasa yang kalian guna...
Kalian yang belasah, kami yang bersalah...
Kalian buat untung, hutang kami tanggung...
Kalian mewah melimpah, kami susah parah
Kalian hilangkan wang, 
Poket kami yang terbang...
Kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa...
Kalian makan isi, 
Kami dijadikan abdi...

Lantas, kalian rampas lagi subsidi...
Ke mana wang itu pergi nanti?

Jika kalian berhati suci, 
Wajib mengganti buat kami...
Jika tidak pun buat gula konon merbahaya
Mengapa tidak beras diturun harga?

Jika tidak untuk minyak kereta...
Mengapa tambang tidak potong sahaja...
Tapi entah berapa kali janji...
Konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti...

Hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi...
Kami terus termanggu di sini... 
Kalian juga yang nikmati...
Kami hanya menggigit jari...

Kembalikanlah kepada kami harta negara...
Jangan hanya kalian sahaja yang merasa...

Love,
SNM_Yana Afi Mohamed


Tinggal Sejarah.....SAYONARA by Yana Pink Blossom

Wednesday, November 02, 2016 0 Comments
Tinggal Sejarah.....SAYONARA by Yana Pink Blossom | Assalamualaikum w.b.t. dan Selamat Pagi. Pagi ni, saja nak buat tajuk gempak² cikit, bikin kontroversi jer. 

Just untuk makluman rakan² blogger Yana yang kachak, cantik lagi manis...Yana Pink Blossom telah bertukar wajah (template), bertukar nama, bertukar domain. Yana Pink Blossom kini bertukar kepada SNM Official, yang mana SNM tu singkatan daripada nama sebenar Yana. Dan yang paling penting, domain http://yanapinkblossom.blogspot.my telah bertukar kepada http://www.snmofficial.com. Yana dah buat redirect url link http://yanapinkblossom.blogspot.my kepada http://www.snmofficial.com. Harap² tak ada masalah dan link yang lama masih berfungsi. 

Alhamdulillah...dah lama sebenarnya duk timbang tara nak tukar domain atau tak. Daripada tahun lepas lagi..tapi sebab tahun lepas blog ni pun macam 'hidup segan mati tak mahu', sebab tuan dia malas nak mengupdate, tu yang asyik tertangguh² jer. Tapi akhirnya Yana buat keputusan untuk membuat perubahan kepada blog Yana ni. Semoga nama 'snmofficial' ni akan kekal sampai bila² kat blog ni dan tuan dia istiqamah untuk terus berblogging...Insyaallah.

SAYONARA "YANA PINK BLOSSOM"

Screenshot yang terakhir
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Klik Untuk Besarkan Gambar
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
WELCOME The New "SNM OFFICIAL"
(Still Under Maintenance)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Klik Untuk Besarkan Gambar

Love,
SNM ♥ xoxo


Tuesday, November 1, 2016

Senarai Peserta : Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Tuesday, November 01, 2016 3 Comments
Senarai Peserta : Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom | Alhamdulillah Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom telah selamat dijalankan mulai 8 Oktober 2016 (12.00am) dan berakhir pada 31 Oktober 2016 (11.59pm) semalam.

  1. http://musicstyle29.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  2. http://www.kennymerligal.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  3. http://mulan-sahbanu.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  4. http://be-readers.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  5. http://mellyacrayola.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  6. http://gadisgenits.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  7. http://penggaliilmudunia.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  8. http://masturanasarudin.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html 
  9. http://www.sayidahnapisah.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  10. http://mamapapaamir.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  11. http://www.mialiana.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  12. http://eda83.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  13. http://betapunyadunia.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  14. http://dhia-manja.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  15. http://starlavenderluna.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  16. http://nfhuzairi.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  17. http://www.leaazleeya.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  18. https://hello-vitamin.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  19. https://farhanajafri.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  20. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  21. https://shafiqahstoryline.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  22. http://thezafirahnazri.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  23. http://misspurple17.blogspot.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  24. http://hanyadihatiku.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  25. http://www.kasihjuju.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  26. http://jackarcherpunyabelog.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  27. http://www.aimisyahirah.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  28. http://notamengajarbelajar.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  29. https://hyheejabs.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  30. http://www.kisahsidairy.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  31. http://jombercontest.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-yana-pink.html
  32. http://www.pokcikblogger.com/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  33. http://jnjikita.blogspot.my/2016/10/segmen-bloglist-nov-dis-2016-by-yana.html
  34. http://cuteparasite.blogspot.my/2016/10/segment-ga-time.html
Terima kasih Yana ucapkan kepada semua bloggers yang sudi memeriahkan segmen bloglist yang x seberapa ni, dan juga yang ikhlas 'menderma' kepada tabung Yana. (^^,) Sebelum Yana proses untuk pemilihan pemenang hadiah misteri untuk segmen ni, Yana bagi peluang dulu kepada sesiapa yang nak check kalau² ada yang tertinggal link ke yer... Mana² link yang xada dalam ni, mungkin sebab korang bagi link yang salah atau entri dah dipadam. Kalau ada apa², just let me know ya!

Seperti yang dijanjikan, semua peserta akan dimasukkan dalam Bloglist Yana Pink Blossom bagi bulan November dan Disember 2016. Top Referral dan 10x pemenang hadiah misteri (random) akan diumumkan dalam waktu terdekat yer.... (^^,) 

Love,
SNM ♥ xoxo