Damailah Kamu Disana Wahai Kakak (T_T)

Monday, November 14, 2016

Damailah Kamu Disana Wahai Kakak (T_T) | Assalamualaikum w.b.t. Harini, pagi² dah rasa sebak. Sebelum tu Yana nak sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Kak Isdiana Binti Idris. Hari ni 14 November 2016, genaplah 2 tahun pemergian beliau. Masih rasa seperti mimpi tentang pemergian arwah. 3,4 hari selepas pemergian arwah dulu, setiap kali bangun tidur juga mesti teringatkan arwah, berharap ianya hanya mimpi. Tapi apakan daya....realiti tetap realiti.

Setiap yang bernyawa pasti akan tiba ajalnya (Surah Ali-Imran [3]: 185). Hanya waktu dan lokasinya adalah sebuah misteri. Manusia tidak dapat mengetahui dan menetapkan jadual kematian, kerana ini adalah rencana dari Allah SWT.

14 November 2016

15 November 2014 @12.55am

Isdiana Binti Idris, insan yang akan terpahat di hati ni sampai bila-bila. Hari Jumaat 14 November 2014, kami semua dikejutkan dengan satu berita sedih yang memang buat hati kami sangat luluh. Luluh hati ni hanya Allah yang tahu, terduduk dan menggigil tangan ni bila dapat tahu berita pemergian kakak... Tapi gagahkan juga forwardkan berita tu kepada kawan² yang lain.

Isdiana Binti Idris, kau lah kakak, bestfriend, classmate, ofismate, groupmate... Perkenalan kita mungkin singkat, baru sahaja memasuki tahun ke-4, tapi hubungan kita erat melebihi segala-galanya...

Isdiana Binti Idris, setiap kali flashback memori² kita bersama...memang sebak di hati tak dapat dibendung. Sedar² air mata dah meleleh di pipi. Kami tahu kakak menderita, sakit...cuma kami tak sangka secepat ini kakak tinggalkan kami. Setiap kali teringatkan kakak, mesti menangis. Kakak...saya bukan tidak redha dengan pemergian kakak...saya cuma belum bersedia. Masih segar memori² bersama kakak...

Isdiana Binti Idris, tenanglah kamu di sana wahai kakak. Semoga kamu ditempatkan di kalangan hamba-hamba yang soleh & beriman wahai kakak. Kakak pergi pada hari Jumaat, penghulu segala hari....Husnul Khatimah kak. Insyaallah.

Takziah buat Abg.Syabrie Ghazali (suami arwah) sekeluarga. Jaga Izz Sufie dan Incha Surie baik-baik. Mereka adalah peninggalan yang paling berharga daripada arwah. Abg.Syabrie perlu tabah dan kuat untuk Sufie & Surie. 

You Might Also Like

11 person(s) poked me!

  1. semoga roh Isdiana Binti Idris ditempatkan dikalangan hambanya yang solehah dan dicucuri rahmat..
    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  2. AlFatihah buat arwah. Semoga ditempatkan dikalangan orang yg beriman.

    Singgah jenguk tanya khabar. Semoga sihat selalu. ❤
    theathra.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...InsyaAllah. Terima kasih singgah~

      Delete
  3. Al-fatihah tu gambar arawah ke?? Moga ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye btol...dengan suami dia. Amin...InsyaAllah.

      Delete

Google+ Followers

Subscribe