Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

Friday, November 04, 2016

Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) | Assalamualaikum wbt. Yana tak pasti kalau sebut PPA1M ni orang kenal ke tak. Rasanya x semua yang tahu pasal ni memandangkan ianya hanya terbuka untuk Penjawat Awam sahaja. Dulu hanya di Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja. Tapi sekarang PPA1M ni dah ada pembinaan di seluruh negara...banyak betul.


Kalau dulu Yana pernah juga bercerita pasal PPA1M ni (boleh baca SINI). Masa tu masih lagi dalam proses pemilihan cabutan no. daripada pihak Perbadanan Putrajaya. Alhamdulillah...Yana terpilih untuk memiliki salah satu rumah ni di Putrajaya. Sekarang ni dalam proses permohonan pinjaman perumahan daripada Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA). Nanti Yana akan cerita lebih lanjut untuk proses memiliki rumah PPA1M ni, selepas selesai semua permohonan pinjaman ni yer. Tak sabar rasanya nak duduk rumah sendiri, walaupun setakat apartment sahaja...sebab itu sahaja kot yang mampu untuk dimiliki dengan ekonomi sekarang ni. Rumah ni masih lagi dalam pembinaan. Insyaallah...kalau tak ada masalah, pertengahan tahun depan dah dapat kunci rumah.

Cuma harini Yana nak share dengan korang (penjawat awam) yang masih belum apply dan berhasrat nak memilik PPA1M di Putrajaya ni, sebab dorang dah buka untuk permohonan baru iaitu Fasa 3 taw. Dah boleh apply online...

Permohonan online PPA1M Putrajaya Fasa 3 dibuka bermula jam 12.00 tengahari, 01 November 2016 (Selasa) sehingga jam 12.00 tengah malam, 30 November 2016 (Rabu). Mohon online di sini : http://ppa1m.putrajaya.gov.my

Love,
SNM_Yana Afi Mohamed

You Might Also Like

5 person(s) poked me!

  1. pjawat awam jak..hihihi.. kite keja swasta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org swasta dapat skim bantuan rumah pertama kan? Kami nda dapat untuk PPA1M ni. Hehe...

      Delete
  2. Replies
    1. Org swasta ada kelebihan yg lain juga, bantuan Skim Rumah Pertama tu...kami xdpt yg tu. Dan lagi 1 ni...rumah PPA1M ni bukan murah pun, harga xbeza sgt daripada harga pasaran taw. Ramai juga yg tolak bila dapat rumah ni, sebab katanya mahal.

      Delete
  3. Hi there.. we are interested in your blog writing. Can we have your email please? Thanks! :)

    ReplyDelete

Google+ Followers

Subscribe