Kenapa Shopping di Hermo.my?

Thursday, May 04, 2017

Kenapa Shopping di Hermo.my? | Rasanya dah ramai yang biasa online shopping di Hermo.my kan. Especially siapa yang sukakan produk-produk skincare, make-up Korea. Selain Hermo.my, Yana biasa juga shopping di Althea. Yang ni pun famous kan. Kadang² Yana guna dua website ni untuk compare harga yang nak dibeli. Yang mana satu offer harga yang lagi murah, kat situ lah Yana beli. Sekarang ni Hermo.my dah upgrade juga, sebab dah start jual branded fragrance/perfume. Tapi masih baru lagi jualan perfume ni, so...harganya x murah dan x mahal sangat compared to harga pasaran.

Gambar di bawah ni adalah parcel yang latest Yana purchased. Sebenarnya parcel yang ni adalah pembelian Yana yang ke-15 @Hermo.my. Hehe...sekali beli, banyak barang ni ha. Tapi dalam gambar ni, 4 barang jer Yana beli...yang lain yang comel² kecik² tu semua free gift taw!!! Sekarang  korang taw kan kenapa dah beriban Yana habis melabur kat Hermo.my ni. Hehe... 


Yana nak bercerita sikit pasal Hermo.my ni sebab Yana memang suka betul shopping barang² skincare & make up kat sini. Kenapa selalu shopping kat Hermo.my ni? Sebab-sebabnya adalah :-
  1. Harga yang murah ~ Hermo.my ni selalu buat promosi, sebenarnya setiap hari ada macam² jenis promosi. Kalau dah promosi, harganya pun mestilah murah kan?! 
  2. Banyak pilihan produk / jenama dari Korea, Jepun & Taiwan ~ Yana x sure berapa banyak sebenarnya brand yang dijual di Hermo.my ni. Yang pasti, memang banyak. Kebanyakan produk Korea/Taiwan/Jepun yang ada dijual di Watsons, boleh didapati di Hermo.my dengan harga yang jauh lebih murah. Seriously, dulu Yana memang suka shopping di Watsons. Tapi, once dah taw pasal Hermo.my ni, memang dah jarang beli di Watsons, kecuali barang² yang diperlukan segera atau tiada di Hermo.my lah yer. Alamak...sorry yer Watsons! Haha...   
  3. Flash Shipping @ Fast Delivery ~ Untuk di Semenanjung Malaysia, shipping antara 1-3 hari bekerja. Kadang² harini (pagi) order, esok dah sampai taw... Hermo juga ada buat shipping ke Indonesia & Singapura. Jadi, siapa yang tinggal di 2 negara ni boleh shopping di Hermo.ID (Indonesia) dan Hermo.SG (Singapura) yer.
  4. Packaging ~ Salah satu lagi kelebihan Hermo.my adalah cara packaging. Siap dengan kotak Hermo dan setiap produk dibalut dengan bubble wrap. Jadi, parcel yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan bagus dan terjamin. Sebab dah banyak kali purchase, dah bermacam² saiz kotak Hermo yang Yana dah dapat. Haha... 
  5. Free Delivery ~ Korang beli min. 2 barang atau lebih dalam 1 resit (no minimum price), dan automatically korang akan dapat Free Delivery di seluruh Semenanjung Malaysia. So, berat berpuluh kilo macamana pun parcel korang, still dapat Free Delivery yer. Untuk korang yang tinggal di Sabah & Sarawak, kena buat pembelian RM150 ke atas baru dapat Free Delivery taw. Tapi kalau just beli 1 barang, caj postage/shipping mengikut harga pos semasa yer.
  6. Free Gift @ Gift with Purchase (GWP) ~ 1 lagi keistimewaan Hermo.my yg membuatkan Yana seronok shopping kat sini sebab setiap kali parcel smpai, biasanya wajib ada free gift yang comel². Contoh, sampel produk² skincare yang terbaru. Salah satu cara marketing yang bagus. Daebak!!!
  7. Mobile Apps ~ Sekarang ni, Hermo pun dah banyak upgrade perkhidmatan dorang. Sekarang shopping dengan lebih mudah, sebab dah ada mobile apps taw. Download je kat henpon canggih korang tu yer... (^^,)
  8. Hermo Credits ~ Ini yang membuatkan Yana wajib buka setiap hari webite Hermo.my ni selain daripada sebab nak tengok promosi²nya. Ada 6 cara macamana korang boleh dapatkan 


So, apa lagi, cepat²lah daftar membership dan grab free vouchers! Hermo.my taw...boleh dapat banyak kelebihan. Sebenarnya nak online shopping ni, kena ikut juga keselesaan masing². Yana memang selesa berbelanja di Hermo.my. So, far memang sangat puas hati dan tidak pernah mengecewakan. Sekali shopping, pasti nak shopping lagi...haha.

Sign up for membership : Membership @Hermo.my


EMAIL: admin@hermo.com.my
We will reply to your inquiry within 48 working hours.

PHONE: 07-5953567
Mon - fri (except public holiday) 9.00AM - 6.00PM 
(UTC +08:00) Malaysia Time

ADDRESS
Setia Business Park 2, 
28, Jalan Perniagaan Setia 1/5, 
Taman Perniagaan Setia, 
81100, Johor bahru, Johor.

Love,
SNM ♥ xoxo

You Might Also Like

4 person(s) poked me!

  1. Boleh suggest pada kawan-kawan yang suka beli alat make up dan skincare..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²...especially yg mmg suka on9 shopping ni. Mmg rambang mata jadinya...hahaha~

      Delete
  2. dah lama nak shopping kat hermo. harap harap ada rezeki lebih bulan ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh...come join the club! Haha...insyaallah, byk je brg2 yg murah kat c2, byk pilihan...klu x shopping pun, cuci² mata pun jadi lerr... (^^,)

      Delete

Google+ Followers

Subscribe