Rindunya....

Wednesday, May 03, 2017

Rindunya..... | Bila berbulan² sepi tanpa sebarang update di badan entri blog ni...rindu nak bercerita. Menulis blog umpama menulis diari untuk diri sendiri. Diari...banyak benda nak diceritakan, tapi bila bertangguh², ini lah akibatnya.


Kat ofis, boleh dikatakan totally blog memang dah kena blocked, termasuklah blog Yana sendiri. Kalau dulu, sempat selit² untuk update blog waktu keje atau especially lunch hour. Tapi sekarang mana boleh dah. Itu adalah salah satu faktor utama blog x terupdate. Nak blogwalk pun dah xboleh. Stress makkkk....!!! Hahaha... Kalau dah balik rumah, memang malas nak on pc, balik rumah mandi, masak, makan dan tidur. Rutin harian...hahaha.

Sape² yg ada komen, tanya soalan tu...maafkan Yana yer kalau lambat reply. Hehe...kalau mesej/pm di akaun FB mungkin Yana sempat reply...tapi kadang² pun lambat juga sebab dah kurang aktif berFB sekarang ni. Apa pun, keep blogging genks...blogging world ni sebenarnya best sangat taw... Salute kat semua bloggers yang masih lagi aktif berblog. In fact, bloggers sekarang pun dah makin ramai yang famous, jadi model, jadi Social Media Influencer, jadi duta produk, buat review produk, macam² lagi lah. Daebak!!! 

You Might Also Like

0 person(s) poked me!

Google+ Followers

Subscribe