Follow Me @snm.yana

Tuesday, November 19, 2019

Starbucks LIMITED EDITION Signing Card

Tuesday, November 19, 2019 4 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)


Starbucks LIMITED EDITION Signing Card | 19.11.19 Nice date haaa!!! Phewwww......pagi² dah buat kita x senang duduk ni. Buka IG keluar post ni dulu...adui mana x menggelupur nakkan kad ni. Siapa yang boleh tolong belikan? Huaaaa....masalahnya dijual hanya di 2 singning store jer which is di SB Bangsar Village 2, KL & SB Burma Road, Penang (Launching today) dan hanya untuk 1000 pelanggan pertama sahaja!!! For sure laku keras macam pisang goreng panas.

Actually saja nak 'matchie²' dengan salah 1 tumbler yg memang Yana selalu guna ni...



Sama x??? Please... (T___T)

signature-fonts

Monday, November 18, 2019

I'm Officially Turned 32

Monday, November 18, 2019 4 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)


I'm Officially Turned 32 | As I turned 32 yesterday, I’m still learning to love myself. Never perfect. Always changing. Always making new mistakes that beg new forgiveness. Always choosing growth.

17.11.2019 ~ I’m officially +1 year older indicate +1 a little mature. Throughout dis year, there have been many ups and downs. This year was a difficult one, with many struggles and hardships. I got through it, though! 
My praises to الله SWT. He gave me peace in times of troubles, soothes my pain, paint a smile on my face during my sad days n also gave me sunshine in my cloudy days. 
I’m grateful for the blessings of the past, and I look forward to more blessings in the coming year. Dear self, u have really done so good and so well and u really deserve all the good things that come your way. 
Last but not least, thanks 4 all the wonderful, lovely n warm birthday messages, prayers n hope u guys continue to have a blessed life.


signature-fonts


Friday, November 15, 2019

Comeback Giveaway by Farah Farhana

Friday, November 15, 2019 2 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)


Comeback Giveaway by Farah Farhana | Harini nak join GA daripada Farah Farhana. Btw, congratulations sempena cecah 200 followers. Semoga terus istiqamah berblogging ye dik. Kalau korang pun nak join...klik je banner GA kat atas tu okay (^^,) Mana tahu bertuah dapat hadiah, tapi yang lagi penting dapat merapatkan ukhwah sesama bloggers tu okay.

Yana akan letakkan link adik Hana ni di bloglist Yana juga, sebagai ucapan tahniah mencapai 200 followers. Blog adik sangat cantik taw....so, teruskan berblogging okay.

Tag : CIKTIEMAMAPP | HAYATI SUKI  
(Nak tag random jer....maaf yer...haha)

signature-fonts

Thursday, November 14, 2019

Muliakan Kucing, Asbab Rezeki Melimpah - Ustaz Azhar Idrus (UAI)

Thursday, November 14, 2019 4 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)

Muliakan Kucing, Asbab Rezeki Melimpah - Ustaz Azhar Idrus (UAI) | Siapa pencinta kucing? Yeayyy...kita geng! Yana nak share 1 video ceramah daripada UAI. Masa tengok video ni rasa nak menangis, tapi macam biasa lah UAI ni setiap kali ceramah dia x pernah xada lawak jenaka.

Semoga kepada sesiapa sahaja yang menyayangi dan tidak sesekali menzalimi binatang (bukan sahaja kucing) di dunia ni, rezeki kita akan sentiasa melimpah ruah, dan dikurniakan doa daripada malaikat (yang tiada hijabnya) dan seterusnya mendapat keredhaan dan sentiasa di bawah lindungan kasih sayang Allah SWT. Amin...InsyaAllah.

Jom tengok...


Ramai yang suka memelihara dan menyayangi kucing. Tahukah antum bahawa Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing kesayangan yang Baginda namakan ‘Mueeza’. 
Muezza Kesayangan Rasulullah
Setiap kali Rasulullah ﷺ menerima tetamu di rumah, Baginda selalu mengendong Mueeza dan diletakkan di atas paha Baginda. Salah satu sifat Mueeza yang paling Rasulullah ﷺ suka ialah Mueeza selalu mengiaw sewaktu mendengar azan, seolah-olah bunyi suaranya seperti mengikuti alunan suara azan tersebut.
Pernah berlaku suatu kejadian ketika Rasulullah ﷺ hendak mengambil jubahnya, ternyata Muezza sedang tidur dengan santai di atas jubah Baginda. Oleh kerana tidak ingin mengganggu kucing kesayangannya itu, Rasulullah ﷺ pun memotong bahagian lengan jubah Baginda yang dibaringi oleh Mueeza dari supaya tidak membangunkan Muezza.
Ketika Baginda pulang ke rumah, Muezza terbangun dan menundukkan kepala kepada tuannya. Rasulullah ﷺ menunjukkan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu.
Kucing Tidak Najis
Nabi menekankan bahawa kucing itu tidak najis. Bahkan dibenarkan untuk berwudhuk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.
Abu Qatadah Radliyallaahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah ﷺ pernah bersabda, “Kucing itu tidak najis. Ia adalah termasuk haiwan yang suka berkeliaran di rumah (haiwan pemeliharaan).” [HR At-Tirmidzi, An-Nasa’I, Abu Daud, Ibnu Majah dan Ibnu Khuzaimah].
Diriwayatkan dan Ali bin Al-Hasan, dan Anas yang menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu, Baginda berkata, “Ya Anas! Tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas.” Lalu, Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Rasulullah ﷺ menuju ke arah bekas tersebut.
Namun, seekor kucing datang dan menjilat bekas tersebut. Melihat itu, Rasulullah ﷺ berhenti sehingga kucing tersebut berhenti minum lalu berwudhuk.
Rasulullah ﷺ ditanya mengenai kejadian tersebut, Baginda menjawab, “Ya Anas! Kucing termasuk perhiasan rumah rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa budak suruhannya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun, ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang mendirikan solat. Lalu, ia memberikan isyarat untuk meletakkannya.
Sayangnya, setelah Aisyah menyelesaikan melakukan solat, ia terlupa pada buburnya. Datanglah seekor kucing, lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika ia melihat bubur tersebut dimakan kucing, ‘Aisyah ra. Lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya.
Rasulullah ﷺ bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliaran di rumah.” Aisyah juga pernah melihat Rasulullah ﷺ berwudhuk dari sisa jilatan kucing, [Hadis Riwayat alBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni].
Hadis ini diriwayatkan dari Malik, Ahmad dan imam hadis yang lain. Oleh kerana itu, kucing adalah binatang yang badan, peluh, bekas makanannya adalah suci.
Demikianlah kisah tentang kucing Nabi Muhammad ﷺ Mueeza. Semoga dengan menghayati kisah di atas, kita akan ketahui betapa kasih dan sayangnya Rasulullah ﷺ terhadap haiwan.
Rasulullah ﷺ ada berpesan supaya menyayangi kucing kesayangan sebagaimana kita menyayangi keluarga sendiri. Aisyah binti Abu Bakar As-Shiddiq, isteri Rasulullah ﷺ juga amat menyayangi kucing dan berasa amat kehilangan jika ditinggal pergi oleh kucingnya. Beberapa orang terdekat Nabi turut memelihara kucing. Abdul Rahman bin Sakhr Al Azdi. diberi gelaran Abu Hurairah (bapa para kucing jantan), kerana kegemarannya menjaga dan memelihara berbagai jenis kucing jantan dirumahnya.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan lucu ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al-Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah seksa neraka.
Abdullah bin Umar ra. juga meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ. bersabda: “Seorang wanita diseksa kerana mengurung seekor kucing sampai mati. Kemudian wanita itu masuk neraka kerananya, iaitu kerana ketika mengurungnya dia tidak memberinya makan dan tidak pula memberinya minum sebagaimana dia tidak juga melepasnya mencari makan dari serangga-serangga tanah.” (Hadis Riwayat Muslim r.a.)

والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


signature-fonts

Friday, November 8, 2019

Surah Al Kahf, Yasin, Ar Rahman, Al Waqiah & Al Mulk Muzammil Hasballah

Friday, November 08, 2019 1 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)

Surah Al Kahf, Yasin, Ar Rahman, Al Waqiah & Al Mulk Muzammil Hasballah | Salam Jumaat yang barakah. 


signature-fonts

Wednesday, November 6, 2019

Luahan Hati - Ujian Itu Tanda Allah Sayang

Wednesday, November 06, 2019 3 Comments
اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)

Luahan Hati - Ujian Itu Tanda Allah Sayang | Baca tajuk tu memang dah tahu yang aku tengah nak mengadu kan! So please bear with me for a while. I don't want to be judged, I just need moral support from those who don't know me personally. Because my family, my closest friend...they may be judging me personally. I don't need that for right now that will lead me to the negative vibes for sure.

WARNING!!! CAUTION!!! 
Entri ni mungkin akan meleret!!!


Tahun 2018 berlalu...tapi bila di'recap' semula, xada pencapaian yang aku boleh banggakan untuk tahun lalu. Seperti tahun tu berlalu macam tu jer. Life aku hanya bangun, pergi kerja, balik rumah, weekend habiskan masa dengan buat kerja rumah....that's it! The things is, mungkin aku sentiasa berada dalam 'comfort zone' aku, aku rasa hidup aku dah complete and stable. Tambahan  pula, target aku sehingga 30 tahun untuk ada rumah sendiri pun dah tercapai. Semua yang aku target, dah tercapai kecuali rezeki zuriat yang masih belum ada. Yang ini memang aku redha dan pasrah, sebab hanya الله SWT yang ada jawapan dia.


Tahun 2019, pertengahan...sehinggalah ada satu peristiwa yang akhirnya membuat aku rasa hidup aku terumbang ambing, hancur berkecai. Peristiwa tu aku simpan je untuk diri aku, terlalu personal untuk diceritakan, yang mana boleh membuka aib beberapa pihak. Jadi aku buat keputusan, biar aku tanggung sendiri. 

My heart is really broken. Dalam sekelip mata الله SWT tarik nikmat kebahagiaan hidup ni. Tiada tempat mengadu, tiada tempat berpaut. Semua simpan sendirian...tak gagah untuk bercerita kepada orang lain atau mana² pihak ketiga termasuk parents, sisters & bestfriend sendiri. Aku ambil masa berbulan² untuk gagahkan, kuatkan diri, untuk bangkit semula. الله اكبر, masa tu hanya pada Allah satu²nya tempat aku mengadu. Setiap hari menangis, hujung minggu siang malam menangis, setiap hari datang kerja dengan mata bengkak...terpaksa mereka pelbagai alasan (tipu sunat) bila ada orang perasan @ bertanya kenapa. Maafkan aku kepada sesiapa yang aku terpaksa tipu tu...percayalah aku terpaksa. Sampai kadang², sambil buat kerja depan pc, air mata boleh meleleh tanpa aku perlu berfikir pasal benda² sedih tu. Aku tahu, walau aku mengelak untuk berfikir benda² yg melukakan hati aku, tapi hati tetap merasai kesakitan tu. That's the reason why, we cannot trust our mind when we have a broken heart!!! What we want most is for the pain to ease, to stop hurting so badly — but that is not what our mind wants.  

Aku sanggup telan sendirian, walaupun ia lebih teruk daripada rasa pahit. Sebab aku percaya, الله SWT sentiasa ada, الله SWT sentiasa tahu walaupun tidak sepatah ayat keluar dari mulut kau. Aku tahu الله SWT Maha Mengetahui, Maha Adil. Walaupun kadang² aku tak kuat, aku sentiasa doakan supaya الله SWT ambil nyawa aku. Aku bukan hamba yang kuat imannya, kejahilan masih banyak. Masa tu aku pertikaikan, kenapa الله SWT beri aku ujian sebegini berat? Aku tak xpernah kacau  hidup orang, kenapa orang kacau hidup aku, rampas kebahagiaan dan ketenangan hidup aku? Ini semua ayat orang jahil kan? 

Tapi mungkin sebab الله SWT sayang akan hambaNya...dia sentiasa memberi peluang kedua. Iman yang sedikit cuma tu yang membuat aku perlahan-lahan cuba berfikiran ke arah yang lebih positif. Dari masa ke semasa aku cuba audit diri sendiri, tak menyalahkan orang lain  sepenuhnya. Aku cuba mencari kelemahan diri sendiri. Mungkin aku belum cukup bersyukur dengan segala pemberian الله SWT. Mungkin الله SWT nak aku lagi dekat dia...

Since then, aku banyak membaca Al-Quran, selalu berdoa (kalau dulu doa selepas solat jer), banyak membaca kata-kata hikmah, dengar ceramah agama, tengok ceramah motivasi... الحمد لله I'm getting better now...not totally...but still on the healing process. 

2019 pula bakal menghampiri penghujungnya. Apa pula yang bakal dilalui. Apa pun, sebagai umat Islam, perkara pertama....sentiasa ingat الله SWT, sentiasa berprasangka baik kepada الله SWT. Kerana Ujian itu tanda الله SWT sayang. Setuju tak? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Terima kasih di atas kesudian membaca bebelanku petang ni.


The most important thing you can do when your heart is broken is feel it all. Feel all the feelings, and feel them deeply. Don’t hide from them. Don’t tell yourself you’ve cried too much. Don’t busy yourself. Don’t let your mind convince you to avoid it. Just sit with your pain, and let yourself feel it all. The only way to the other side of pain, the place where I’m living now, is to walk through it. You can’t skip around it, dig a hole under it, or build a bridge to go over it. You have to bare witness and be present to everything that is arising. And that is all you have to do.

You don’t have to analyze it, manipulate it, or deny it. You simply have to accept it for what it is. And I know that "simply" or "just" are flippant words for this work.






signature-fonts

Tuesday, November 5, 2019

Indoor Plant Deco

Tuesday, November 05, 2019 6 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Semalam dan harini...'extremely hectic day'...banyak betul benda urgent nak kena kejar, nak kena follow up. Bila kena hadap situasi macamni, kadang² rasa bila la nak pencen! Hahaha....tapi Yana dan stress, berpisah tiada okay! Petang² macamni baru boleh buat kerja santai²...siap boleh makan roti, hirup kopi panas sambil update blog! Hahahaha.... That's how I release my stress! 


Okaylah...back to the topic "Indoor Plant Deco". Siapa di kalangan korang plant lover macam Yana? Sila angkat tangan masing²... Teringin nak ada ruangan macam gambar kat atas ni. Heaven... Hehehe... So, tadi scroll pinterest untuk cari idea untuk deko indoor plant, especially untuk siapa yang stay di rumah apartment macam Yana. Memang indoor plant jelah boleh kan. 

Cekedoutttt...









So, apa kata korang? Rambang mata kan...simple jer tapi cantik gilerrr...sejuk je mata memandang! Kat rumah memang banyak pokok, cuma xde orang nak bantu tolong pasangkan para rak² ni semua...huwaaa... Boleh plan untuk buat projek hujung minggu ni. Kalau korang ada idea lain, please do share kat Yana juga yer....tinggalkan link kat komen di bawah.

Nanti next time kita sharing pasal jenis-jenis indoor plant plak yer... 

Nota: Semua gambar-gambar ni telah diambil daripada Pinterest. 

signature-fonts

Friday, November 1, 2019

SNM Bloglist Batch 1

Friday, November 01, 2019 16 Comments
Assalamualaikum w.b.t.



بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Seperti yang dijanjikan, Yana mulakan segmen “SNM Bloglist Batch 1” yang berlangsung mulai 1 hingga 17 November 2019 bersempena hari lahir Yana pada 17 November. Hopefully ada yang sudi join bloglist ni yer... 

Syarat penyertaan tersangat mudah, sepertimana berikut:
  • Follow blog SNM Official ni jika anda bukan follower sedia ada. (Compulsary);
  • Give me some ‘brownie points’ as the birthday gift dengan cara like mana² gambar di IG @freshbrewedbeauty.official (Compulsary) dan follow kalau sudi (Optional);
  • Copy banner dan backlink ke post entry ni dan tinggalkan komen beserta link post entry korang di kotak komen bagi memudahkan Yana blogwalk and trace jejak korang yer; dan
  • Siap (^^,)

Penghargaan kepada semua penyertaan:
  1. Semua penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist ni bermula 1 November - 31 Disember 2019; dan 
  2. Pada 31 Disember 2019, seorang blogger yang bertuah (pilihan random) bakal dapat something yer (^^,)

SNM Bloglist Batch 1 : 1 hingga 17 November 2019.

Tq in advance for joining this simple segment ~xoxo


signature-fonts

Thursday, October 31, 2019

[Teaser] Bloglist SNM Batch 1

Thursday, October 31, 2019 4 Comments
Assalamualaikum w.b.t.


Hye semua. Tengahari tadi Yana terima mesej ni daripada IKEA, then terus teringat...owh November is coming. Which mean, counting my day to turning 32 years young. Omaigaddd!!! Dah makin tua ni...hahaha. But, every birthday is a blessing. Truth is, I feel younger than what I imagined 32 to be (people said that too...not kidding...hahaha).

So, Yana decide bersempena bulan November ni, Yana nak buat "Bloglist SNM Batch 1". Sebelum ni tak pernah buat segmen bloglist ni. Alang-alang dalam usaha nak aktifkan semula blog yang sendu ni, why not do something yang boleh 'menyuburkan' kembali blog ni, and at the same time boleh bantu orang lain juga kan!

So, harap² nanti ada orang yang sudi join okay. Segmen ni akan bermula 1 hingga 17 November 2019. Bloglist ni akan kekal di sidebar blog ini mulai dari 1 November @ tarikh yols join sehigga 31 Disember 2019 okay! Dan pada 31 Disember 2019, seorang blogger yang bertuah (pilihan random) bakal dapat something yang buat masa ini masih dirahsiakan (^^,)


signature-fonts

[Food Hunting] Wood-fired Oven Pizza (WOP) di Seksyen 13, Shah Alam

Thursday, October 31, 2019 6 Comments
Assalamualaikum w.b.t.

Wood-fired Oven Pizza (WOP): A Halal Neapolitan Pizza ~ Korang pernah dengar WOP ni? Hari Sabtu minggu lepas, Yana sempat singgah di WOP. Sebenarnya ni bukan 1st time pergi WOP ni... 1st time pergi dlu, pizza dia boleh habis! Can u imagine...kedai pizza tapi boleh kehabisan pizza?! Haha...so, masa tu makan pasta jer. Not bad...sedap juga pasta dia. Tapi masa tu lupa snap gambar pasta. 

So this time, sebelum pergi...call dulu kedai ni untuk make sure ada pizza. Alhamdulillah, rezeki dapat merasa pizza original ni.

(1) Margherita Pizza, with fresh local buffalo milk mozzarella, RM26
(2) Spicy Shrimp Garlic Pizza, RM29

Sumber: Google

Sumber: Google

Makan pizza di WOP ni macam korang sedang makan pizza di kedai Itali jer... Kelebihan dia, of course lah sebab pizza dibakar menggunakan wood-fired oven! Hahaha...plus original recipe of Neapolitan pizza!!! Sos tomato cukup masam, so juicy! Next time boleh pergi lagi untuk try pizza² yang lain. Korang yang memang suka makan pizza tu, Yana recommend untuk pergi cuba pizza ni. Confirmed sedap! Xkan menyesal punya.

Kalau nak komen, ada 1 benda....plate untuk makan ni dorang guna piring alas cawan. Memang kecil sangat...muat² 1 slice of pizza. Dah letak pizza, cutlery pun xleh letak da. Lepas tu bila tambah chilli flakes, semua berterabur berterbangan atas meja....meja jadi so messy. So, part tu mungkin boleh ditambah baik. Selain itu, mungkin staf dia boleh lagi more friendly kepada customer, sebab cafe tu x besar sangat, so...dalam satu² masa tu customer x ramai, so why not u show some positive vibes and cherish the customer. Itu jelah nak komen. Overall, it's good!!!

Star Rating :  4.5★

Wood-fired Oven Pizza
1-08-1, Presint Alami, Persiaran Akuatik, Pusat Perniagaan Worldwide 2, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Telephone : +60355230052 | +6019-2279324 (whatsapp)
Operating Hours: 
Monday - Friday : 6PM - 10PM
Saturday & Sunday : 12PM - 3PM & 6PM - 11 PM
Open on public holiday


signature-fonts

Wednesday, October 30, 2019

Segmen Jom Tukar Link Bloglist - ZianaEunos.com

Wednesday, October 30, 2019 8 Comments

Assalamualaikum wbt

Terlebih dulu nak ucap terima kasih kat Gee sebab anjurkan segmen ni. 
Sebab Yana pun dah lama x blogwalk ke blog² lain. Tapi minta maaf yer, sebab blog SNM ni masih under construction, jadi masih belum ada bloglist. But I'll update soon (^^,)


Klik banner untuk join okay (^^,)

Love, SNM