Follow Me @snm.yana

Wednesday, November 6, 2019

Luahan Hati - Ujian Itu Tanda Allah Sayang

اَلسَّلاَ مُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ
Assalamu’alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh 
(Peace be upon you and so may the mercy of Allah and His blessings)

Luahan Hati - Ujian Itu Tanda Allah Sayang | Baca tajuk tu memang dah tahu yang aku tengah nak mengadu kan! So please bear with me for a while. I don't want to be judged, I just need moral support from those who don't know me personally. Because my family, my closest friend...they may be judging me personally. I don't need that for right now that will lead me to the negative vibes for sure.

WARNING!!! CAUTION!!! 
Entri ni mungkin akan meleret!!!


Tahun 2018 berlalu...tapi bila di'recap' semula, xada pencapaian yang aku boleh banggakan untuk tahun lalu. Seperti tahun tu berlalu macam tu jer. Life aku hanya bangun, pergi kerja, balik rumah, weekend habiskan masa dengan buat kerja rumah....that's it! The things is, mungkin aku sentiasa berada dalam 'comfort zone' aku, aku rasa hidup aku dah complete and stable. Tambahan  pula, target aku sehingga 30 tahun untuk ada rumah sendiri pun dah tercapai. Semua yang aku target, dah tercapai kecuali rezeki zuriat yang masih belum ada. Yang ini memang aku redha dan pasrah, sebab hanya الله SWT yang ada jawapan dia.


Tahun 2019, pertengahan...sehinggalah ada satu peristiwa yang akhirnya membuat aku rasa hidup aku terumbang ambing, hancur berkecai. Peristiwa tu aku simpan je untuk diri aku, terlalu personal untuk diceritakan, yang mana boleh membuka aib beberapa pihak. Jadi aku buat keputusan, biar aku tanggung sendiri. 

My heart is really broken. Dalam sekelip mata الله SWT tarik nikmat kebahagiaan hidup ni. Tiada tempat mengadu, tiada tempat berpaut. Semua simpan sendirian...tak gagah untuk bercerita kepada orang lain atau mana² pihak ketiga termasuk parents, sisters & bestfriend sendiri. Aku ambil masa berbulan² untuk gagahkan, kuatkan diri, untuk bangkit semula. الله اكبر, masa tu hanya pada Allah satu²nya tempat aku mengadu. Setiap hari menangis, hujung minggu siang malam menangis, setiap hari datang kerja dengan mata bengkak...terpaksa mereka pelbagai alasan (tipu sunat) bila ada orang perasan @ bertanya kenapa. Maafkan aku kepada sesiapa yang aku terpaksa tipu tu...percayalah aku terpaksa. Sampai kadang², sambil buat kerja depan pc, air mata boleh meleleh tanpa aku perlu berfikir pasal benda² sedih tu. Aku tahu, walau aku mengelak untuk berfikir benda² yg melukakan hati aku, tapi hati tetap merasai kesakitan tu. That's the reason why, we cannot trust our mind when we have a broken heart!!! What we want most is for the pain to ease, to stop hurting so badly — but that is not what our mind wants.  

Aku sanggup telan sendirian, walaupun ia lebih teruk daripada rasa pahit. Sebab aku percaya, الله SWT sentiasa ada, الله SWT sentiasa tahu walaupun tidak sepatah ayat keluar dari mulut kau. Aku tahu الله SWT Maha Mengetahui, Maha Adil. Walaupun kadang² aku tak kuat, aku sentiasa doakan supaya الله SWT ambil nyawa aku. Aku bukan hamba yang kuat imannya, kejahilan masih banyak. Masa tu aku pertikaikan, kenapa الله SWT beri aku ujian sebegini berat? Aku tak xpernah kacau  hidup orang, kenapa orang kacau hidup aku, rampas kebahagiaan dan ketenangan hidup aku? Ini semua ayat orang jahil kan? 

Tapi mungkin sebab الله SWT sayang akan hambaNya...dia sentiasa memberi peluang kedua. Iman yang sedikit cuma tu yang membuat aku perlahan-lahan cuba berfikiran ke arah yang lebih positif. Dari masa ke semasa aku cuba audit diri sendiri, tak menyalahkan orang lain  sepenuhnya. Aku cuba mencari kelemahan diri sendiri. Mungkin aku belum cukup bersyukur dengan segala pemberian الله SWT. Mungkin الله SWT nak aku lagi dekat dia...

Since then, aku banyak membaca Al-Quran, selalu berdoa (kalau dulu doa selepas solat jer), banyak membaca kata-kata hikmah, dengar ceramah agama, tengok ceramah motivasi... الحمد لله I'm getting better now...not totally...but still on the healing process. 

2019 pula bakal menghampiri penghujungnya. Apa pula yang bakal dilalui. Apa pun, sebagai umat Islam, perkara pertama....sentiasa ingat الله SWT, sentiasa berprasangka baik kepada الله SWT. Kerana Ujian itu tanda الله SWT sayang. Setuju tak? Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Terima kasih di atas kesudian membaca bebelanku petang ni.


The most important thing you can do when your heart is broken is feel it all. Feel all the feelings, and feel them deeply. Don’t hide from them. Don’t tell yourself you’ve cried too much. Don’t busy yourself. Don’t let your mind convince you to avoid it. Just sit with your pain, and let yourself feel it all. The only way to the other side of pain, the place where I’m living now, is to walk through it. You can’t skip around it, dig a hole under it, or build a bridge to go over it. You have to bare witness and be present to everything that is arising. And that is all you have to do.

You don’t have to analyze it, manipulate it, or deny it. You simply have to accept it for what it is. And I know that "simply" or "just" are flippant words for this work.






signature-fonts

3 comments:

  1. semoga puan tabah menghadapi segala dugaan yg mendatang.

    ReplyDelete
  2. sentiasa kita semua kuat semangat menghadapi segala dugaan. apa saja dugaan semoga Allah cepat gantikan dgn sesuatu yg indah.Aminnn

    ReplyDelete
  3. Percayalah, apa yang terjadi ada hikmahnya. Apa yang terjadi buatkan kita lagi kua. Allah sayang hamba-hamba Nya.

    ReplyDelete